Balai Islam KUAZ

zwani.com myspace graphic comments
Myspace Islam Graphics
Salam Alaik to all visitors of this blog. May the contents of this blog benefit you. Insya Allah. Any enquiries or suggestions please send it to: balaiislamkuaz@ymail.com


Hari ini adalah milikku

Waktu Solat


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Al-waqt

Digital Clocks & MySpace Layouts



Keluarga Balai Islam KUAZ

Dalam proses pengemaskinian


zwani.com myspace graphic comments
Islam Graphic Comments



Mutiara Ilmuan

Take time to THINK. It is the source of power

Take time to READ. It is the foundation of wisdom

Take time to QUIET. It is the apportunity to seek God

Take time to DREAM. It is the future made of

Take time to PRAY. It is the greatest power on earth
Pimp My Profile


~Munaqasyah~




zwani.com myspace graphic comments
Myspace Islam Graphics



~Allah in my heart~






~Tetamu~

free counter


~Munajatku~




archives

September 2008
October 2008
November 2008
December 2008
January 2009
February 2009
March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
August 2009
September 2009
December 2009
January 2010
February 2010
March 2010
July 2010



~Layar~

iluvislam
Grapesnasyid
IslamOnline
MuslimDiary
SaifulIslam



~Balai Islam UM~

Balai Islam KK1
Balai Islam KK3
Balai Islam KK4
Balai Islam KK7
Balai Islam KK12








Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



credits

. . .
skin by: Jane
Tuesday, December 30, 2008 @ 12:04 PM
Specially dedicated to the people of Palestine

You, you’re not aware

That we’re aware

Of your despair

Don’t show your tears

To your oppressor

Don’t show your tears

CHORUS:

Try not to cry little one

You’re not alone

I’ll stand by you

Try not to cry little one

My heart is your stone

I’ll throw with you

Isam:

‘Ayn Jalut where David slew Goliath

This very same place that we be at

Passing through the sands of times

This land’s been the victim of countless crimes

From Crusaders and Mongols

to the present aggression

Then the Franks, now even a crueller oppression

If these walls could speak,

imagine what would they say

For me in this path that I walk on

there's only one way

Bullets may kill, bones may break

Still I throw stones like David before me and I say

CHORUS

You, you’re not aware

That we’re aware

Of your despair

Your nightmares will end

This I promise, I promise

CHORUS

Lenny:

No llores, no pierdas la fe

La sed la calma el que haze

Agua de la arena

Y tu que te levantas con orgullo entre las piedras

Haz hecho mares de este polvo

Don’t cry, don’t lose faith

The one who made water come out of the sand

Is the one who quenches the thirst

And you who rise proud from between the stones

Have made oceans from this dust

Waqas:

I throw stones at my eyes

’cause for way too long they’ve been dry

Plus they see what they shouldn’t from oppressed babies to thighs

I throw stones at my tongue

’cause it should really keep its peace

I throw stones at my feet

’cause they stray and lead to defeat

A couple of big ones at my heart

’cause the thing is freezing cold

But my nafs is still alive

and kicking unstoppable and on a roll

I throw bricks at the devil so I’ll be sure to hit him

But first at the man in the mirror

so I can chase out the venom

Isam:

Hmm, a little boy shot in the head

Just another kid sent out to get some bread

Not the first murder nor the last

Again and again a repetition of the past

Since the very first day same story

Young ones, old ones, some glory

How can it be, has the whole world turned blind?

Or is it just ’cause it’s only affecting my kind?!

If these walls could speak,

imagine what would they say

For me in this path that I walk on

there’s only one way

Bullets may kill, bones may break

Still I throw stones like David before me and I say

CHORUS

Labels:




Monday, December 29, 2008 @ 9:46 AM
Salam Ma'al Hijrah






@ 9:42 AM
Fadhilat Bulan Muharram

FADHILAT BULAN MUHARRAM

Labels:




Tuesday, December 23, 2008 @ 10:37 PM
Taman-taman Syurga


Bismillahirrahmanirrahim


﴿الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَـماً وَقُعُوداً وَعَلَى جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِى خَلْقِ السَّمَـوَتِ وَالاٌّرْضِ﴾

(Mereka yang mengingati Allah ketika berdiri, duduk dan waktu berbaring, dan mereka memikirkan kejadian langit dan bumi)

Surah Ali-‘Imran, ayat 191

(قال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏يقول الله عز وجل ‏ ‏أنا عند ظن عبدي بي وأنا معه حين يذكرني إن ذكرني في نفسه ذكرته في نفسي وإن ذكرني في ملإ ذكرته في ملإ هم خير منهم وإن تقرب مني شبرا تقربت إليه ذراعا وإن تقرب إلي ذراعا تقربت منه باعا وإن أتاني يمشي أتيته هرولة) ‏


