Balai Islam KUAZ

zwani.com myspace graphic comments
Myspace Islam Graphics
Salam Alaik to all visitors of this blog. May the contents of this blog benefit you. Insya Allah. Any enquiries or suggestions please send it to: balaiislamkuaz@ymail.com


Hari ini adalah milikku

Waktu Solat


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Al-waqt

Digital Clocks & MySpace Layouts



Keluarga Balai Islam KUAZ

Dalam proses pengemaskinian


zwani.com myspace graphic comments
Islam Graphic Comments



Mutiara Ilmuan

Take time to THINK. It is the source of power

Take time to READ. It is the foundation of wisdom

Take time to QUIET. It is the apportunity to seek God

Take time to DREAM. It is the future made of

Take time to PRAY. It is the greatest power on earth
Pimp My Profile


~Munaqasyah~




zwani.com myspace graphic comments
Myspace Islam Graphics



~Allah in my heart~






~Tetamu~

free counter


~Munajatku~




archives

September 2008
October 2008
November 2008
December 2008
January 2009
February 2009
March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
August 2009
September 2009
December 2009
January 2010
February 2010
March 2010
July 2010



~Layar~

iluvislam
Grapesnasyid
IslamOnline
MuslimDiary
SaifulIslam



~Balai Islam UM~

Balai Islam KK1
Balai Islam KK3
Balai Islam KK4
Balai Islam KK7
Balai Islam KK12








Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



credits

. . .
skin by: Jane
Thursday, November 27, 2008 @ 2:43 PM
forgive me when i whine

Labels:




Tuesday, November 25, 2008 @ 3:06 PM
Sang Hamba Tidak Menilai Besar Amal yang Dikerjakan



Bismillahirrahmanirrahim

Di antara adab yang perlu dihiasi sanga hamba dihadapan Rabbnya ialah tidak melihat serta menilai amal yang dikerjakan. Beramal tetap beramal, akan tetapi tidak menghiraukan amal tersebut. Artinya, tidak menilainya sebagai amal besar. Inilah merupakan adab seorang murid di dalam menempuh atau mujahadahnya menuju Allah swt.
Meremehkan amal soleh dan tidak menganggap besar amal soleh merupakan dua perkara yang berbeza. Meremehkannya adalah kekufuran dan tidak menanggap besar amal soleh yang dikerjakan merupakan adab.

Mengapa perlu adab sedemikian? Ialah kerana menanggap besar amal yang dikerjakan menjerumuskan hamba kepada bongkak, ujub, takabbur, sombong serta menjauhkan dan menyesatkan sebagaimana iblis yang dilaknat berlakuan sedemikian dihadapan Allah swt.

Dari itu, menghadaplah Allah swt dengan melakukan berbagai kewajipan, baik yang fardhu maupun yang nafilah (sunnah), dalam masa yang sama, tidak menilai besar amal yang dikerjakan. Oleh kerana, segala kebaikan datangnya daripada Dia, Yang Maha Baik dan Memberi Kebaikan, dan segala kekuatan untuk beramal tercetus kerana Dia, Yang Maha Kuat.

Ya Allah, peliharalah kami..ihhdina shirathal mustaqim..
Mutiara kata Saidina Ali r.a
Siapa yang menyangka bahawa tanpa usaha, ia kan dapat masuk ke dalam Syurga, maka orang itu hanya berangan-angan sahaja, dan siapa yang menyangka bahawa hanya dengan usaha sahaja ia akan masuk ke dalam Syurga, maka orang itu telah merasa kaya daripada Rahmah Allah swt.


hiya

Labels:




Wednesday, November 12, 2008 @ 5:18 PM
Menguruskan Fikiran Tentang Perkahwinan


Saya masih ingat kepada tulisan Ustaz Maszlee Malik tentang Fenomena Cinta Anta Anti beberapa bulan yang lalu. Anggaplah artikel saya ini sebagai penyambung kepada mesej yang sama, iaitu usaha untuk mendidik adik-adik remaja memikirkan tentang perkahwinan yang seimbang di antara tuntutan yang idealistik dengan realiti. Berlandaskan agama…

Bagi mereka yang tidak segan untuk menguruskan cinta dan perkahwinan mereka mengikut kemahuan hawa nafsu dengan membelakangkan wahyu, biarlah mereka belajar tentang akibat yang bakal ditanggung.

