![]() Balai Islam KUAZ ![]() Myspace Islam Graphics Hari ini adalah milikku Waktu Solat ![]() Dapatkan Mesej Bergambar di Sini Al-waqt Keluarga Balai Islam KUAZ Dalam proses pengemaskinian ![]() Islam Graphic Comments Mutiara Ilmuan Take time to THINK. It is the source of power Pimp My Profile
Take time to READ. It is the foundation of wisdom Take time to QUIET. It is the apportunity to seek God Take time to DREAM. It is the future made of Take time to PRAY. It is the greatest power on earth ~Munaqasyah~ ![]() Myspace Islam Graphics ~Allah in my heart~ ![]() ~Tetamu~ ~Munajatku~ archives September 2008 October 2008 November 2008 December 2008 January 2009 February 2009 March 2009 April 2009 May 2009 June 2009 July 2009 August 2009 September 2009 December 2009 January 2010 February 2010 March 2010 July 2010 ~Layar~ ![]() IslamOnline MuslimDiary SaifulIslam ~Balai Islam UM~ Balai Islam KK1 Balai Islam KK3 Balai Islam KK4 Balai Islam KK7 Balai Islam KK12 ![]() Dapatkan Mesej Bergambar di Sini ![]() Dapatkan Mesej Bergambar di Sini credits . . . skin by: Jane |
Tuesday, January 6, 2009 @ 2:28 AM
Program Dakwah Mingguan ![]() MAKLUMAT PROGRAM TARIKH DAN MASA Setiap Khamis, bermula 8 Januari 2009 Jam 7:00 – 8:30 malam TEMPAT Dewan Pendeta, Kolej Kediaman Ungku Aziz ANJURAN Balai Islam, Kolej Kediaman Ungku Aziz (KUAZ) SASARAN PESERTA Semua warga KUAZ OBJEKTIF PROGRAM Mengumpulkan semua warga Islam KUAZ di bawah satu tapak yang sama setiap minggu. TENTATIF 7.00 malam : Ketibaan jemaah 7:10 : Solat Magrib berjemaah 7:20 : Permulaan aktiviti sama ada zikir, tahlil dan (pemilihan surah-surah tertentu: Surah Al-Kahfi, Al-Sajdah) 8.15 : Solat Isyak berjemaah 8.30 : Jemaah bersurai Assalamualaikum wr.wb. Kepada sekalian warga Islam KUAZ yang dihormati, khususnya buat sahabat-sahabat seperjuangan, keluarga Balai Islam KUAZ. Memanjatkan Kesyukuran. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah swt, yang dengan Rahmah dan Kasih SayangNya, mengatur dan mengizinkan Program Dakwah Mingguan diluluskan. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Agung, Baginda Rasulullah saw serta Sahabat dan Ahli Bait r.a. Ya Rabb, kami memanjatkan segenap kesyukuran, dengan segenap jiwa dan raga kami terhadapMu yang memudahkan segalanya, mengatur segalanya serta mengizinkan segalanya. Kami mohon campur tanganMu dalam segenap urusan kami. Berpegang Dengan Satu Matlamat, Visi dan Misi. Selaras dengan visi dan misi Balai Islam, yang tidak lain berdasarkan kehendakNya, iaitu keranaNya dan untukNya, begitulah juga objektif pertama dan utama Program Dakwah Mingguan. Ianya dilakar hanya untuk mendekatkan diri kepadaNya. Setiap pengisian, baik umum berbentuk zikir dan bacaan Surah-surah tertentu dan pengisian khusus berbentuk majlis tahlil, majlis khatamul Al-Quran, majlis ceramah dan tazkirah dan sebagainya semuanya untuk mendekatkan diri padaNya. Ya Allah, jadikanlah segalanya ikhlas keranaMu. Dari itu, perbaharuilah niat dengan mengingati satu sama lain di setiap meeting khususnya dan jagalah kesucian supaya jemaah ini sentiasa di bawah Rahmat Allah. Amin! Menghidupkannya dan Memakmurkannya. Alhamdulillah. Setelah dikurniakan tapak, seminggu sekali, di Dewan Pendeta, setiap Khamis, langkah kedua ialah untuk menghidupkannya dan memakmurkannya. Dimulakan dengan diri sendiri, seterusnya ahli-ahli keluarga Balai Islam yang dihormati serta dikasihi, diluaskan kepada seluruh warga Islam KUAZ yang dihormati. Cukuplah sekadar memberitahu dan ajak-ajak. Selepas itu, serahkanlah kepadaNya. Istiqaamah / Maintenance. Rasulullah saw yang sangat mulia pernah bersabda bahawasanya sebaik-baik amalan di hadapan Rabb ialah amalan yang istiqaamah (berterusan) walaupun sedikit. Dari itu, mengingatkan diri sendiri dan semua keluarga Balai Islam yang dihormati serta dikasihi untuk istiqaamah di dalam bidang yang ditentukan masing-masing. A dengan tugas teknikelnya, membentang dan menggulung tikar, ‘set up’ LCD apabila diperlukan, B dengan memastikan adanya imam dan memberitahu imam akan tugasnya, C dengan kerja publisiti untuk pengisian khusus, dan sebagainya. Begitu juga dari perspektif atau sudut peserta, istiqaamah dalam menghadirkan diri kerana Allah swt. Semoga setiap diri di bawah rahmahNya. Amin. Pintu yang Terbuka, Menggundang Semua. Oleh kerana tapak sudah dikurniakan, kami menggundang setiap individu, sama ada ahli Balai Islam mahupun bukan yang mempunyai hasrat untuk berkongsi pengisian khusus yang dapat memberikan manfaat ramai untuk tampil ke hadapan. Begitu juga dengan cetusan-cetusan idea yang dapat dijadikan pengisian khusus pada salah satu khamis, tafaddhal. Dapatlah meletakkan idea kalian di shoutbox ataupun jumpa secara langsung dengan mereka yang ada kaitan dengan Balai Islam supaya idea kalian dapat disuarakan sewaktu meeting, InsyaAllah. Sangat mengalu-alukan mereka yang mempunyai kenalan yang dapat memberi tazkirah untuk tampil kehadapan. Begitu juga dengan mereka yang dapat mengimami zikir serta majlis tahlil. Tafadhaal mashuran. Bukan untuk menampilkan diri, akan tetapi untuk sama-sama mendekatkan diri pada Rabb, InsyaAllah. Objektif yang lain ialah untuk meluaskan jaringan serta memastikan kewujudan pelapis, insyaAllah. Kepada sekalian keluarga Balai Islam yang dihormat dan dikasihi Kullukum ra’in, wa kulluku masull ‘an ra’iyatihi Sabda Rasulullah saw yang sangat mulia, setiap kamu adalah penggembala, dan setiap penggembala akan ditanya akan penggembalaanya. Usahlah ingat segalanya sia-sia. Tiada yang sia-sia di sisi Allah jikalau segalanya dijadikan ibadah. Sama-sama kita bergerak dengan niyat keranaNya. Jagalah kesucian jemaah ini dengan baik. Mintalah pertolongan Allah. Semoga Allah dan RasulNya saw sentiasa bersama kita. Allahumma Amin. Ya Allah, Ya Rabb kami, ampunkanlah kami. Satukanlah hati-hati kami. Jadikanlah seluruh niat kami untukMu dan keranaMu. Sesungguhnya kami menzalimi diri kami sendiri. Labels: Program Balai |