(Rasulullah saw. bersabda: Allah Taala berfirman: Aku sesuai d
engan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jemaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari)

Hadis Riwayat Abu Huraira

(عن النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال ‏ ‏إن لله تبارك وتعالى ملائكة ‏ ‏سيارة ‏ ‏فضلا ‏ ‏يتتبعون ‏ ‏مجالس الذكر فإذا وجدوا مجلسا فيه ذكر قعدوا معهم وحف بعضهم بعضا بأجنحتهم حتى يملئوا ما بينهم وبين السماء الدنيا فإذا تفرقوا عرجوا وصعدوا إلى السماء قال فيسألهم الله عز وجل وهو أعلم بهم من أين جئتم فيقولون جئنا من عند عباد لك في الأرض يسبحونك ويكبرونك ويهللونك ويحمدونك ويسألونك قال وماذا يسألوني قالوا يسألونك جنتك قال وهل رأوا جنتي قالوا لا أي رب قال فكيف لو رأوا جنتي قالوا ‏ ‏ويستجيرونك ‏ ‏قال ومم ‏ ‏يستجيرونني ‏ ‏قالوا من نارك يا رب قال وهل رأوا ناري قالوا لا قال فكيف لو رأوا ناري قالوا ويستغفرونك قال فيقول قد غفرت لهم فأعطيتهم ما سألوا ‏ ‏وأجرتهم ‏ ‏مما ‏ ‏استجاروا ‏ ‏قال فيقولون رب فيهم فلان عبد خطاء إنما مر فجلس معهم قال فيقول وله غفرت هم القوم لا يشقى بهم جليسهم

(Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah s.w.t Yang Maha Memberkati lagi Maha Tinggi memiliki para Malaikat yang mempunyai kelebihan yang diberikan oleh Allah s.w.t. Para Malaikat selalu mengelilingi bumi. Para Malaikat sentiasa memerhatikan majlis-majlis zikir. Apabila mereka dapati ada satu majlis yang dipenuhi dengan zikir, mereka turut mengikuti majlis tersebut di mana mereka akan melingkunginya dengan sayap-sayap mereka sehinggalah memenuhi ruangan antara orang yang menghadiri majlis zikir tersebut dan langit. Apabila orang ramai yang hadir dalam majlis tersebut beredar, para malaikat naik ke langit. Baginda bersabda: Allah s.w.t bertanya para malaikat sedangkan Allah mengetahui pergerakan mereka dengan firman-Nya: Dari mana kamu datang? Mereka menjawab: Kami datang dari tempat hamba-hamba-Mu di dunia. Mereka bertasbih, bertakbir, bertahlil, bertahmid serta berdoa memohon dari-Mu. Allah s.w.t berfirman: Apakah yang mereka pohonkan? Para Malaikat menjawab: Mereka memohon Syurga dari-Mu. Allah berfirman: Apakah mereka pernah melihat Syurga-Ku? Para Malaikat menjawab: Belum, wahai Tuhan. Allah berfirman: Bagaimanakah akan terjadi seandainya mereka pernah melihat Syurga-Ku? Para Malaikat berkata lagi: Mereka juga memohon daripada-Mu perlindungan. Allah berfirman: Mereka pohon perlindungan-Ku dari apa? Para Malaikat menjawab: Dari Neraka-Mu, wahai Tuhan. Allah berfirman: Apakah mereka pernah melihat NerakaKu? Para malaikat menjawab: Belum. Allah berfirman: Bagaimanakah akan terjadi seandainya mereka pernah melihat Neraka-Ku. Para Malaikat terus berkata lagi: Mereka juga memohon keampunan-Mu. Allah berfirman: Aku sudah mengampuni mereka. Aku telah kurniakan kepada mereka apa yang mereka pohon dan Aku telah berikan ganjaran pahala kepada mereka sebagaimana yang mereka pohonkan. Para Malaikat berkata lagi: Wahai Tuhan kami, di antara mereka terdapat seorang hamba-Mu. Dia penuh dengan dosa, sebenarnya dia tidak berniat untuk menghadiri majlis tersebut, tetapi setelah dia melaluinya dia terasa ingin menyertainya lalu duduk bersama-sama orang ramai yang berada di majlis itu. Baginda bersabda: Allah berfirman: Aku juga telah mengampuninya. Mereka adalah kaum yang tidak dicelakakan dengan majlis yang mereka adakan)

Hadis Riwayat Abu Huraira

Cukuplah ini sebagai dalil yang kukuh untuk dipegang serta diamalkan. Yakinlah dengan kehadiran Para Malaikat serta Wali-Wali Allah di majlis-majlis zikir yang di dalamnya penuh dengan puji-pujian terhadap Allah dan RasulNya. Sebagaimana jasad, zikir merupakan makanan bagi roh. Marilah menuju ke arahnya.