Di dalam artikel saya sebelum ini, saya berkongsi nasihat dengan adik-adik bahawa jika mereka yang bercouple dan buat ‘ringan-ringan’ sebelum berumahtangga akan menghadapi kesannya di masa hadapan. Apatah lagi jika terjebak ke kancah zina. Selepas berumahtangga, si suami akan terfikir, “jika dengan aku dia berani berzina, apa yang boleh menghalangnya dari berzina dengan orang lain?” Kecurigaan ini menyebabkan jiwanya gelisah setiap kali meninggalkan isteri di rumah. Manakala si isteri berfikir dengan kecurigaan yang sama. Akhirnya rumahtangga itu penuh dengan syak wasangka dan pantang ada yang mencuit, pasti berbalas tuduh menuduh. Inilah yang maksudkan sebagai “dosa hari ini, menjadi kecurigaan esok dan selamanya” ketika menulis artikel “Erti Sebuah Perkahwinan“.

Ia bukanlah teori saya, tetapi sebahagian daripada pengalaman yang dikutip semasa mengendalikan kursus bersama Fitrah Perkasa. Pasangan yang pernah berzina sebelum bernikah, akan dihukum oleh Allah di dunia, sebelum hukuman Akhirat. Apakah ada ketenangan hidup, jika rumahtangga diselubungi prasangka? Itulah neraka dunia balasan zina, sebelum neraka Akhirat yang maha seksa lagi duka.

Namun bagi adik-adik yang mempunyai kesedaran Islam, cara mereka ‘menjaga hukum Allah’, penting untuk dipandu. Bukan apa, kadang-kadang cara merek menimbulkan kehairanan kepada saya. Syariat manakah yang mengajar Muslimat supaya menundukkan pandangan hingga terlanggar tong pemadam api yang tergantung di koridor? Islam manakah yang mengajar Muslimat kita supaya bercakap seperti ‘warden penjara’ ketika berurusan dengan Muslimin, semata-mata kerana mahu menghayati kehendak Syarak agar mereka tidak melunakkan suara yang boleh menimbulkan fitnah.

Bagi Muslimin juga, pelbagai karenah yang timbul. Kerana mahu menjaga Syariat, mereka langsung tidak berhubung semasa bertunang sehingga tidak kenal di antara satu sama lain. Maka terbatallah hikmah pertunangan yang dianjurkan oleh Islam. Kita menjadi seperti robot keras yang jika tidak A, maka B. Malah ada yang bertanya kepada saya, berapakah kadar panggilan telefon yang boleh dibuat dalam seminggu semasa bertunang? Pelbagai soalan ganjil dan matematika yang saya terima. Kepelbagaian tanda tanya inilah yang mengundang saya untuk berkongsi pengalaman agar adik-adik yang beriltizam dengan Islam ini dapat mencari contoh yang praktikal. Perkahwinan saya jauh daripada layak untuk menjadi contoh yang paling sempurna. Namun, pada satu dua benda yang baik, bolehlah diambil sebagai teladan. Mana-mana yang silap, jadikan sebagai sempadan.

Saya telah bertemu dengan banyak contoh pasangan yang sudah terlalu lama ‘mengikat’ hubungan tetapi lambat menuju perkahwinan, akhirnya kecundang di tengah jalan. Malah ramai yang berubah menjadi musuh. Hal ini, janganlah terlalu cepat dikaitkan dengan dosa, sebagai ‘hukuman dari Allah’ kerana pernah ada cela zahir atau batin antara kedua pasangan itu. Seorang lelaki dan seorang perempuan yang terlalu lama kenal tetapi tidak menyegerakan perkahwinan, akan dengan sendirinya berubah menjadi musuh akibat fitrah perhubungan itu sendiri.

Bagi pasangan yang berumahtangga, setahun dua yang pertama, biasanya indah dan ditambah lagi dengan kedatangan cahaya mata penyeri rumahtangga. Tetapi apabila masuk tahun ketiga dan keempat, hubungan suami isteri akan teruji. Mudah terjadi, suami mula mudah marah terhadap isteri. Manakala si isteri pula kerap tertekan dengan ‘warna sebenar suaminya’.Saya masih ingat kata-kata Profesor Abdullah al-Ahsan di UIA ketika mengulas tentang Romanticism, “kita selalu tidak rasional dan realistik semasa kita romantik!”. Mungkin di awal perkahwinan, romantik itu kuat mendominasi rumah tangga. Ketika itu suami fokus kepada isteri dan isteri pula fokus kepada suami. Tetapi ketika munculnya anak pertama, kedua-duanya beralih fokus kepada anak dan selepas muncul anak kedua, fokus itu perlu diubah suai lagi. Semasa itulah, rumahtangga lebih didominasi oleh tanggungjawab dan tugas. Seronok-seronok sudah berkurang sedikit. Tetapi ia adalah proses biasa.

Hubungan suami dan isteri boleh selamat dan terus memanjat usia matang pada tahun-tahun yang berikutnya. Selamat kerana proses itu berlaku di dalam perkahwinan, bukan di luar. Ini adalah kerana, perkahwinan sebenarnya menggabungjalinkan antara cinta, kasih sayang, tanggungjawab dan peranan. Ada hari air pasang, cinta memainkan peranan. Ada hari air surut, maka tanggungjawab dan kematangan pula mengambil tugas.

Akan tetapi bagi pasangan yang berkenalan semenjak di sekolah menengah, atau di matrikulasi, tetapi selepas tiga atau empat tahun, mereka masih belum berumahtangga, hubungan mereka akan melalui proses yang sama. Malangnya proses itu berlaku di luar perkahwinan. Cinta jadi derita, tiba-tiba sahaja satu perasaan yang pelik datang, dan dengan mudah, mereka akan memutuskan hubungan tersebut. Jemu, itu sahaja.

Sebab itulah, saya sering memberi dorongan kepada adik-adik bahawa, kita tidak perlu memulakan hubungan jika dalam jangka masa terdekat, tiada kemungkinan untuk perhubungan itu dinaik taraf menjadi perkahwinan. Janganlah berjinak-jinak untuk berkawan antara lelaki dan perempuan semasa di matrikulasi, jika kita sedia maklum yang ibu bapa tidak akan membenarkan perkahwinan, kecuali selepas tamat pengajian. Komitmen ‘atas angin’ yang tidak disegerakan kepada sebuah perkahwinan, sering berakhir hanya disebabkan oleh emosi yang saya terjemahkan ia sebagai JEMU.

Syukur, saya terselamat dari ujian itu. Semenjak di Tingkatan 1, kehidupan saya di sekolah menengah amat sibuk. Pelajaran, disertai dengan usrah, gerak kerja persatuan, pertandingan-pertandingan yang disertai dan pelbagai aktiviti menjadikan saya terfokus kepada memanfaatkan umur ketika itu tanpa perlu ‘cuba-cuba bercinta’. Benarlah kata pepatah Arab:
“Air yang tidak mengalir (statik), akan merosakkan air tersebut. Pemuda yang banyak masa kosong (tidak dinamik), akan dibunuh oleh masa kosong itu”

Walau bagaimana pun, pasti sudah ramai yang telah pun berada di ’situ’. Sudah kenal. Sudah lama kenal.

Untuk mereka, janganlah pula pendapat saya ini menjadi alasan untuk cepat seseorang itu memutuskan perhubungan. Janganlah biarkan diri kita dipandu oleh keputusan-keputusan emosi semata-mata. Jika pasangan lelaki atau perempuan sudah baik agamanya, atau yang paling utama, sedia dididik dan mahu belajar, maka terimalah seadanya.

Saya cukup terkilan apabila mendengar ada dari kalangan adik-adik, khususnya Muslimah, yang terlalu mudah mengambil keputusan memutuskan hubungan semata-mata beralasan terasa ada kesilapan malah dosa yang terselit di celah-celah perkenalannya dengan seorang lelaki Muslim yang baik. Jika pernah buat silap, bawalah bertaubat dan bukannya dengan sewenang-wenang membatalkan hubungan. Ingatlah pesan Nabi SAW,

“Apabila datang melamar kepadamu seseorang yang kamu redha agamanya dan akhlaknya, maka kawinkanlah. Jika tidak kamu laksanakan, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerosakan yang luas”. (HR. Tirmidzi)

Pesan saya kepada adik-adik di kampus, dalam soal perkahwinan ini, JANGAN TERGESA-GESA, DAN JANGAN BERTANGGUH-TANGGUH.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur




© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2008)


Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur


Labels:




Tuesday, November 11, 2008 @ 1:29 AM
Ketidakmungkinanku



Ketika malam telah larut,

alam fikiranku melayang mengembara ke arah kegelapan malam,
fikiranku menerawang ke sebuah kuburan yang kaku,
gundukan tanah merah yang dingin,
perut bumi yang menjadi kediamanku kelak,
di dalamnya tak lain cacing dan serangga pemakan bangkai,
tubuhku yang tak mampu menepis binatang yang menggerogotiku
dan menjadikan tubuhku sarang dan tempat bertelur,

alangkah tak berdayanya tubuh ini,
sahabatku meninggalkanku, anak istriku meninggalkanku,
orang tuaku meninggalkanku, semua orang yang kukenal melupakanku,
mereka tak mau ikut mati bersamaku,
mereka tak mau tahu lagi apa yang menimpaku di kuburku,
mereka tak mau walau hanya menepiskan cacing yang menggerogoti tubuhku,
mereka tak perduli lagi tubuhku membusuk sedikit demi sedikit,
hingga tubuhku hancur dan berbau,
hingga tubuhku menjadi tulang,
lalu habis musnah menjadi tanah,
ke mana aku akan pergi?
ruhku akan melayang memenuhi panggilan Penciptaku.

Wahai Allah, tak ada selain Mu,
Engkaulah yang akan menepiskan semua serangga yang mendekati tubuhku,
akan Kau jaga tubuhku yang masuk dalam perut Bumi,
Engkau mendengar jeritan hatiku yang merindukan Mu,
maka dengarlah Wahai yang menciptakan harapan,
wahai yang menciptakan segala kerinduan,
wahai yang menciptakan keinginan untuk mengadu
kulontarkan kalimat yang kini hampir memecahkan kalbuku,
aku tak mempunyai selain Mu
untuk mengadu, untuk menolong, untuk memberi,
untuk diharapkan, untuk bergerak, untuk bernafas,
untuk berucap, untuk bersuara, untuk mendengar,
untuk melihat, untuk melangkah, untuk bergerak,
untuk berfikir, untuk makan, untuk minum,
untuk tersenyum, untuk bergembira,
untuk segala galanya, selain Mu
semua yang kumiliki, dan yang tak kumilki adalah milik Mu,
tubuhku milik Mu, makananku milik Mu, semua yang kulihat milik Mu,
semua yang kudengar Milik Mu, semua yang kuuucapkan milik Mu,
semua langkahku milik Mu, setiap nafasku milik Mu,
setiap detak jantungku milik Mu, perasaanku milik Mu,
kerinduanku milik Mu, harapanku milik Mu,
kesedihanku milik Mu, kegembiraanku milik Mu,
alangkah indahnya wahai Rabb, Karena Engkau memilikiku,
Engkau menggenggam diriku, Engkau mengaturku,
Engkau menjagaku, Engkau melindungiku,
Engkau mengayomiku, Engkau melimpahkan kelembutan Mu padaku,
aku merindukan Mu wahai Allah,
Engkau memanggilku agar aku dekat kepada Mu wahai Allah..

Wahai yang menciptakan cinta kasih di seluruh kalbu hamba Nya,
Engkau menghendaki aku mencintai Mu wahai Allah..
wahai yang menciptakan lidah saling menyebut nama nama hamba Nya,
Engkau menghendaki aku menyebut nama Mu wahai Allah..
wahai yang menciptakan segala yang indah,
keindahan yang terlihat dan yang tak terlihat,
keindahan yang terdengar dan tak terdengar,
keindahan yang terucapkan dan tak terucapkan,
keindahan yang terasa dan tak dapat dirasa,
keindahan yang diketahui dan yang tak diketahui,
keindahan yang tersaksikan dan yang tersembunyi,
semua keindahan itu berasal dari keindahan Mu wahai Allah,
maka betapa indahnya Engkau .. betapa lembutnya Engkau..
Maka Wahai Pencipta Keindahan, Wahai Pencipta Kelembutan,
Wahai Pencipta Kasih sayang,
sebagaimana Engkau perlihatkan keindahan yang ada pada makhluk Mu,
sebagaimana Engkau perlihatkan kelembutan yang ada pada makhluk Mu,
sebagaimana Engkau perlihatkan kasih sayang yang ada pada makhluk Mu,
maka perlihatkan padaku Keindahan Mu wahai Allah,
perlihatkan kelembutan Mu wahai Allah..
perlihatkan kasih sayang Mu wahai Allah,
walau hanya berupa harapan, walau hanya berupa sangkaan,
walau hanya berupa khayalan, walau hanya berupa kerinduan,
walau hanya berupa keinginan, walau hanya berupa airmata,
walau hanya berupa pemberian, walau hanya berupa lamunan,
walau hanya berupa kemudahan, walau hanya berupa pertolongan,
asalkan aku mengetahui bahwa itu datang dari kelembutan Mu,
datang dari kasih sayang Mu, datang dari keindahan Mu,
alangkah kecewa hamba yang hanya memiliki harapan,
hamba yang hanya memiliki khayalan,
hamba yang hanya memiliki lamunan,
hamba yang hanya memiliki kerinduan,
hamba yang hanya ingin dekat,
hamba yang hanya mendambakan kelembutan,
hamba yang hanya mendambakan ayoman,
hamba yang hanya mendambakan kasih sayang,
sedangkan modal semua harapanku hanyalah airmata,
apakah ia harus dikecewakan oleh yang Maha tak mengecewakan,

alangkah hancur perasaannya kalau kerinduannya
ditolak oleh yang Maha tak menolak kerinduan,
alangkah berkeping kepingnya kecintaannya,
bila keinginannya untuk dekat tertolak oleh
yang Maha tak menolak hamba Nya yang ingin dekat,

itu semua tak ada pada dzat Mu,
itu semua tak ada dalam sifat Mu,
itu semua tak ada pada perbuatan Mu,
apalagi yang membuatku tertolak
sedangkan Engkau yang Maha menerima,
apalagi yang membuatku tersingkir
sedangkan Engkau yang Maha merangkul,
apalagi yang membuatku terjauhkan,
sedangkan Engkaulah yang maha mendekatkan,
salahkah aku merindukan Mu,
sedangkan Engkaulah
yang menciptakan kerinduanku pada Mu,
salahkah aku menginginkan dekat pada Mu,
sedangkan Engkaulah
yang menciptakan keinginanku untuk dekat kepada Mu,
salahkah aku merasa tenggelam dalam samudra Kelembutan Mu,
sedangkan Engkaulah yang menciptakan perasaan itu dihatiku.

Wahai Allah.. wahai yang menamakan diri Nya Allah,
wahai yang menginginkan nama Nya dipanggil Allah,
wahai yang menginginkan lidahku
memanggil Dzat Nya dengan panggilan Allah,
wahai yang menginginkan aku mengharapkan Nya
dengan mengingat nama Allah,

wahai yang menciptakan lidahku
bergetar menyebut Nama Allah,

wahai yang memberikan kemampuan
pada jemariku menuliskan nama Allah..

maka dengan kemauan Mu kusebut namamu Allah..
dengan keinginan Mu kurindukan Engkau Allah..
dengan keinginan Mu aku ingin dekat kepada Mu wahai Allah,
salahkah aku berkeinginan,
salahkah aku merindukan,
salahkah aku ingin dekat,
sedangkan semua getaran kalbuku itu,
adalah keinginan Mu wahai Allah?
maka sebagaimana Kau jadikan
cacing merangkak tanpa tangan dan kaki,
maka jadikan aku merangkak kepadamu tanpa hambatan,
sebagaimana Kau jadikan
anjing najis bertasbih mensucikan Mu,
maka jadikan aku pendosa hina yang mendambakanmu,
sebagaimana kaujadikan
air mengalir menjadi beku,
maka jadikan harapanku
mengalir kearah Mu, dan membeku dipintu Mu,
sebagaimana Kau jadikan
gunung batu menjadi debu,
maka jadikan seluruh kesalahanku
menjadi debu di hadapan Keagungan Mu,
sebagaimana Kau jadikan
bumi perkasa terinjak injak,
maka jadikan hawa nafsuku terinjak injak
kerinduanku kepada Mu,
sebagaimana Kau jadikan
Raja berwibawa terkalahkan dan terhinakan,
maka jadikan kesombonganku
terhinakan oleh kewibawaan Mu,
sebagaimana kau jadikan
sesuatu yang bergerak menjadi diam,
maka jadikan tubuhku yang bergerak
berubah diam dari segala yang tak Kau ridhai,sebagaimana kau jadikan
semua yang ada menjadi fana,
maka jadikanlah gunung dosa ini
fana dalam kelembutan Mu,
sebagaimana kau jadikan
yang tak mungkin menjadi kepastian,
maka jadikan semua
ketidakmungkinanku untuk dekat
menjadi janji kepastian.

Habib Munzir Al-Musawa

Labels:




Friday, November 7, 2008 @ 12:08 PM
Dekap Aku dalam Kasih SayangMu: Jalan Cinta Pendamba Rida Allah



Wahai pencari Kebenaran,

Allah Sang Kebenaran
Yang Maha Pemurah adalah Mahacemburu.
Dia tidak ingin hamba-hamba terkasih~Nya
mencintai apapun selain Diri~Nya,
sebab Sang Terkasih Sejati tak lain adalah Allah.
Dicintai adalah hak Allah Yang Maha Esa.

...

Semua kebaikan, semua sifat mulia,
dan segala sesuatu yang kita cintai adalah ciptaan~Nya.

Orang yang mencintai makhluk
harus mencintai Penciptanya pula.
Maka, orang yang bijak tak akan memisahkan
makhluk dari Penciptanya yang sejati, atau sebaliknya.

...

Syahdan, jangan berhenti
[cintamu itu hanya] pada makhluk,
tetapi datanglah kepada Penciptanya!

Jangan berhenti pada nama-nama [sang makhluk],
tetapi temuilah Sang Pemilik Nama!

Jangan berhenti pada kata,
tetapi reguklah maknanya!"


****


Syekh Muzaffer Ozak al-Jerrahi,
petikan dalam bukunya,
'Dekap Aku dalam Kasih Sayang~Mu: Jalan Cinta Pendamba Rida Allah'

Labels:




Wednesday, November 5, 2008 @ 4:11 AM
Menganggap diri baik adalah tidak baik


Diriku dan Saudaraku,

Janganlah diri tertipu dan ditipu. Di antara pintu yang dimasuki syaitan untuk menyesatkan manusia ialah tiupan sangkaan di dalam dirinya sendiri bahawasanya dirinya baik. Oleh sebab itu, meruntuhkan Bani Adam yang taat di hadapan Rabbnya dan taat menjalankan perintahNya ialah menerusi hembusan serta tiupan syaitan yang menyatakan diri sudah baik. Lantas, pada awalnya, memang baik, akhirnya membinasakan diri. Mereka yang menganggap dirinya baik selalunya menganggap semua orang sekelilingnya tidak sebaik dirinya, melihat manusia lain dengan pandangan yang rendah serta remeh, dan sekaligus menghancurkan dirinya sendiri.

Diriku dan Saudaraku yang berada di jalan dakwah,

Ingatlah dan berhati-hatilah. Selagi roh dikandung jasad, tiada pernah ada kepastiaan. Mintalah perlindungannya kerana kita lemah. Mintalah perlindunganNya kerana kadang-kala di dalam menjalankan sesuatu yang zahirnya baik dan benar, terselit di dalamnya tipu daya syaitan yang sangat halus. Syaitan memesongkan mereka yang memang terang-terangan terpesong dan mereka yang taat kepada Allah dengan dua cara yang berbeza. Oleh kerana itu, salah satu cara syaitan memesongkan hambanya yang sudah berada di jalan yang baik ialah menganggap diri baik. Ramai yang tertewas.

Diriku dan Saudaraku,

Merasa diri tidak baik lebih baik daripada yang sebaliknya. Merasa diri tidak baik akan menjadikan kita lebih berhati-hati. Rasullullah, Kekasih teragung, yang sudah dijamin Syurga masih menganggap dirinya perlu beristigfar dan mohon keampunan Tuhannya. Ya Allah, genggamlah kami dengan sekuat-kuat genggaman. Jangan lepaskan kami, nescaya kami hilang arah, Ya Rabb.

Hiya





Labels:




@ 1:18 AM
Adab Seorang Salik dalam Berjalan Menuju Allah


Di antara tanda-tanda matinya hati adalah tidak adanya kesedihan pada saat meninggalkan berbagai macam ketaataan dan tidak adanya penyesalan atas beragam kesalahan yang telah dilakukan.

Jangan dosa itu dianggap besar,hingga menghalangimu untuk berbaik sangka kepada Allah Ta'ala. Kerana sesungguhnya orang yang mengenal Rabbnya menganggap kecil dosanya jika dibandingkan dengan kemurahanNya.

Tidak ada dosa kecil jika Allah menghadapimu dengan keadilanNya dan tidak ada dosa besar jika Allah menghadapmu dengan kemurahanNya.

Ibu 'Athaillah As-Sakandari rahimaullahu taala


Labels:




Sunday, November 2, 2008 @ 6:30 PM

The Miracles of Allah's Creation
-mumtahanah-

Have you ever wondered why each and every one of Allah's creations are created so? Truly Allah has his reasons for doing so, and we as humans can only perceived the answers but the real answer lies within Him...

Behind every creation, there lies a hikmah. It may not be revealed now, but as Muslims, we are encouraged to believe so. Hikmah refers to something good that can be derived by an individual from a situation or circumstance that he or she may feel awkward with, or benefits that can be of use and good to the humankind.

Let's look at the creation of insects. We may not put great importance to these beings, but insects actually "dominate" our lives. In fact, insects were among the first creatures to occupy the land. Therefore they created the basis for the land ecosystem. If these insects were to disappear, we humans will eventually disappear too. But should humans become extinct, these small creatures can survive - even without us.

Just look at the numbers of a colony of ants. There might be millions of them in the anthill, but we never put great emphasis on them. Our reason may be that they are minute that their presence is not felt at all..



But just imagine if the ants gather together, they are strong...and one of the qualities of ants is that they help one another out at all times and especially in times of adversities... Ants are also powerful. Its small size does not matter as an ant can carry heavy loads. This is proven. An army of carpenter ants can carry termites their own size with their mouth. Subhanallah, that's amazing.

In this matter, we can derive good qualities of the ants for our learning. Being an individual in a community, and especially a complex society such as today, we can learn to tolerate with people with different customs and experiences in our life, being it at personal level or at a group level.

Insects are created small for a reason. Writer, for one, believes that Allah created them so because if we look closely at the anatomy of insects, they are actually more gruesome looking that some of the wild animals exist today. The anatomy of insects are so complex, some of them are considered to be the pioneers of the modern technology today.



For example, the dragonfly is the basis for the invention of helicopters. Helicopters of the past were considered primitive in relation to dragonflies, yet helicopters only existed in the 1500's while dragonflies existed million of years ago.


This is truly Allah's work. Allah being the Most Knowledgeable, have created these insects to help humans in their daily life. As Muslims, when we realised this, we should thank Allah for the knowledge given... if Allah decides not to share his knowledge, we might just still live life the primitive way.

There a lot more to be discussed, but the emphasis is on insects for now. Writer welcomes any feedback from viewers. Wallahu a'lam...

Labels: