Balai Islam KUAZ ![]() Myspace Islam Graphics Hari ini adalah milikku Waktu Solat ![]() Dapatkan Mesej Bergambar di Sini Al-waqt Keluarga Balai Islam KUAZ Dalam proses pengemaskinian ![]() Islam Graphic Comments Mutiara Ilmuan Take time to THINK. It is the source of power Pimp My Profile
Take time to READ. It is the foundation of wisdom Take time to QUIET. It is the apportunity to seek God Take time to DREAM. It is the future made of Take time to PRAY. It is the greatest power on earth ~Munaqasyah~ ![]() Myspace Islam Graphics ~Allah in my heart~
~Tetamu~ ~Munajatku~ archives September 2008 October 2008 November 2008 December 2008 January 2009 February 2009 March 2009 April 2009 May 2009 June 2009 July 2009 August 2009 September 2009 December 2009 January 2010 February 2010 March 2010 July 2010 ~Layar~ IslamOnline MuslimDiary SaifulIslam ~Balai Islam UM~ Balai Islam KK1 Balai Islam KK3 Balai Islam KK4 Balai Islam KK7 Balai Islam KK12 ![]() Dapatkan Mesej Bergambar di Sini ![]() Dapatkan Mesej Bergambar di Sini credits . . . skin by: Jane |
Saturday, May 23, 2009 @ 1:47 PM
![]() Bismillahir rahmanir rahim Sebagai umat Islam, kita telah diberi taklif untuk menyebarkan syariah Islam kepada seluruh umat manusia. Berdakwah kepada yang tidak tahu, dan mengislah golongan yang sudah mengetahui. Pendekatan dakwah dan islah pastinya berbeza. Mari kita ambil pengajaran dari kisah berikut: Seorang pemuda yang bernama Syaikh Nuruddin sedang pergi memancing bersama rakan-rakannya serta gurunya, Syaikh Idris. Rakan-rakan pemuda itu meluahkan rasa kurang senang dengan perbuatan Syaikh Nuruddin yang dilihat selalu bersama-sama pemuda-pemuda kampung yang tidak solat kepada guru mereka. Jika aku hanya bergaul dengan rakan seperguruanku sahaja, apa manfaatnya aku bagi masyarakat. Umpama pohon yang membusukkan buahnya kerana tidak dipetik oleh orang yang memerlukannya, kata Syaikh Nuruddin. Bukankah kita telah memberi manfaat kepada masyarakat luas dengan memberikan ceramah? Rakannya bertanya. Syaikh Nuruddin bersetuju namun tidak semua tanaman yang disiram akan tumbuh subur. Kerana kesuburan tanaman juga bergantung pada kualiti tanah. Rakan-rakannya tersinggung. Mereka pasti mendapat manfaat dari ceramah kita, wahai Syaikh Nuruddin, rakan-rakannya berkata. Tiba-tiba Syaikh Nuruddin menarik pancingnya. Ia berasa kurang bertuah kerana umpannya masih belum terkena. Lantaran itu ia terus meletakkan pisang sebagai umpan. Rakan-rakan yang melihat perbuatan Syaikh Nuruddin itu pun tertawa akan kebodohannya. Masakan ikan memakan pisang, rakan-rakannya berkata. Bukan salahku. Pisang yang lazat pun tidak mahu dimakan, kata Syaikh Nuruddin. Kalau mahu memancing monyet, barulah betul umpannya, jawab rakan-rakannya. Tidak semua binatang menyukai pisang. Oh, jadi tidak semua binatang menyukai pisang, Syaikh Nuruddin bertanya. Iyalah, jawab rakan-rakannya. Lalu Syaikh Nuruddin bertanya, adakah semua manusia sukakan ceramah? ****** Syaikh Nuruddin telah memberikan analogi mudah untuk kita kaitkan dalam masalah dakwah dan islah. Kadang-kala, kita terlalu mengikut pendirian kita, dan melihat pada kebolehan kita sehingga kita lupa siapa mad'u kita sebenarnya. Kemampuan kita menyampaikan ilmu tidak semestinya bertepatan dengan kemampuan mad'u kita untuk menerimanya. Sebahagian golongan yang mahu, tahu dan mampu pasti gemar mendengar ceramah, melakukan usrah dan sebagainya. Namun, di kalangan masyarakat, pasti ada golongan yang masih ragu-ragu ataupun segan untuk berjamaah dalam kelompok yang sudah tahu, ataupun ada golongan yang masih jahil tentang ajaran Islam. Oleh itu, ceramah dan usrah bukanlah suatu pendekatan yang efektif yang dapat membuahkan hasil yang diinginkan. Metod dan pendekatan dakwah itu luas. Sebagai da'i, kita tidak boleh menyempitkan pemikiran kita bahawa dakwah itu hanyalah dengan memberikan ceramah sebanyak mungkin. Kaitkan Islam sebagai cara hidup dalam pendekatan kita. Mulakan dengan yang mudah yang boleh diterapkan dalam kehidupan seharian mereka. Contohnya kebersihan. Moga-moga dengan menggunakan metod ini, makin ramai yang akan tertarik untuk mengenali Islam dengan lebih mendalam. Ketika itu, apabila hati sudah mahu, akal sudah tahu dan mampu, maka mudah bagi da'i menyampaikan nasihat dalam bentuk ceramah. Seperti kata-kata seorang ulama masa kini, "Seek first to understand than to be understood". Semoga Allah s.w.t memberi setiap yang bergelar da'i kekuatan dalam menempuh cabaran dalam berdakwah. Semoga kita mendapat hikmah atas segala kejadian di dunia ini. InsyaAllah... Amiin. Wallahu 'alam Wednesday, May 20, 2009 @ 1:13 AM
![]() Ikhlas dalam beribadah kepada Allah Berikut ialah Syarah Ustaz Abu Fathi Yazid bin Abdul Qadir Jawas kepada kitab Ar-Rasail dan ditokok tambah sedikit mutiara kata dari kitab Al-hikam Imam ibn ‘Athaillah As-Sakandari serta sedikit untaian kata-kata penulis. Untuk mendapatkan penjelasan yang lebih perinci mengenai ikhlas ini taipkan ‘ikhlas dalam beribadah kepada Allah’ di YOUTUBE. Ikhlas “Amal itu beragam, lantaran beragamnya keadaan yang menyelinap ke dalamhati (jiwa). Amal itu merupakan kerangka yan tetap (mati, tidak bergerak), dan ruhnya ialah keikhlasan yang ada (melekat) padanya.”- Ibn ’Atahillah Yang dimaksudkan oleh syaikh Ibn ’Athaillah di sini, keikhlasan seseorang dalam beramal adalah semata-mata ditujukan kepada Allah sebagai zat yang memliki sang hamba. Dan meman dalam hal ini dikenal dengan berbagai tingkatan, sesuai dengan taufiq yang diberikan oleh Allah Ta’ala kepada sang hamba. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Ada manusia yang sikit amalannya tapi kerana ikhlasnya, amal itu menjadi besar di sisi Allah... Ada manusia yang banyak amalnya tapi kerana tiada keikhlasannya, amal itu menjadi kecil disisi Allah... Amal ibadah dan perbuatan haruslah dilakukan kerana Allah semata-mata... Apabila dilebihkan tujuan lain, maka itu hanya mengurangkan keilkhlasan... Allah harus dijadikan tumpuan utama ditujukan ibadah... Amallah bukan kerana menginginkan kepentingan dunia... Berhati-hatilah dengan niat... Kerana amal berserta niat riya’ dan berkepentingan duniawi ibarat debu bertebangan.. Sia-sia sahaja amalmu malam dan pagi .. Tanpa disertai keikhlasan di hati Menuju Ilahi Rabbi... Mungkin puji dan sanjung kau dapati di dunia ini.. Namun di sisi Ilahi engkau dipandang keji... Apa erti hidup begini.. Amal bersalut riya’ sepanjang hari... Sia-sia hidupmu, tiada erti.. Dunia sementara, yang kau kejari... Malulah dengan diri sendiri... Mohon taubatlah kepada Ilahi... Agar ikhlas dalam setiap amal 1.doa... Ya Allah berikanlah karunia agar kami tetap ikhlas untuk beribadah kepadaMu 2.menyembunyikan amal yang telah dilakukan dari pengetahuan manusia lain. 3.memerhatikan amal mereka yang lebih baik.nabi, ulama,sahabat ... Al-An’am: 10 4.memandang remeh apa yang telah diamalkan, jangan merasa besar apa yang telah dilakukan 5.merasa khuatir kalau amalan tidak diterima. Al-mukminun: 59-61 Jangan berasa puas setelah melakukan amal dan merasa sangat yakin bahawa amalan tersebut diterima. Mohonlah pada Allah agar menerima amalan kita 6. tidak terpengaruh dengan ucapan orang baik yang memuji atau mencela tetap terus melakukan amal 7.percaya bahawa balasan syurga dan neraka hanya akan ditentukan oleh Allah. Jangan mengharapkan sesuatu dari manusia. Beramal semata-mata kerana Allah. Dan doalah diberikan syurga 8.Akan berada dalam kubur sendirian. Bersungguh-sungguh dalam persiapan bertemu Allah. Kerana orang yang siap untuk bertemu Allah akan terputus hatinya dari dunia dan seluruh isinya 9. menuntut ilmu-ilmu syari, ilmu yang bermanfaat 10.berteman dengan orang-orang yang saleh 11-mempelajari perjalanan hidup orang-orang yang ikhlas 12- bersungguh-sungguh melawan hawa nafsu 13-berdoa:” Ya Allah sesungguhnya kamiberlindung kepadaMu agar kami tidak menyekutukanMu dengan sesuatu yang kami ketahui dan kami mohon ampundari sesuatu yang kami tidak mengetahuinya. Sukarnya untuk ikhlas Harus ada mujahadah Antara takut dan harap Setiap pagi Nabi Muhammad s.a.w akan berdoa dikurniakan ilmu yang bermanfaat, rezeki yang halal, dan amalan yang diterima. Riya’ Sebab-sebab riya’: 1.senang menikmati pujian dan sanjungan 2.takut dicela manusia 3.tamak, sangat menginginkan apa yang ada pada orang lain. Ciri-ciri dan tanda riya’: 1.menjadi pemalas apabila sendirian 2. menjadi rajin apabila di khalayak ramai, merasa senang apabila orang melihatnya. Berusaha untuk menampakkan amalannya. 3.bertambah rajin apabila dipuji dan berkurang apabila dihina Sekiranya seseorang manusia itu meninggalkan sesuatu amalan yang sering dilakukannya sewaktu sendirian kerana khuatir apabila amalan yang sama tersebut dilakukan di tengah ramai atau diketahui orang lain, maka itu juga adalah riya’ Seseorang itu solat dan memperindahkan solatnya kerana dipandang manusia. Ini juga riya’ Riya merbahaya: 1.Amal seseorang yang riya’ akan terhapus 2.Akan mendapat kehinaan dan kecelaan oleh Allah. Kerana barangsiapa yang memperdengarkan kebaikan kepada orang maka nanti di akhirat Allah akan memperdengarkan keaibannya . 3.Dalam mengamalkan sunnah nabi maka ikhlaslah dan jauhi riya’ 4.Menambah kesesatan seseorang 5.Umat akan mundur dan kalah. Kerana manusia melakukan sesuatu dengan tujuan peribadi. Bukan untuk membela islam. Tidak termasuk riya’: seseorang melakukan amal kemudian dipuji manusia. Dengan syarat dirinya tidak ujub. giatnya seseorang hamba dalam berbuat kebaikan ketika ada orang yang melihatnya, dan ketika menemani orang-orang yang ikhlas dan orang salih. menyembunyikan dosa mengenakan pakaian yang indah dan bagus menampakkan syiar agama islam. Eg. Bersolatlt jemaah, memelihara janggut, ubat penyakit riya’: 1. mengetahui macam-macam tauhid, rububiyah, uluhiyah, asma’ wal sifat 2.mengetahui apa yang disediakan Allah di akhirat iaitu nikmat dan azab. 3.sentiasa takut untuk riya’ 4.menjauhkan diri dari celaan dan murka Allah. 5.memahami kedudukan kita sebagai hamba Allah. Beramal semata-mata kerana Allah 6. mengetahui hal-hal yang dapat menjauhkan syaitan yakni dengan berzikir, membaca surah al-falaq, an-nas, al-ikhlas 7. menyembunyikan amal 8. tidak peduli dengan celaan atau pujian manusia. 9. berdoa. Ya Allah sesungguhnya kamiberlindung kepadaMu agar kami tidak menyekutukanMu dengan sesuatu yang kami ketahui dan kami mohon ampun dari sesuatu yang kami tidak mengetahuinya Berikut ini dipetik daripada sebuah forum dari lelaman: 1. Apakah tawasul dengan amalan baik kita dapat mengurangi atau bahkanmenghilangkan pahala amalan tersebut? 2. Saya sering atau mungkin sangat sering bertawasul dengan amalan ibadah,contoh, bila ingin kesembuhan baik itu diri ataupun keluarga yang sedangsakit, kadang saya berniat melakukan ibadah sunah dengan harapan diberikankesembuhan, apakah hal ini boleh ? terimakasih atas jawabannya .. wassalammualaikum ======== Wa'alaykumussalaam warahmatullah,Pertanyaan antum yang pertama ini juga pernah ditanyakan kepada ustadz Yaziddalam bedah buku Ar-Rasail jilid 2 bab Ikhlas di JIC ahad kemarin. Jawabanbeliau adalah tawasul dengan amalan-amalan baik yang pernah dilakukan tidakmengurangi amalan itu sendiri. Dalam tawasul tersebut kita mengadukanseluruh keadaan amalan kita kepada Allahu sami'ul'alim, dan Allah lah yangmaha mengetahui dengan pasti timbangan amalan kita itu seperti apa.Melakukan ibadah dengan niat salain karena Allah adalah Riya, dan riya initermasuk dalam syirik kecil dimana konsukuensinya adalah gugurnya amalanibadah tersebut (--adapun syirik besar maka konsukuensinya adalah gugurnyaseluruh amalan yang pernah dilakukan). Hendaknya kita ikhlaskan seluruhamalan kita hanya untuk mencari ridha Allah subhanawata'ala. Amalan yangikhlas ini bisa menjadi penyebab seorang hamba ditolong oleh Allah azzawajalla. Kalau diperhatikan kisah 3 orang yang terkurung dalam goa kemudianmereka terbebas dengan bertawasul kepada Allah melalui perbuatan baikmereka, tentunya amalan yang pernah mereka perbuat tersebut dilakukan atasdasar ikhlas, dan tentunya sewaktu mereka melakukan amalan tersebut tidakdisertai dengan embel-embel tertentu (supaya ini dan itu).Dalam kesempatan bedah buku tersebut, ustad Yazid mengatakan (kuranglebihnya) "Ada diantara ikhwan kita, ada yang tadinya tidak pernah melakukanamalan-amalan ibadah seperti sholat malam, puasa sunnah atau lainnya, tapikarena mau ujian dia melakukan amalan tersebut agar ujiannya lulus. Niatseperti ini tidak boleh."Untuk lebih jelasnya antum bisa baca buku beliau Ar-Rasail jilid 2, tentangIkhlas. Wallahu'alam bishawab.Barakallahufik. Sunday, April 5, 2009 @ 11:45 PM
kemunafikan dan tipu daya ![]() "Aku mendapati tiga puluh orang sahabat yang mengikuti Perang Badar, mereka semua mengkhawatirkan kemunafikan atas diri mereka, dan tidak mereka merasa aman terhadap tipu daya agamanya, tidak seorang di antara mereka yang mengatakan bahwa dirinya beriman seperti imannya Jibril dan Mikail." (Bukhari) Diriku dan Saudaraku, Sahabat yang mengikuti Perang Badar bukan calang-calang orang. Di antara mereka sudah dijamin Syurga oleh Allah menerusi lisan RasulNya yang mulia. Akan tetapi, mereka masih khuatir akan berlakunya kemunafikan di dalam diri mereka. Mereka tidak pernah merasa aman akan tipu daya di dalam beragama. Ya Rabb,Diriku dan Saudaraku, bagaimanakah keadaan kita? jika selama ini, kemunafikan belaka, mohon ampunanMu Ya Rabb, Ya Rabb, jika selama ini, melakukan dosa berhiaskan agama, mohon ampunanMu Ya Rabb, Ya Rabb, jika selama ini, tipu daya semata, mohon ampunanMu Ya Rabb, Zahirnya baik, batinnya tidak jua dimengerti, Ya Rabb, Ya 'Alim, Igfirli zunubi, Ya Rabb, ampunkanlah kemunafikan ini, ampunkanlah tipu daya ini. Ya Tawwabur Rahim, Ya Arhamar Rahimin, Ya Halim, Ya Lathif, hamba menzalimi dirinya sendiri. Labels: karya Thursday, February 26, 2009 @ 4:37 AM
The Grevious End ...bismillah... The Trumpet will (just) be sounded, when all that are in the heavens and on earth will swoon, except such as it will please Allah (to exempt). Then will a second one be sounded, when, behold, they will be standing and looking on! azZumar : 68 The trumpet shall be sounded, when behold! From the sepulchres (men) will rush forth to their Lord! YaSin : 51 It will be no more than a single blast, when lo! They will all be brought up before Us! YaSin : 53 There I stand, with the rest of humanity that ever existed on the face of the earth, awaiting the Judgement of the Most Gracious. With the sun just above our heads, bearing down on us, each drowning in our own sweat. Each and every son of Adam will stand forth before the Almighty to account for the life that he was given and how he spent it. For to Us will be their return; Then it will be for Us to call them to account alGhashiyah : 25 - 26 Everyone could see the nabiyyin wa siddiqqin wa syuhada wa sholihin clad in fine garments of silk and brocade, sitting atop thrones of light, embedded with magnificent jewels and gems, with crowns of blinding beauty on their heads - shaded from the sun. They were laughing merrily, rejoicing at the Promise of the Lord. They will be adorned therein with bracelets of gold and they will wear green garments of fine silk and heavy brocade: They will recline therein on raised thrones alKahf : 31 They and their associates will be in groves of (cool) shade, reclining on thrones (of dignity) YaSin : 56 (They will be) on thrones encrusted (with gold and precious stones) alWaqi'ah : 15 As the Court of God commences session, I await my turn, trembling. . . . . . . . "Faruq, son of Muhammad Akbar, son of Abdullah! Come forth for your Judgement!" a herald calls out, the voice booming throughout the whole of creation. My heart reached my throat - the greatest of fears has dawned - to stand before my Lord. Warn them of the Day that is (ever) drawing near, when the hearts will (come) right up to the throats to choke (them) Ghafir : 18 The sea of humanity parted, to make way for me to answer my Lord's questioning. As I stand beneath the Mighty Throne of the King of kings, my record is read out before me: "Faruq, son of Muhammad Akbar, son of Abdullah, born able-bodied with full-working senses and a sound mind, unorphaned, at this time of that day of this year, lived such-and-such years, given such-and-such portion of sustenance, wealth and health, married to such-and-such, beget such-and-such children and returned back to the Sublime King at this time of that day of this year." "O Faruq!" "How have ye spent your life and the bounties that the Most Gracious has bestowed on you?" My lips sealed, my limbs begin to bear witness against my own self. What my hands wrought, my feet trod, my eyes caught. My ears listened, my stomach wantoned, my mind fashioned, my tongue mentioned. That Day shall We set a seal on their mouths. But their hands will speak to us, and their feet bear witness, to all that they did YaSin : 65 As each and every single act of mine is scrutinised, the Most Wise Judge will call out: On that Day We will ask Hell, "Art thou filled to the full?" Qaf : 30 I was hoping that it is filled already, that I would be spared His Punishment. Alas for me, that hope was not to be, false is my judgement! It will say, "Are there any more (to come)?" Qaf : 30 Thus, my fate has gone forth! My place in the Fire ready! Hell roars its fury at me, the ungrateful, wretched servant of the Almighty! When it sees them from a place far off, they will hear its fury and its raging sigh alFurqan : 12 The Angels of the Fire surround me, with blazing chains seventy cubits long. "Hasten forward, O despicable one! Taste ye the torment for ye did wrong!" Further, make him march in a chain, whereof the length is seventy cubits alHaqqah : 32 I shrieked: "Where are my good deeds, my prayers, my fasting, my charity?" "Scattered dust are they, for ye performed them not with sincerity!" (The stern command will say): "Seize ye him, and bind ye him" alHaqqah : 30 A voice will cry: "Seize ye him and drag him into the midst of the Blazing Fire!" adDukhan : 47 Bound and beaten, chained and strickened, dragged on my face. All of creation trembles, anxious of being cast into the Fiery Blaze! The Day they will be dragged through the Fire on their faces alQamar : 48 Dragged I am, I pass my family. My relatives, my friends, my company. I cry: "Save me! Help me! Will you not aid me?" O mankind! do your duty to your Lord, and fear (the coming of) a Day when no father can avail aught for his son, nor a son avail aught for his father Luqman : 33 On that Day shall no intercession avail except for those for whom permission has been granted by (Allah) Most Gracious and whose word is acceptable to Him TaHa : 109 Tattered and torn, broken and worn, in front lie the Gates of Hell. The Angels heave me, curse and mock me, into its Pits I fell. Then they will be thrown headlong into the (Fire)- they and those straying in Evil ashShu'ara : 94 The ferocious heat, the sweltering scorch, my skin toasted. Fresh skin replace, that I may taste, the agony of being roasted. We shall soon cast into the Fire: as often as their skins are roasted through, We shall change them for fresh skins, that they may taste the penalty anNisa' : 56 My hunger and thirst magnify the unbelievably excruciating pain. Given bitter fruit and boiling water, a scourge that my belly cannot contain. Such as shall dwell for ever in the Fire, and be given, to drink, boiling water, so that it cuts up their bowels (to pieces) Muhammad : 15 No food will be there for them but a bitter dhari': which will neither nourish nor satisfy hunger alGhashiyah : 6 - 7 Henceforth I lie, humiliated and grieved, in enduring misery. With nothing but remorseful sighs and sobs as terrifying company. Not for a decade neither a century, but dwelling therein for a whole eternity! Those who are wretched shall be in the Fire: There will be for them therein (nothing but) the heaving of sighs and sobs Hud : 106 They will dwell therein for ages anNaba' : 23 . . . . . . . Therefore, heed my brother this prose of mine Not for fame or fortune did I rhyme Awake and arise from your slumber Before the time comes and your days are numbered Take warning from the Lord that death is certain Today or tomorrow you cannot reckon Bring forth your good deeds and attract His Pity For thy Lord is Ever-Forgiving, Full of Mercy . . . . . . . Allahumma ajirnaa minannaar! Allahumma ajirnaa minannaar! Allahumma ajirnaa minannaar! O Lord God! Protect us from the Fire! *weeps* http://cognitivefunctions.blogspot.com, syukran brother faruq. Labels: karya Thursday, February 19, 2009 @ 12:53 AM
Ulasan Usrah Jama'ie Ulasan Usrah Jama'ie Bersama Keluarga Balai Islam KUAZ
Tarikh: 14 Februari 2009 Masa: 8:30 – 11:30 pagi Tempat: Bilik Mesyuarat Inderasari
Bismillahirrahmanirrahim. Allahumma shalli ‘ala Rasulillah saw wa ‘ala alihi wa sahbihi ajma’in radhiyaAllahu ‘anhum. Segala puji hanya bagiMu, Ya Allah, Yang Mengumpulkan, Al-Jami’. Kami mohon supaya hati-hati kami ini dikumpulkan semata-mata untukMu dan keranaMu, Ya Allah, Yang lebih Mengerti dan Mengetahui. Kami mohon dijadikan hati-hati kami ini ikhlas berkumpul keranaMu, bukan selain daripadaMu. Jika hati-hati kami ini lari dari tujuan yang satu ini, Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, ampunkanlah kami serta bawalah kembali kami di jalanMu.
Adab Rasulullah saw Bersama Sahabat ra Ketika Menyampaikan
Di antara adab baginda saw yang mulia ketika menyampaikan ilmu kepada Sahabat ra baginda ialah dengan merapatkan jarak di antara baginda yang mulia dan para Sahabatnya yang diredhai. Sehingga dikatakan bahawasanya jika helaian-helaian daun berguguran, daun-daun ini akan tidak jatuh ke tanah, sebaliknya di atas paha baginda dan sahabat-sahabatnya mulia. Menunjukkan betapa tawaduk sifat-sifat mereka. Tiada yang membezakan Rasulullah saw yang maqamnya jauh melebihi seluruh umat manusia dengan para sahabatnya ra. Sehingga disebutkan bahawasanya lutut bertemu dengan lutut sehingga setiap yang disampaikan baginda saw jelas, mudah difahami, terus dihafali, dan terus diamalkan. Inilah majlis yang diberkati. Yang disebutkan oleh baginda yang mulia bahawasnya turun di dalam majli-majlis sebegini malaikat-malaikat yang melebarkan sayap-sayap mereka, bertasbih dan beristghfar kepada mereka yang menghadiri majlis-majlis sebegini. Demikianlah, adab seorang Rasulullah saw dan para sahabatnya ra yang mulia. Ya Allah, jadikanlah setiap kali kami menghadiri majlis-majlis ilmu dengan kerendahan hati terhadapMu, dengan niat mencariMu, dengan kerendahan hati mereka yang menyampaikan dan mereka yang mendengar, dengan niat untuk sama-sama mendekatkan diri padaMu.
Ketepatan Masa
Di antara adab yang perlu diambil perhatian para dai ialah berpegang kepada ketepatan masa yang ditetapkan. Surah Al-‘Asr yang diamalkan setiap kali bersuai dari apa-apa pertemuan perlu dapat memberikan kesan dan kesedaran akan ketepatan masa dan diaplikasikan dalam setiap hal. Hakikat masa, menurut Mu’adz ialah seperti kehidupan yang apabila ditinggalkan, tidak akan mampu dikembalikan semula. Dalam erti kata yang lain, masa itu kehidupan dan masa itu pedang, apabila tidak dipotong, ia akan memotongmu. Berbeza dari masa itu emas, kerana emas dapat dijual beli, manakala masa tidak boleh dijual beli. Ya Allah, Yang Memiliki segalanya, ampunkan kami.
Pengenalan Usrah Jama’ie Balai Islam KUAZ
Terdapat 3 komponen/ segmen bagi Usrah Jama’ie: i. Memberikan pengisian rohani (Bengkel SQ- Spiritual Quotient) ii. Perbincangan gerak kerja Balai (Majlis Syura) iii. Merapatkan ukhuwah dalam kalangan ahli jawatankuasa balai (Rehlah Balai) Segala puji bagiNya yang telah mengizinkan dua usrah jama’ie berlangsung pada semester ini. Usrah Jama’ie dilakar dengan tidak lain dan tidak bukan, sekali lagi untuk Allah dan kerana Allah. Komponen-komponen yang tercetus ialah untuk memudahkan gerak kerja dakwah yang dilaksanakan secara menyeluruh. Bengkel SQ ialah untuk pengisian jiwa setiap ahli balai Islam oleh kerana kita juga memerlukan pengisian untuk menjalankan pengisian. Majlis Syura menyentuh hal-hal yang dapat dibawa perbincangan dalam satu kumpulan yang besar seperti penetapan logo Balai Islam dan T-Shirt Balai Islam. Ini ialah untuk menyatukan setiap ahli dan meraikan setiap daripada mereka.
Bukan Untuk Suka-suka Tanpa Matlamat!
Rehlah Balai tercetus bukan untuk suka-suka dan kenal-kenal, akan tetapi pertalian dan ukhuwah yang terbina dan terjalin ini bermatlamat jauh untuk merapatkan supaya permudahkan gerak kerja dakwah yang dilakukan. Sekali lagi, bukan untuk suka-suka dan ketawa dan berakhir di situ, akan tetapi ukhuwwah yang terbina memberikan kemudahan untuk menggerakkan usaha dakwah. Ini perlu diketahui oleh setiap ahli supaya semuanya jelas akan matlamat sesuatu yang dilakukan. Semoga Allah dan RasulNya meredhai diri setiap dari kita. Ya Allah, Yang Maha Pengasih, kami mohon apa yang tercetus ini serta sudah pun dilaksanakan ini di bawah keredhaanMu, selari dengan syariatMu dan kehendakMu, selaras dengan sunnah RasulMu, selaras dengan adab-adab para salafus soleh. Amin. Jika tidak Ya Allah, Ya ‘Alim, tegurla kami serta kembalikan kami di bawah jalanMu dengan Rahmat dan kelemahlembutanMu. Amin.
Bermatlamat, Gabungan SyariatuAllah dan SunnatuAllah
Mudah-mudahan tidak terkeluar dan tersasar dari matlamat yang sangat benar iaitu, Memupuk budaya kerja cemerlang yang dilakukan kerana Allah (ikhlas) dan berhikmah kepada manusia (diri, organisasi, dan sistem).
Pencipta dan Dicipta
Disentuh juga mengenai Pencipta dan yang dicipta termasuk kita manusia. Tentu sahaja Pencipta mengenal dengan sepenuh-penuh pengenalan tetang apa yand diciptakan. Mustahil Pencipta tidak tahu akan ciptaanNya. Pencipta mengetahui segala-galanya, dari yang sekecil-kecilnya hingga sebesar-besar perkara, apa yang baik dan apa yang tidak. Analogi yang diberikan, seseorang yang menciptakan robot tentu sekali tahu serba-serbi tentang robot yang diciptakan. Disiapkan manual untuk menerangkan apa yang boleh dan apa yang tak boleh untuk robot supaya robot dapat tetap berfungsi dengan baik. Begitulah Allah, Pencipta manusia. Dia Maha Mengerti dan Maha Mengetahui apa yang baik dan apa yang tidak untuk penciptaannya. Kita tidak pernah tahu melainkan Allah. Kita perlu akur, ikut, taat dan tunduk pada Allah yang Maha baik. Jika kita melanggarNya bermaksud kita menyakiti diri kita sendiri. Jikalau kita tidak ikut akan kehendakNya, bermaksud kita mencelakakan diri kita sendiri. Jika kita tidak taat dan patuh kepadaNya, bermakna kita membuatkan diri kita sendiri sengsara dan tidak selamat. Kerana Pencipta lebih mengetahui, dan jalan yang selamat sudah diperjelaskan dengan sejelas-jelas tanpa ada yang tertinggal. Terpulang pada kita untuk taat dan selamat atau ingkar dan sengsara dunia akhirat.
Manual Kita: Al-Quran dan Sunnah
Menerusi al-Quran, Allah Yang Maha Pengasih menerangkan satu persatu kepada hamba-hambaNya, makhluk ciptaanNya tentang segala suruhan dan larangan semata-mata untuk kebaikan mahklukNya. Akan tetapi makhlukNya saja yang masih belum mengerti. Dengan kasihNya lagi, diturunkan Rasulullah saw sebagai qudwah hasanah, contoh manusia yang terbaik. Bagaimana kita hendah ‘handle’ hati, ‘handle’ pergerakan, ‘handle’ nafsu, ‘handle’ iman dan semuanya sudah diberikan melalui KalamNya dan RasulNya yang mulia. Sekali lagi, terpulang untuk taat dan selamat atau ingkar dan sengsara dunia akhirat.
Bukan membantu agamaNya, akan tetapi membantu diri kita sendiri!
Tidak pantas Allah, Yang Mengatur segalanya, memiliki segalanya, berkuasa atas segalanya memohon bantuan hambaNya. Siapa yang memerlukan pertolongan jika bukan diri kita sendiri? Inilah kenyataannya. Menjalankan gerak kerja dakwah untuk membantu diri kita sendiri untuk sama-sama berada di jalan yang selamat. Jalan yang hak. Jalan yang benar. Jalan yang selama ini dicari oleh hati, jiwa dan batin setiap orang. Kita yang perlu membantu antara satu sama lain untuk berada di jalanNya. Engkau bantu atau engkau tidak bantu Allah, Allah tidak rugi apa-apa. Yang rugi adalah dirimu jika tidak ada golongan yang sedar akan kepentingan menghidupkan Islam, mengamalkan cara hidup Islam, menyuruh kepada kebaikan dan mencegah dari keburukan. Di dalam penghambaan, tanggungjawab khalifah yang perlu dijalankan.
Harapan
Semoga setiap diri di bawah keredhaan Allah yang Maha Baik. Semoga ulasan ini ditulis keranaNya dengan untuk memberikan penjelasan yang sejelas mungkin kepada semua, khususnya ahli balai. Kita tidak berkhidmat pada Balai Islam, akan tetapi kita adalah hamba yang berkhidmat padaNya dan juga khalifahNya di muka bumi ini. Kita bukan menolong agamaNya, akan tetapi kita menolong diri kita sendiri dan menolong sesama kita untuk selamat di jalanNya. Semoga Allah dan RasulNya sentiasa bersama kita dalam gerak kerja dakwah ini. Sentiasalah rujuk padaNya kerana Dia sangat hampir. Rumusannya 1) Ikhlas 2) Akur dan berada di atas syariatuAllah dan sunnatuAllah. Ya Allah, mohon ampunanMu. Ampunkan kami. Ya Rahman. Ya Rahim. Ya Tawwabuur Rahim. ana
Labels: karya Saturday, February 14, 2009 @ 8:51 PM
Kerinduan Aku dan Engkau Bismillahirrahmanirrahim. Allahumma shalli ‘ala Rasulillah saw wa ‘ala alihi wa sahbihi ajama’in radhiyaAllahu ‘anhum. Fikirkan Sejenak Dengan Mata Hatimu Saudaraku, Fikirkan sejenak. Di antara ramai kenalanmu, siapakah mereka yang paling memberi kesan terhadap hidupmu? Senaraikanlah nama mereka kemudian senaraikan sifat-sifat mereka. Aku pasti di antara kenalanmu yang ramai itu, yang paling memberi kesan dalam hidupmu ialah mereka yang sifatnya merupakah sifat-sifat yang baik. Dalam erti kata lain, mereka yang akhlaknya adalah akhlak yang mahmudah. Yang jujur, yang kreatif, yang teguh, yang kasih, yang berwawasan luas, yang dapat berdiri dengan sendiri, yang empati, yang mengenal diri, yang bekerjasama, yang disiplin, yang adil, yang terbuka, yang setia, yang teliti, yang berterima kasih, yang mahu mendengar, yang bertanggungjawab dan sebagainya. Semuanya yang baik-baik belaka. Tentu sekali mereka inilah yang memberikan kesan dalam kehidupanmu. Yang membuatkan hatimu lapang untuk mengenalinya. Yang membuatkan jiwamu terasa aman dan selamat untuk bersamanya. Yang Islam mahupun yang bukan akan mempunyai pandangan serta rasa yang sama. Semua orang, baik dari manapun latar belakangnya menghargai mereka yang akhlak atau sifat-sifat yang tertera di atas. Bersetujukah denganku? Dari itu, kesimpulan yang dapat diambil,hiasi diri ini dengan akhlak yang mahmudah. Sesuai dengan kehendakNya serta sunnah RasulNya. Bahkan Rasulullah saw merupakan sebaik-baik makhluk yang mempunyai akhlak yang terpuji. Terangkum di dalam diri baginda saw semua sifat-sifat mahmudah. Dan engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang agung Surah Al-Qalam, ayah 4 Saudaraku, Setelah engkau senaraikan nama-nama mereka serta sifat-sifat mereka, pelajari dan perhatikan dengan saksama sikap-sikap mereka yang membuatkan engkau terkesan dengan mereka. Sifat-sifat apakah ini? Tidakkah ianya semua merupakan sifat-sifat yang baik? Sifat-sifat yang mahmudah? Bukan orang yang kaya yang membuatkanmu terkesan, akan tetapi orang yang tawaduk dan rendah hati serta tidak sombong dalam kekayaannya yang membuatmu terkesan. Bukan orang yang marah-marah serta garang yang membuatmu terkesan, tetapi mereka yang tenang, yang lembut dan bijaksana dalam menyelesaikan masalah yang membuatkan engkau terkesan. Inilah akhlak karimah. Kita dituntut untuk menghiasi diri dengan akhlak karimah ini. Kerana engkau dan aku telah akur dan mengakui bahawasanya akhlak karimah sangat dibutuhkan dan diperlukan dalam setiap jiwa. Siapakah yang Sebenarnya Aku dan Engkau Rindukan? Saudaraku, Setelah dibuat perbandingan serta akur bahawasnya akhlak karimah itu perlu, ingin ku ajukan soalan ini buat diriku dan dirimu. Siapakah yang sebenarnya kita rindukan? Kita sama-sama mendambakan kasih sayang. Kita sama-sama mendambakan keadilan. Kita sama-sama mendambakan kebenaran. Kita sama-sama mendambakan kerjasama. Siapakah sebenarnya yang kita sama-sama rindukan? Siapa? Inilah Jawabannya! Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): “Bukankah Aku ini Tuhanmu?” Mereka menjawab; “Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi”. (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu mengatakan: “Sesungguhnya kami (Bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keEsaan Tuhan) Surah Al-A’raaf, ayat 172 Manusia hakikatnya mencari sifat-sifat ini. Sifat-Sifat apakah ini? Inilah Sifat-Sifat Allah Rabbul ‘Alamin. Manusia, semuanya, Islam mahupun tidak sedang mendambakan Sifat-Sifat ini. Inilah fitrah. Manusia yang mendambakan sifat kasih-sayang ertinya manusia sedang meninginkan Rahmaan dan Rahiim milik Allah Manusia menginginkan keadilan kerana rindu kepada Penciptanya iaitu Al-‘Adl, Allah Yang Maha Adil Manusia menginginkan dirinya kreatif sebenarnya mengidamkan sifat-sifat Allah Al-Khaliq, Al-Baari, dan Al-Mushawwir iaitu Allah Yang Maha Pencipta, Yang Maha Merencanakan dan Yang Maha Melukis Manusia yang suka kepada kerjasama membuktikan Sifat Allah yang Al-Jaami’, Yang Maha Mengumpulkan dan Maha Menyatukan Manusia yang inginkan adanya visi dalam hidup atau sebuah organisasi menunjukkan manusia mengikuti Allah Yang Maha Akhir, Maha Pemilik Visi Yang Jauh ke Depan Manusia suka kepada manusia yang bertanggunjawab menunjukkan Sifat Allah Al-Wakiil, Yang Maha Bertanggungjawab. Dari itu, siapakah yang sebanarnya kita rindukan? Bukankah selama ini kita sangat sangat merindukan Allah? Merindukan Sifat-SifatNya? Rupanya selama ini kita mencariNya. Tiap-tiap anak terlahir dalam keadaan fitrah, maka kedua orang tuanyalah yang menjadikannya seorang Yahudi. Nasrani atau Majusi. (Hadis) Menghayati Asma’Nya Katakanlah, “Serulah Allah atau Ar-Rahmaan. Dengan nama yang mana saja kamu menyeruNya, maka bagiNya nama-nama yang baik, dan janganlah keraskan bacaan shalatmu dan jangan pula engkau memelankannya dan carilah jalan antara yang demikian itu, di antara (kedua) cara itu. Surah Al-Israa’, ayat 110 Dan bagi Allah Asma' yang terbaik, maka berdolah kepadaNya menerusinya (Asma'Nya) Surah Al-'Araf, ayat 180Hayatilah Asma’Nya Yang Agung. Sebutlah Asma’Nya Yang Agung dalam doamu. Laungkanlah Asma’Nya sebelum majlis dan dalam organisasi. Dengan penuh penghayatan dan dengan kerendahan jiwa. Hiasi diri dengan Asma’Nya. Doa Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, pertemukan diri ini denganMu. Jangan lepaskan diri ini dariMu. Genggamlah diri ini dengan sekuat-kuat genggamanMu. Hasbunallah wa ni’mal Wakil, ni’mal Maula wa ni’ma Nasir. Sungguh kami menzalimi diri ini. Segalanya sudah terang lagi nyata, akan tetapi kami tetap masih berpaling. Ya Allah, Ya Ghaffur, Ya Tawwabur Rahim. Ampunkan kami. Ya Allah, Ya Halim, santunlah diri kami yang sangat kotor ini. ana Sumber Idea dari Allah, Yang Maha 'Alim, menerusi buku ESQ POWER, sebuah Inner Journey Melalui Al-Ihsan, Ary Ginanjar Agustin Labels: karya Friday, January 16, 2009 @ 1:29 PM
Program : Usrah Jama’ie Balai Islam KUAZ Slot : Tazkirah Ringkas Tarikh : 11 Januari 2009 Masa : 9. 30 Malam Tempat : Bilik Mesyuarat Inderasari Tajuk : Amanah dan Tanggungjawab oleh Saudara Mohd. Afiq Bin Roslan -Ulasan daripada Salah seorang AJK Balai Islam- Alhamdulillah. Puji dan syukur dipanjatkan kehadrat Yang Esa kerana mengurniakan nikmat kesihatan dan kelapangan kepada keluarga Balai Islam KUAZ untuk sama-sama berhimpun di bawah satu majlis ilmu. Seperti tajuk yang tertera di atas, begitulah tazkirah ringkas yang diberikan oleh saudara Mohd. Afiq Roslan yang merupakan penasihat Balai Islam KUAZ. Berikut adalah isi tazkirah beliau secara ringkas. Semoga ia dapat memberi manfaat kepada yang membacanya. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ”Sungguh Allah menyuruhmu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu menetapkan hukum di antara manusia hendaknya kamu menetapkannya dengan adil. Sungguh Allah sebaik-baik yang memberi pengajaran kepadamu. Sungguh Allah Maha Mendengar, Maha Melihat” -An-Nisa’: 58 Amanah merupakan suatu sikap, sama seperti sifat warak, jujur, sabar iaitu, ia tergolong dalam sifat mahmudah. Suatu sikap yang mampu dimiliki oleh manusia biasa. Setiap orang adalah pemimpin, dan di akhirat kelak akan disoal sejauh mana kita telah menjalankan amanah yang diberi. Setiap satu perkara akan disoal. Amanah yang diberi seandainya tidak dilaksanakan dengan segera maka tentu sahaja tidak baik. Contoh yang diberi adalah solat iaitu suatu amanah, sekiranya dilambatkan pengerjaannya tanpa sebab yang kukuh maka dosalah yang akan kita dapatkan. Maka dengan itu, sejurus diberikan amanah bersegeralah untuk menyempurnakannya. Ramai yang mungkin tidak menyedari, bahawa dari saat mereka menerima untuk menjawat sesuatu jawatan atau menerima tawaran menjadi ahli jawatankuasa bagi sesebuah projek, itu sebenarnya merupakan titik mula amanah digalaskan ke bahu. Oleh itu, usahlah menerima sesuatu perkara itu andai tahu diri tidak mampu memegagng amanah sebanyak itu. Kenali diri sendiri. Tahu keupayaan diri. Setelah menerima sesuatu amanah itu pula,cubalah untuk menjalankannya semampu yang boleh dan lakukan itu dengan dedikasi dan komitmen yang terbaik. Amanah adalah sesuatu yang harus dirasakan dalam diri. Tiada makna jika membaca sejuta artikel tentang amanah dan tanggungjawab,menghadiri beribu kuliah ilmu yang juga membincangkan perkara yang sama, andai rasa tanggungjawab tidak dihadirkan dalam diri. Faham sahaja tiada makna. Rasakan amanah tersebut. Dibezakan di antara ’tahu’ amanah dan ’rasa’ amanah. Perumpumaan yang diberikan ialah ’tahu’ amanah ialah seseorang yang melihat saudaranya terkena luka di lengannya kerana torehan parang. ’Rasa’ amanah ialah seseorang yang bukan saja melihat, akan tetapi merasai torehan parang itu sendiri. Dari itu, amanah perlu dirasa, bukan sekadar untuk mengetahui kepentingan amanah tersebut. Diingatkan juga mengenai kepentingan niat di dalam menjalankan amanah. Sia-sia belaka apabila seseorang yang mengerjakan sesuatu dengan mempunyai niat yang selain daripada Allah swt dan untuk mendapatkan keredhaanNya. Niat di dalam Islam sangat ditekankan dan ini dapat dilihat menerusi hadis baginda saw yang pertama dan utama di dalam Hadis 40. Daripada Umar bin Al-Khattab R’’anhu,ia berkata: Saya dengar Rasullullah s.a.w bersabda: ” Hanya Sanya segala amalan itu dengan niat. 1) Dan hanya sanya bagi setiap orang itu apa yang ia niatkan, maka barangsiapa yang hijrahnya kepada Allah dan rasulnya, maka hijrahnya itu kepada Allah dan rasulnya, dan barangsiapa yang hijrahnya itu untuk dunia,ia akan memperolehinya; atau untuk wanita yang hendak dikahwininya, maka hijrahnya itu kepada apa yangia hijrah kepdanya” -Hadis riwayat Bukhari dan Muslim Insya Allah, dengan keimanan yang ada dalam diri maka rasa amanah itu akan timbul. Sesuatu amanah itu pula haruslah dilaksanakan dengan dua elemen penting akal dan iman. Tanpa keduanya ini, maka pincanglah amanah. Amanah beserta akal membawa maksud, sesuatu pekerjaan itu haruslah disertai dengan ilmu. Jika tidak tahu, jangan malu dan malas untuk bertanya. Itulah proses pembelajaran. Lagi pula segala perkara bermula dari tidak tahu menjadi tahu. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Kepada Saudara Afiq mohon maaf ye seandainya ada yang diperkatakan tidak tercatat dalam tazkirah di atas. Dan yang tidak dikata pula yang tercatat. Fitrah manusia, tidak akan lari dari ketidaksempurnaan. Labels: karya Wednesday, January 14, 2009 @ 11:28 PM
Khaliq Bismillahirrahmanirrahim.apabila semua pintu tertutup, yang terbuka hanyalah pintuMu. tak kala segalanya berpaling, yang hadir hanyalah Engkau. ketika tidak ada yang memahami, yang sedia mendengar hanyalah diriMu. kehadiranMu tiada permulaan, tiada kesudahan. Yang sentiasa hadir walau sering dilupai. Yang sedia membantu walau sering dibelakangi. menyebutMu lebih manis dari segalanya. mengingatiMu lebih indah daripada segenap keindahan yang ada. Ampunkan diri ini ya Rabb. ianya menginginkanMu, akan tetapi sering tewas dengan yang selainMu. sungguh, sungguh, ianya daripada golongan yang zalim. Allah. Allah. Allah. pandanglah ia dengan RahmahMu. Allah. Allah. Allah. Pandanglah ia dengan Belas KasihanMu. Allah. Allah. Allah. kerana ia merupakan hambaMu yang sering tewas dan tewas. Allah. Allah. Allah. hiya Labels: karya Saturday, January 10, 2009 @ 1:56 AM
Celaka Israel Setiap hari selepas 27 disember tahun lalu kita umat Islam khususnya dan masyarakat dunia umumnya disogokkan dengan berita-berita sedih dan pilu yang berlaku ke atas saudara seaqidah kita di Palestine. Wilayah Gaza kini bergolak lagi. Kini setelah seminggu lebih, lebih kurang 500 saudara kita menjadi mangsa kekejaman Israel. Serangan dan pengeboman sesuka hati yang di lakukan Israel laknatullah ke atas masyarakat Palestine menunjukkan betapa lemahnya umat Islam pada masa kini. Bilangan umat Islam yang mencecah lebih kurang 2 billion di seluruh dunia seakan tidak mampu berbuat apa-apa untuk mengekang serangan Israel ke atas warga Palestine. Kita hanya mampu melihat dan mendengar saudara-saudara kita di sana dipijak dan dihenyak habis-habisan oleh Israel tanpa rasa belas kasihan walau sedikit pun. Bantahan dan demonstrasi seluruh dunia tidak langsung memberi kesan dan tekanan ke atas Israel. Resolusi PBB untuk mendamaikan seketika konflik tersebut di tolak bulat-bulat oleh sekutu rapat Israel, Amerika Syarikat dengan menggunakan kuasa vetonya. Alasan yang diberikan cukup mudah. Hamas lah punca segala-galanya. Mengapa semua ini boleh terjadi? Apakah punca utamanya? Tidak salah andainya aku beranggapan yang semua ini boleh berlaku akibat kebodohan dan kejahilan umat Islam itu sendiri. Bukanlah semua yang dimaksudkan, tapi segelintir dari kita umat Islam yang sanggup membiarkan saudaranya sendiri menderita demi menjaga kepentingan tersendiri. Ini juga disebabkan oleh ketidaksefahaman dan perpecahan yang berlaku di kalangan umat Islam yang memberi ruang yang luas kepada musuh-musuh Islam untuk terus menindas kita. Maruah kita umat Islam dipijak-pijak. Di manakah letaknya jati diri umat Islam pada masa kini. Sampai bila kita mahu terus membiarkan perkara ini terus berlaku. Sanggupkah kita melihat kesengsaraan yang ditanggung saudara-saudara kita di Palestine. Ayuh sedar saudara-saudara ku. Bangunlah kita dari lena yang panjang. Apa peranan kita? Apakah hanya sekadar melihat dan mendengar? Apakah cukup sekadar berdemonstrasi menunjukkan perasaan tidak puas hati? Apakah cukup sekadar menyatakan kecaman serangan yang dilakukan Israel? Apakah cukup semua ini? Ya, sememangnya kita tidak mampu untuk melakukan tindakan yang lebih drastik dari itu. Itu pun sudah memadai buat masa ini. Dapat menyatakan kepada dunia yang kita tidak menyokong dan merestui sama sekali tindakan kejam yang dilakukan Israel ini. Sekurang-kurang warga Palestine tahu yang mereka tidak berjuang bersendirian. Terdapat jutaan saudara seaqidah yang menyokong perjuangan mereka ini. Apa yang terbaik yang dapat kita lakukan sekarang ini hanyalah berdoa. Itulah senjata orang mukmin. Senjata yang paling ampuh. Senjata rahsia umat Islam. Senjata yang tidak dapat digunakan dan tiada di tangan kufur laknatullah. Ayuh sama-sama kita mendoakan kejayaan umat Islam dalam memerangi musuh-musuh Islam. Ya Allah Sesungguhnya Kami Meletakkan Mu Di Batang-batang Leher Musuh-musuh Kami Dan Kami Berlindung DenganMu Daripada kejahatan-kejahatan Mereka Ya Allah Leburkanlah Kumpulan-kumpulan Mereka Pecah-belahkanlah Dan Kacau-bilaukanlah Persatuan Mereka Goncangkanlah Pendirian Mereka Dan Hantarkanlah Anjing-anjingMu Kepada Mereka Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum Wahai Tuhan Yang Bersifat Murka Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah Wahai Tuhan Yang Menurunkan Kitab Wahai Tuhan Yang Mengarakkan Awan Wahai Tuhan Yang Menewaskan Bala Tentera al-Ahzab Kalahkan Mereka Kalahkan Mereka Kalahkan Mereka Dan Menangkanlah Kami Ke Atas Mereka Ameen source: ewanz - ewanzul.blogspot.com Labels: karya @ 1:44 AM
For You: Palestin mumtahanah it's unfair that i can smile while they have to live with cruelty and vile it's unfair to hear laughter when villainy happens at the border people are dying yet we are not trying what we should do is du'a for our dear brothers and sisters for du'a is our secret weapon may Allah s.w.t bless the souls of the martyrs may they be placed among the al-faaizuun Labels: karya |