Ya Rabb, Ya Allah, hidupkanlah majlis zikir ini di kolej kediaman kami, khususnya. Permudahkanlah urusan kami, Ya Rabb. Kami mohon bantuanMu. Kami mohon campurtanganMu. Kami mohon aturanMu. Kami mohon pemeliharaanMu. Ya Rabb, Ya Allah, kami mohon segalanya keranaMu dan untukMu. Jikalau selama ini kami tersasar, kami mohon ampunanMu. Jikalau ada nafsu yang sangat halus yang menjadi niyat selain daripadaMu, Ya Allah, kami mohon ampunanMu dan sangat mengharapkan supaya dikembalikan kami semula di bawah RahmatMu dan JalanMu. Ya Allah, jadikanlah semuanya semata-mata untuk mendekatkan diri kami kepadaMu. Ya Allah, sungguh kami menzalimi diri kami sendiri. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Ghaffur, Ya Mujibu Duua. Bi barakati Rasulillah saw.

Amin.






Labels:




Monday, December 22, 2008 @ 11:40 PM
Man Ana


"I am a traveler seeking the truth, a human searching for the meaning of humanity and a citizen seeking dignity, freedom, stability and welfare under the shade of Islam. I am a free man who is aware of the purpose of his existence and who proclaims: “Truly, my prayer and my sacrifice, my living and my dying are all for Allah, the Lord of the worlds; no partner has He. This, am I commanded and I am of those who submit to His Will.” This is who I am. Who are you?"

(Hassan al-Banna)

Labels:




Saturday, December 20, 2008 @ 3:53 PM
Ya Rabb, let the Ummah Rise Again

Amin

Labels:




Friday, December 19, 2008 @ 4:48 PM
Sandaran yang Kukuh


Apabila kamu bermohon, maka bermohonlah kepada Allah s.w.t. Apabila kamu meminta, maka mintalah kepada Allah s.w.t. Dan, ketahuilah bahawa sekiranya sekalian makhluk saling bantu membantu kamu untuk memperolehi sesuatu yang tidak ditulis Allah s.w.t untuk kamu, pasti mereka tidak akan sanggup mengadakannya. Dan, sekiranya sekalian makhluk mahu memudaratkan kamu dengan sesuatu yang tidak ditulis Allah s.w.t buat kamu, nescaya mereka tidak sanggup berbuat demikian. Segala buku telah terlipat dan segala pena telah kering.

Sadaqa Rasulullah saw

Labels:




Monday, December 15, 2008 @ 12:25 PM
Cahaya di atas Cahaya


"Ya Allah, jadikanlah cahaya dalam hatiku, cahaya dalam penglihatanku, cahaya dalam pendengaranku, cahaya dari arah kananku, cahaya dari arah kiriku, cahaya di atasku, cahaya dibawahku, cahaya di depanku, dan jadikanlah cahaya untukku."
Amin
Riwayat Bukhari

Labels:




Saturday, December 13, 2008 @ 8:52 PM
Di antara Keindahan dan Kesombongan


"Tidak akan masuk Syurga seseorang yang di dalam hatinya ada seberat biji dari kesombongan."
Ada seseorang di antara mereka bertanya,
"Sesungguhnya seseorang suka jikalau pakaiannya bagus dan terumpahnya bagus."
Lalu, Rasulullah saw bersabda,
"Sesungguhnya Allah Maha Indah dan suka kepada keindahan. Kesombongan ialah menolak kebenaran dan menghina manusia."
Riwayat Muslim, Tirmizi dan Abu Daud

Labels:




Sunday, December 7, 2008 @ 8:59 PM
What is eid ul adha?

Eid al-Adha (Arabic: عيد الأضحى ‘Īd ul-’Aḍḥā) or the Festival of Sacrifice is a religious festival celebrated by Muslims and Druze worldwide in commemoration of the willingness of Ibrahim (Abraham) to sacrifice his son as an act of obedience to God. The devil tempted Ibrahim by saying he should disobey God and spare his son. As Ibrahim was about to sacrifice his son, God intervened and instead provided a lamb as the sacrifice. This is why today all over the world Muslims who have the means to, sacrifice an animal (usually a goat or a sheep), as a reminder of Ibrahim's obedience to God. The meat is then shared out with family, friends (Muslims or non-Muslims), as well as the poor members of the community. (Islam names Ishmael as the son who was to be sacrificed, whereas the Judeo-Christian name Isaac).


Eid al-Adha is one of two
Eid festivals celebrated by Muslims, whose basis comes from the Quran.[1] (Muslims in Iran celebrate a third, non-denominational Eid.) Like Eid el-Fitr, Eid al-Adha begins with a short prayer followed by a sermon (khuṭba).


Eid al-Adha annually falls on the 10th day of the month of
Dhul Hijja (ذو الحجة) of the lunar Islamic calendar. The festivities last for two to three days or more depending on the country. Eid al-Adha occurs the day after the pilgrims conducting Hajj, the annual pilgrimage to Mecca in Saudi Arabia by Muslims worldwide, descend from Mount Arafat. It happens to be approximately 70 days after the end of the month of Ramadan.



Source:http://en.wikipedia.org/wiki/Hari_raya_haji



What Should We Sacrifice?


First, we are asked to sacrifice our possessions — the things that we love to own and collect, such as gold and silver, houses and cars, clothes and jewelry, and cattle and land. All these are the possessions of this world. Then we love our families and ourselves. All of these are to be sacrificed in the way of Allah if the need arises:

(O you who believe, shall I lead you to a merchandise that will deliver you from a painful chastisement? That you believe in Allah and His Messenger and that you strive in the cause of Allah with your property and your lives.) (As-Saff 61:10–11)



Much more difficult is the sacrifice of time. All acts of worship require our commitment to finding time to fulfill our obligations toward Allah and our fellow human beings. Still, more difficult is to forgo our own opinions and to submit our ego to the dictates of Shari`ah. Customs and traditions sometimes conflict with the clear injunctions of Shari`ah. We may have to overcome the bitterness of family and withstand the pressures of society. It is only then that we will really succeed in obeying Allah.


Immolating a goat, sheep, or camel is just symbolic. We see that the innocent animal is firmly under our control, prepared to die for the will of its Creator. Are we ready to sacrifice our lives, our possessions, our inner desires, and our ego? Are we willing to place ourselves, like helpless animals, under the control of the will of our Creator?


That is the real sacrifice, otherwise each year, when `Eid Al-Adha comes, we can diligently sacrifice some animals and feel satisfied that we have fulfilled our obligation. There is no doubt that by offering a sacrificial animal we perform an act of worship for which we will be rewarded. Almighty Allah says,


(It is not their flesh or their blood that reaches Allah, but it is the piety from you that reaches Him.) (Al-Hajj 22:37)


Let's prepare ourselves for a life of sacrifice. Without making sacrifices, we will not be able to start the revival of Islam. We should be ready to sacrifice our time, our wealth, our resources, our lives, and our personal likes and dislikes. If we sincerely strive in the cause of Allah, He will open His doors of success for us. This is His promise:


(And (as for) those who strive in Our (cause), We will most certainly guide them to Our ways.) (Al-`Ankabut 29:69)


Together we can fulfill the obligation for which this Ummah is created. Without making sacrifices, the revival of Islam will remain only a dream. Making sacrifices is the way to achieving Allah's pleasure. This was the way of Prophet Abraham and Prophet Muhammad, who proclaimed,



("Surely my Prayer and my sacrifice and my life and my death are (all) for Allah, Lord of the Worlds") (Al-An`am 6:162).


* This article has been taken with modifications from a book titled Lift Up Your Hearts published by the Islamic Foundation.
** Abdur Rashid Siddiqui (1932- ) was one of the earliest members of the UK Islamic Mission and is a member of its Shura. He was one of the founder members of the Islamic Society of Britain and was the Chairman of its Shura Council for many years. He is the Secretary of the Board of Trustees of the Islamic Foundation, UK.

Source:
http://www.islamonline.net/English/Eid_AlAdha/1428/topic_02/14.shtml

Labels:




@ 8:45 PM

Balai Islam mengucapkan salam eiduladha kepada semua umat Islam
Balai Islam wishes all muslims, a blessed eid ul adha





























Friday, December 5, 2008 @ 4:52 PM
Temuduga Sebagai : Calon Jenazah


SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal..
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara ad hoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil, termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yang cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:

Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.


Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:

Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah S.A.W:

"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya." Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk.. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.

Kemudian didatangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".


Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

Labels:




@ 4:21 PM

Mumtahanah






Bismillahir rahmanir rahim...
Video di atas menunjukkan dua binatang yang menyebut nama Allah swt... Lihat kebesaran yang Allah swt tunjukkan kepada sekalian manusia. Sedangkan binatang boleh berzikir namaNya, apatah lagi manusia yang diberi akal...tentunya manusia boleh berfikir untuk menyebut-nyebut d
an berzikir nama Allah swt...

Budaya berzikir ini harus diterapkan dalam diri seorang muslim sejak ia masih kecil lagi. Waktu umur setahun jagung adalah waktu terbaik untuk memupuk minat dalam diri seseorang. Ini kerana waktu inilah waktu manusia sedang meneroka dan mencari minat tertentu. Oleh itu, jika dari umur yang masih muda lagi sudah diajar untuk membasah lidah dengan zikrullah, perkara itu akan menjadi mudah apabila dia dewasa kelak.

Apabila lidah sudah terbiasa dengan zikrullah, ia dapat membantu ketika masa sakaratulmaut...ketika di hujung nyawa, lidah yang terbiasa berzikir boleh melafazkan syahadah dengan senang berbanding dengan mereka yang jarang berzikir.

Tidak perlu menunggu waktu yang tepat, atau menunggu majlis keramaian tertentu, berzikir boleh dilakukan pada bila-bila masa dan tempat...setiap pergerakan kita, sebaiknya kita sertakan dengan zikrullah, moga-moga dipermudahkan segala urusan yang dilakukan.




Selain itu, zikrullah itu dapat memberikan ketenangan dalam diri seseorang, sebagaimana yang disebut di dalam kitab suciNya: "Ala bizikrillah tatmainnal qulub" Oleh itu, rebutlah peluang ini untuk berzikir selagi nyawa dikandung badan.

Wallahu a'lam


Labels: ,




@ 4:11 PM
Allah Knows

Lyric:
When you feel all alone in this world

And there’s nobody to count your tears

Just remember, no matter where you are

Allah Knows Allah Knows


When you carrying a monster load

And you wonder how far you can go

With every step on that road that you take

Allah Knows Allah Knows


No matter what, inside or out

There’s one thing of which there’s no doubt

Allah Knows Allah Knows

And whatever lies in the heavens and the earth

Every star in this whole universe

Allah Knows Allah Knows


When you find that special someone

Feel your whole life has barely begun

You can walk on the moon, shout it to everyone

Allah Knows Allah Knows


When you gaze with love in your eyes

Catch a glimpse of paradise

And you see your child take the first breath of life

Allah Knows Allah Knows


When you lose someone close to your heart

See your whole world fall apar

tAnd you try to go on but it seems so hard

Allah Knows Allah Knows


You see we all have a path to choose

Through the valleys and hills we go

With the ups and the downs, never fret never frown

Allah Knows Allah Knows


Every grain of sand,

In every desert land,

He Knows.

Every shade of palm,

Every closed hand,

He Knows.

Every sparkling tear,

On every eyelash,

He Knows.

Every thought I have,

And every word I share,

He knows.

Allah Knows

Labels:




@ 3:57 PM
Virtues of the Ten Days of Dhul Hijjah

All Praise is due to Allah the Exalted and may the peace and blessings of Allah be upon His Messenger Muhammad, his family and Companions and all those who follow them until the Day of Resurrection..

Praise be to Allah Who has created Time and has made some times better than others, some months and days and nights better than others, when rewards are multiplied many times, as a mercy towards His slaves. This encourages them to do more righteous deeds and makes them more eager to worship Him, so that the Muslim renews his efforts to gain a greater share of reward, prepare himself for death and supply himself in readiness for the Day of Judgement.

This season of worship brings many benefits, such as the oppor-tunity to correct one’s faults and make up for any shortcomings or anything that one might have missed. Every one of these special occasions involves some kind of worship through which the slaves may draw closer to Allaah, and some kind of blessing though which Allaah bestows His favour and mercy upon whomsoever He will. The happy person is the one who makes the most of these special months, days and hours and draws nearer to his Lord during these times through acts of worship; he will most likely be touched by the blessing of Allaah and will feel the joy of knowing that he is safe from the flames of Hell. (Ibn Rajab, al-Lataa’if, p.8).

The Muslim must understand the value of his life, increase his worship of Allah and persist in doing good deeds until the moment of death. Allah says
{And worship your Lord until there comes unto you the certainty} [al-Hijr 15:99]
The mufassireen (commentators) said: “ ‘The certainty’ means death.”

Labels:




@ 3:18 PM
Bila singa mengembek


Al-kisah, di sebuah hutan belantara ada seekor ibu singa yang mati setelah melahirkan anaknya. Anak singa yang lemah itu hidup tanpa mendapat perlindungan ibunya. Beberapa waktu kemudian sekumpulan kambing melintas tempat itu.

Anak singa itu menggerak-gerakkan tubuhnya yang lemah. Seekor ibu kambing tergerak hati. Ia merasa hiba melihat anak singa yang lemah dan hidup sebatang kara itu. Terbitlah nalurinya untuk merawat dan melindungi anak singa itu.

Si ibu kambing menghampiri anak singa itu lalu membelai dengan penuh kasih sayang. Kerana dapat menikmati kehangatan kasih sayang begitu, si anak singa itu pun tidak mahu berpisah dengan ibu kambing. Ia pun terus mengikut barang ke mana saja ibu kambing itu pergi. Jadilah ia sebahagian daripada keluarga besar kumpulan kambing itu.

Hari berganti hari, dan anak singa itu terus membesar dalam asuhan dan didikan kambing. Ia hidup dalam kumpulan kambing. Ia menyusu, makan, minum, dan bermain dengan anak kambing. Tiada sebarang perbezaan dengan kambing-kambing lain. Ia sama sekali tidak pernah berasa dirinya adalah seekor singa.

Suatu hari berlaku tragedi besar. Seekor serigala buas masuk memburu kambing untuk dimakan.

Kau Singa! Cepat lawan serigala itu. Cukup dengan mengaum saja, pasti serigala itu akan lari ketakutan!” Kata ibu kambing kepada anak singa yang sudah kelihatan besar dan gagah itu.

Tapi anak singa yang sejak kecil hidup di tengah-tengah kumpulan kambing itu turut takut malah berlindung di belakang ibu kambing. Ia berteriak sekeras-kerasnya dan yang keluar dari mulutnya adalah suara mengembik. Suara itu sama seperti kembing yang lain. Bukan mengaum.

Anak singa itu tidak boleh berbuat apa-apa ketika salah seekor anak kambing yang tak lain adalah saudara sesusu dengannya, diterkam dan dibawa lari oleh serigala.

Ibu kambing sangat sedih kerana salah seekor anaknya maut dimakan serigala. Ia pun memandang anak singa itu dengan perasaan marah.

Sepatutnya kau boleh membela kami! Seharus kau boleh menyelamatkan saudara dengannya diterkan dan dibawa lari oleh serigala.

Ibu kambing sangat sedih kerana salah seekor anaknya maut dimakan serigala. Ia pun memandang anak singa itu dengan perasaan marah.

Sepatutnya kau boleh membela kami! Seharus kau boleh menyelamatkan saudara aku tiut! Seharusnya kau boleh menghalau serigala jahat itu!

Anak singa itu menunduk. Ia tidak faham dengan maksud perkataan ibu kambing. Ia sendiri berasa takut pada serigala itu sebagaimana kambing-kambing yang lain. Anak singa itu pun sedih kerana tidak dapat berbuat apa-apa.

Hari berikutnya serigala ganas itu datang lagi. Ia memburu kambing-kambing untuk dimakan. Kali ini ibu kambing pula yang tertangkap dan sedang dicengkam oleh serigala. Semua kambing tidak ada yang berani menolong. Anak singa itu tidak sanggup melihat ibu kambing yang sudah dianggap ibunya itu dicengkam oleh serigala.

Melihat tingkah laku anak singa itu, serigala yang ganans dan licik itupun maklum bahawa yang ada di hadapannya adalah singa bermentaliti kambing. Jadi tidak ada bezanya dengan kambing.

Ketika itu juga ketakutannya hilang. Ia menggeram marah dan sekali lagi bersiap untuk menyerang singa bermentaliti kambing itu.

Ketika anak singa itu menerjang dengan menyerudukkan kepalanya sebagaimana kambing, sang serigala pula sudah bersedia dengan tendangannya yang kuat. Dengan sedikit berkelik, serigala itupun berjaya mencalar muka anak singa itu dengan cakarannya.

Anak singa itu pun rebah dan mengaduh kesakitan. Sementara kambing-kambing yang menyaksikan kejadian itu pun cemas. Ibu kambing juga hairan, kenapa singa yang gagah begitu boleh kalah dengan serigala. Bukankah singa adalah raja hutan.

Serigala pun terus menyerang anak singa yang sedang mengaduh sakit. Serigala itu juga bersedia untuk menawan nyawa anak singa itu. Pada masa kritis begitu, ibu kambing tidak sampai hati, lalu dengan sekuat tenaga ia menerjang serigala. Serigala pun terpelanting. Anak singa pun dapat bangun.

Ketika itu seekor singa dewasa muncul dengan ngauman yang dahsyat!

Semua kambing pun ketakutan. Anak singa juga turut takut. Sementara sang serigala pula cabut lari.

Anak singa itu ketakutan sekali.

”Jangan bunuh aku. Ampun!!”

” Kau anak singa, bukannya anak kambing. Aku tidak akan membunuh anak singa.”

Dengan meronta-ronta anak singa itu berkata, ” Tidak, akuadalah anak kambing. Tolong lepaskan aku.”

Singa dewasa itu hairan bukan kepalang. Mana mungkin ada anak singa bersuara kambing dan bermentaliti seperti kambing. Dengan geram dia menyeret anak singa itu ke danau. Ia mahu menunjukkan siapakah sebenarnya anak singa itu.

Sebaik melihat bayang dirinya, anak singa itu pun terkejut. ” oh, rupa dan bentukku sama dengan kau. Sama dengan singa.”

”Ya, kerana kau sebenarnya anak singa. Bukannya kambing!” Tegas singa dewasa.

” Jadi, aku bukan kambing? Aku adalah seekor singa?”

” Ya. Kau adalah singa. Raja hutan yang berwibawa dan digeruni semua penghuni hutan. Mari aku ajarkan kamu bagaimana menjadi seekor raja hutan!” Kata sang singa dewasa.

Singa dewasa itu pun mengangkat kepalanya dengan penuh wibawa. Ia pun mengaum dengan kuat. Ngauman yang menggetarkan seluruh penghuni hutan. Anak singa itu pun cuba meniru. Ia juga dapat mengaum dengan kuat. Tidak jauh dari situ serigala yang ganas itu pun lari bahkan kian kencang kerana takut dengan ngauman anak singa itu.

Anak singa itu berteriak kemenangan.

” Aku adalah seekor singa! Raja hutan yang gagah perkasa!”

Singa dewasa pun tersenyum gembira mendengarkannya
.

(Ketika Cinta Bertasbih: 638-648)

Cerita di atas ini tidak lain adalah untuk menimbulkan kesedaran tentang potensi diri yang terdapat dalam diri kita. Mungkin kita tidak menemukannya lagi maka kita harus mencarinya. Caranya amat mudah tapi sering dilepaskan begitu sahaja.

Cuba renungkan berapakah banyak peluang yang hadir dalam hidup kita dan kemudiannya kita lepaskan begitu sahaja. Kerana rasa malas, tidak kuasa, serta ketidakyakinan kita. Belum mencuba sudah bermacam-macam jangkaan diberikan.

Ahkir kalam. Rebutlah peluang. Kembangkan potensi dirimu. Gapai keredhaan Tuhan dan rasulmu. Andai segala amal perbuatan yang dikau lakukan adalah semata-mata untuk Tuhanmu. Kau akan ingin melakukan yang terbaik dalam seluruh pekerjaanmu kerana setiap yang kamu lakukan adalah satu amanah. Sebaik-baik amanah adalah yang paling tinggi pertanggungjawabannya.

-Kirana s.n-


```````````````````````````````````````````````
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan buku ”ketika cinta bertasbih. Episod 2” di kedai-kedai buku berdekatan. Sebuah karya yang dapat membangun jiwa kita.

Labels:




@ 12:31 AM
Why do we read Quran?


An old American Muslim lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his young grandson. Each morning Granpa wake up early sitting at the kitchen table reading his Quran. His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in every way he could.

One day the grandson asked, "Grandpa! I try to read the Quran just like you but I don't understand it, and what I do understand I forget as soon as I close the book. What good does reading the Quran do?" The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied, "Take this coal basket down to the river and bring me back a basket of water." The boy did as he was told, but all the water leaked out before he got back to the house. The grandfather laughed and said, "You'll have to move a little faster next time," and sent him back to the river with the basket to try again. This time the boy ran faster, but again the basket was empty before he returned home.

Out of breath, he told his grandfather that it was impossible to carry water in a basket, and he went to get a bucket instead. The old man said, "I don't want a bucket of water; I want a basket of water. You're just not trying hard enough," and he went to the door to watch the boy try again. At this point, they boy knew it was impossible, but he wanted to show his grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would leak out before he got back to the house. The boy again dipped the basket into the river and ran hard, but when he reached his grandfather the basket was again empty.

He said. "See Grandpa, it's useless!" "So you think it is useless?" The old man said, " Look at the basket." The boy looked at the basket and for the first time realized that the basket was different. It had been transformed from a dirty old coal basket and was now clean, inside and out. "Son, that's what happens when you read the Quran. You might not understand or remember everything, but when you read it, you will be changed, inside and out. That is the work of Allah in our lives."
------------------------------------------------------------------------------

A very moving and inspiring story. Hopefully we can render some good from the above story. This shows that no matter how small and insignificant we think we do, Allah knows better because He is The Almighty and the Most Knowledgeable. There is a famous saying that 'a step we take to be closer to Allah, a thousand steps He takes to reach out to us'

Isn't it just wonderful to be in His grace always...??

Reading the Holy book should be a favourite activity in all of us...even if we may have difficulty in understanding the mysteries behind the holy words, reading it leaves a huge mark in our lives gradually... Let's take the story above to be a motivating factor for us to start reading the Quran perpetually. InsyaAllah, may it cleanse us inside and out.. Amiin...

Labels:




Wednesday, December 3, 2008 @ 6:39 PM
Adakah kau lupa



Adakah kau lupa
Kita pernah berjaya
Adakah kau lupa
Kita pernah berkuasa
Memayungi dua pertiga dunia
Menrentas benua melayar samudera
Keimanan juga ketaqwaan
Rahsia mereka capai kejayaan
Bangunlah wahai anak bangsa
Kita bina kekuatan jiwa

Tempuh rintangan perjuangan
Gemilang generasi yang silam
Membawa arus perubahan
Keikhlasan hati dan nurani
Ketulusan jiwa mereka berjuang
Sejarah telah mengajar kita
Budaya Islam di serata dunia
Membina tamadun berjaya
Merubah mengangkat maruah

Labels:




@ 5:54 PM
Di Sudut PandanganNya Terhadap Pemuda-Pemudi Islam


Bismillahirrahmanirrahim

Sabda Rasulullah saw

"Ada tujuh golongan yang bakal dinaungi Allah di bawah naunganNya pada hari yang tidak ada naungan kecuali naunganNya, iaitu pemimpin yang adil, pemuda (pemudi) yang tumbuh dengan ibadah kepada Allah, seseorang yang hatinya bergantung kepada masjid (selalu melakukan solat jemaah di dalamnya), dua orang yang saling mengasihi di jalan Allah, keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seseorang yang diajak perempuan berkedudukan dan cantik (untuk berzina), tetapi ia mengatakan, "Aku takut kepada Allah", seseorang yang bersedekah kemudian merahsiakannya sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang diberikan tangan kanannya, dan seseorang yang berzikir (mengingati) Allah dalam kesendirian, lalu menitiskan air mata dari kedua matanya."


Di dalam Hadis Qudis, Allah swt berfirman menerusi Rasulullah saw

"Aku (Allah) cinta kepada hambaku yang lanjut usianya beribadah kepadaKu, akan tetapi Aku lebih cintakan kepada anak muda yang beribadah kepadaKu."


Pemuda-Pemudi Islam,
Inilah pandanganNya terhadap dirimu. DiberikanNya maqam yang tinggi, khas buat dirimu yang jiwa mereka tumbuh beribadah di hadapan Rabbnya. Tidakkah cukup menyentuh jiwamu yang mencariNya?

Dan hanya kepada Allah, bersujud apa-apa yang di langit dan apa yang di bumi dari sekalian yang melata dan para Malaikat, dan mereka tidak sombong. (Surah An-Nahal, 16:49)

Di kala umur masih muda, kekuatan masih ada, serta kebebasan terbentang luas, sering kali yang terjadi, pada kebiasaannya, adalah anak-anak muda yang menghabiskan masa hanya untuk menghibur dan terhibur. Menjadikan usia muda sebagai alasan untuk menjalani hidup untuk suka-suka. Menggunakan kekuatan serta kebebasan yang ada hanya untuk keseronokan dan kegembiraan. Segalanya hanya untuk suka-suka, seronok, mendapat perhatian ramai, untuk menghibur dan terhibur dan jauh dari niyah untukNya dan keranaNya dan menjadikan setiap sesuatu sebagai ibadah di hadapanNya.

Oleh kerana itu, Allah, Yang Maha Mengetahui, yang IlmuNya tiada dapat dibandingkan dengan apa jua pun, Yang lebih Mengerti setiap sesuatu, dengan sifatNya Yang Rahman dan Yang Rahim, memberikan keutamaan kepada anak-anak muda yang dapat menundukkan hati dan jiwa mereka kepada Sang Pencipta, di waktu segenap peluang untuk alpa dan lupa terhadapNya berada di hadapan mata, dengan segenap kekuatan, umur yang muda serta kebebasan yang ada.

Para Pemuda-Pemudi Islam,
Berbeza daripada anak-anak muda yang biasa, jadikanlah kekuatan mental dan fizikal, serta kebebasan untuk melakukan apa sahaja untukNya dan keranaNya. Di situ, terangkum kebahagiaan yang hakiki, bukan keseronokan dan kegembiraan yang sementara.

Pemuda-Pemudi Islam,
Maqam yang tinggi sudah disediakan olehNya untukmu. Tidakkah dikau tersentuh denganNya?

"Biarkan dirimu ditarik secara diam-diam oleh tarikan yang lebih dari apa yang benar-benar engkau cintai"
Jalaluddin Rumi (semoga Allah merahmatinya)
Ya Rabb, kami mohon pemeliharaanMu. Peliharalah kami. Jangan tinggalkan kami. Sesungguhnya kami menzalimi diri kami sendiri.


hiya

Labels: