Balai Islam KUAZ

zwani.com myspace graphic comments
Myspace Islam Graphics
Salam Alaik to all visitors of this blog. May the contents of this blog benefit you. Insya Allah. Any enquiries or suggestions please send it to: balaiislamkuaz@ymail.com


Hari ini adalah milikku

Waktu Solat


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Al-waqt

Digital Clocks & MySpace Layouts



Keluarga Balai Islam KUAZ

Dalam proses pengemaskinian


zwani.com myspace graphic comments
Islam Graphic Comments



Mutiara Ilmuan

Take time to THINK. It is the source of power

Take time to READ. It is the foundation of wisdom

Take time to QUIET. It is the apportunity to seek God

Take time to DREAM. It is the future made of

Take time to PRAY. It is the greatest power on earth
Pimp My Profile


~Munaqasyah~




zwani.com myspace graphic comments
Myspace Islam Graphics



~Allah in my heart~






~Tetamu~

free counter


~Munajatku~




archives

September 2008
October 2008
November 2008
December 2008
January 2009
February 2009
March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
August 2009
September 2009
December 2009
January 2010
February 2010
March 2010
July 2010



~Layar~

iluvislam
Grapesnasyid
IslamOnline
MuslimDiary
SaifulIslam



~Balai Islam UM~

Balai Islam KK1
Balai Islam KK3
Balai Islam KK4
Balai Islam KK7
Balai Islam KK12








Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



credits

. . .
skin by: Jane
Sunday, October 26, 2008 @ 9:32 AM

Kejayaan itu bukan milikmu
Karya kirana s.n


Andai dirimu berjaya
Itu bukan maknanya dirimu hebat
Kejayaan itu datangnya dari Yang Maha Hebat

Andai kau sangka atas usaha kerasmu
Dirimu berjaya
Mohon ampunlah
Sesungguhnya DIAlah yang mengerakkan kudratmu
DIAlah yang memberikan kesihatan badan kepadamu
DIAlah yang memberikan kecergasan fikiran kepadamu
DIAlah yang mengurniakan ilham kepadamu
Tanpa diriNYA , tiada erti hidupmu

Kejayaan itu hanya rezeki yang dipinjamkan dariNYA buatMU
Bila-bila masa, di mana jua bisa ditarik kembali

Usah berbangga dengan usahaMU
Tapi mohon rahmat dan kasih sayang Tuhanmu
Sememangnya manusia hina
Manusia lemah
Sentiasa harus menadah tangan
Memohon dan memohon
Dan Allah itu
Maha Pemurah
Sentiasa memberi dan memberi

Dengan segala permintaan yang tiada pernah putus
Dengan segala pemberian yang tiada pernah menghampakan
Masih tidak terasakah dirimu akan kasih dan sayangnya?





~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Maha mendengar rintihan hamba-hambanya. Maha mengasihani. Maha Pemurah. Maha Pemberi Rezeki.

Sesungguhnya kami hambaMU yang hina ini yang tiada daya upaya kecuali dengan bantuan dan pertolongan dariMU menadah tangan padaMU. Memohon dengan sepenuh pengharapan.

Ya Allah
kurniakanlah kecemerlangan kepada anak-anak Islam
Berkatilah segala ilmu yang telah diKAU kurniakan kepada kami
Semoga dapat kami gunakan segala ilmu yang telah kami perolehi ke jalanMU

Ya Allah
Permudahkanlah segala urusan kami sebelum dan sewaktu mengambil peperiksaan ini
Sihatkanlah tubuh badan kami
Jauhkan kami dari sebarang kecelakaan

Ya Allah
Kurniakanlah kami ilham dalam menjawab soalan peperiksaan nanti
Berikanlah kami ketenangan dalam menghadapi ujian
Peliharakanlah segala yang telah kami hafali dan kami fahami

Sesungguhnya jika tanpa pertolonganMU, kami ini hanya insan-insan yang lemah.

Amin ya Rabbal Alamin

Labels:




@ 1:10 AM

Mawaddah wa Rahmah...
Karya Mumtahanah


Sedikit pelajaran ringkas kepada sesiapa yang sudah berumahtangga, dan kepada mereka juga yang bakal mendirikan rumahtangga.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"...ومن اياته ان خلق لكم من انفسكم ازواجا لتسكنوا اليها وجعل بينكم مودة ورحمة..."

Mawaddah ertinya “passion”. Selalunya mawaddah ini dirasakan oleh pasangan yang baru sahaja mendirikan rumahtangga. Mawaddah adalah cinta sepasang suami isteri. Mawaddah bukan hanya perasaan, tapi harus disertakan dengan perlaksanaan. Contohnya suami mengucapkan kata-kata sayang kepada isteri setiap pagi, mencium pipi isteri setiap kali bertemu. Kalau isteri pula, berpegang tangan sewaktu keluar jalan bersama, mencium tangan suami setiap kali beliau keluar bekerja dan sebagainya…Mawaddah ialah memberikan apa jua penghargaan yang akan membuaikan perasaan pasangan masing-masing.

Rahmah pula ialah perasaan simpati. Simpati atas tanggungjawab yang dijalankan oleh pasangan masing-masing. Suami simpati ke atas isteri yang penat bekerja seharian di rumah, memasak, mengemas, menjaga anak-anak. Isteri pula simpati ke atas suami yang seharian di tempat kerja, semata-mata mencari rezeki untuk menampung keluarga. Simpati juga memerlukan perlaksanaan. Contohnya sang suami menolong isteri melayan anak-anak ketika isteri sedang sibuk di dapur, ataupun isteri mengurut badan suami yang kepenatan dan merendahkan suara apabila bertutur dengan suami.

Rumahtangga yang hanya berlandaskan mawaddah, cinta semata-mata tidak mungkin menjamin kebahagiaan yang kekal, kerana mungkin pada suatu masa itu, suami isteri akan jemu dengan pasangan masing-masing, apatah lagi jika cinta itu tidak disandarkan kerana lillahi ta’ala.

Rumahtangga yang didirikan atas sebab rahmah sahaja juga tidak dapat membentuk rumahtangga yang ceria, kerana manusia akan boleh merasa simpati sampai suatu tahap tertentu sahaja.

Oleh itu, resepi yang terbaik dalam rumahtangga ialah yang disertakan mawaddah dan rahmah sepertimana yang disebut dalam ayat al-Quran di atas.

Wallahu ’ala wa ’alam

Labels:




Friday, October 24, 2008 @ 5:50 PM
Di Mana Allah?


Bantahan kepada mereka yang mengatakan "Allah ada di mana-mana".
.
Tujuh kali ALLAH menjelaskan dalam Al-Quran bahawa ALLAH di atas Arasy.
.
Peristiw a Isra' Mi'raj, Nabi diangkat ke langit.
Bahkan dalam ceramah isra' mi'raj di TV, di Masjid dan majlis perayaan mereka, ustaz2nya bercerita tentang nabi diangkat ke langit, mendapat perintah solat, ditunjukkan Neraka, malaikat, dan apa yang ada di langit. Sayangnya, apabila mereka ditanya soalan di mana ALLAH... mereka mengatakan ALLAH di mana-mana. Kenapa ya? Adakah firman ALLAH dalam AL-QURAN dan bukti-bukti yang nyata daripada RASULULLAH masih tidak dapat meyakinkan mereka, atau mereka berani nafikannya menggunakan AKAL yang lemah ini?
.
Berimanlah dengan ALLAH yang di langit, kita sentiasa berdoa dengan menadah tangan ke langit.
Mintalah pertolongan ALLAH supaya menunjukkan kebenaran.


Labels:




@ 1:51 PM
Di sebalik huruf dan perkataan


Khas buat sahabat ana yang jiwanya cinta dengan alam penulisan, yang menjadikan mata pena sebagai pedangnya. Juga untuk mereka yang mempunyai jiwa sepertinya. Teruskan usaha yang timbul kerana minat. Mudah-mudahan dilihatNya sebagai ibadah dan pentas untuk mendekatkan diri kepadaNya.

Dan tiadalah penulis akan mati,

Dan tinggal berzaman apa yang telah ditulis tangannya,

Maka jangan kau tulis dengan tanganmu selain,

Yang menyukakanmu di hari kiamat ketika kau melihatnya.

Dzunun A-Misri.

Semoga apa yang tertulis, walau di atas kertas peperiksaan sekali pun, diselitkan dengan penuh rasa amanah dan tanggungjawab. Selamat menduduki peperiksaan. Bi taufiq wan najah.

Permudahkanlah urusan kami…lancarkan penulisan kami..keranaMu Ya Allah…Inna kunna mina zalimin.

Ana





Labels:




Friday, October 17, 2008 @ 10:48 PM
Merasa diri lemah dan sangat memerlukanNya


Apabila dikatakan hamba, maka beliau atau hamba berkenaan adalah seseorang yang sentiasa terikat dengan Tuannya, lemah dan sentiasa memerlukan Tuannya, perlu sentiasa patuh kepada suruhan Tuannya, mendengar serta taat kepada setiap arahan Tuannya, serta tidak boleh meninggikan diri terhadap Tuannya, tidak boleh bantah Tuannya walau apa cara pun. Begitulah ciri-ciri hamba terhadap Tuannya. Dari itu, siapakah hamba dan siapakah Tuan?


Hamba adalah kita dan Tuan adalah Allah.


Kadang-kala, kita terlupa bahawasanya diri hanya hamba, lantas berlagak seperti Tuan. Kadang-kala, kita terlupa bahawasanya kita hanya seseorang hamba yang sangat lemah dan sentiasa membutuhkanNya.



Rasulullah saw merupakan contoh terbaik. Di sebalik baginda yang diangkat martabatnya sehingga ke tahap mendapat gelaran Kekasih Allah, baginda, dengan penuh rendah hati, jiwa dan raga, masih tidak lupa diri dan tahu serta sedar dirinya masih seseorang hamba. Apakah buktinya? Baginda pernah bersabda yang maksudnya, jikalau engkau mengikat tali kasutmu, mintalah pertolongan Tuhanmu. Mengapa perlu meminta pertolonganNya, sedangkan kerja seringan itu, mengikat tali kasut, mudah dilakukan sendiri, tidak perlu kepada bantuan? Tetapi inilah yang diajar baginda. Walau sekecil mana kerja yang engkau ingin usahakan, mintalah bantuanNya. Kerana engkau hanya seorang hamba, yang apabila ditarik kekuasaanmu, kerja semudah mengikat tali kasut pun akan tidak mampu engkau lakukan. Dari itu, baginda mengajar ummatnya supaya hadirkanlah rasa butuh kerana kita adalah hamba. Sebenarnya kita tidak mempunyai apa-apa. Yang ada adalah pinjaman Tuan terhadap kita. Segala yang dipinjamkan boleh diambil bila-bila masa.


Dari itu, sedarkanlah diri bahawasanya kita adalah hamba. Alangkah baiknya, seseorang yang berpangkat masih tahu diri hanya seseorang hamba. Lantas, tidak berlaku pemerahan keringat orang lain, hanya tahu menyuruh dan tidak ikut serta menolong, hanya tahu marah pekerja-pekerja dan orang bawahan. Rasulullah saw, diangkat darjatnya oleh Allah, akan tetapi kerendahan hatinya begitu terserlah. Oleh kerana baginda sedar bahawasanya dirinya juga adalah hamba. Pernah pengsauh baginda menyatakan, selama 10 tahun aku berkhidmat dengan baginda, aku tidak pernah ditengkingnya, dan aku tidak pernah disuruhnya dengan suruhan buat ini dan buat itu. Alangkah indahnya baginda. Alangkah indahnya dikurniakan seseorang yang berakhlak sedemikian rupa...Alangkah baiknya berkhidmat dengan seseorang yang sebegitu...





Jadilah seseorang yang hati dan jiwanya mendaki menembusi langit, akan tetapi masih sedar dan berpijak di bumi yang nyata…Ya Allah..dengan berkat Rasulmu yang sangat mulia ini, kami, umatnya yang hina lagi kotor, mengucapkan selawat yang sebanyak-banyaknya terhadap baginda, ahli baitnya dan para sahabatnya. Sebanyak-banyak bilangan yang hanya Engkau sahaja mengetahui, dan ditambah dengan bilangan yang hanya Engkau sahaja yang mengetahui, dan dipenuhi dengan bilangan yang hanya Engkau sahaja mengetahui.


Dari itu, dari seorang hamba kepada hamba, tiada upaya serta daya di pihak kita, melainkan daya dan upaya itu milik Allah. La hawla wa la quuwa illa billa…


Ampunilah kami yang masih tidak sedar bahawa kami hanya hamba…


Tiada Tuhan melainkanMu, Yang Maha Suci, sesungguhnya kami menzalimi diri kami sendiri.

Hiya

Labels:




@ 12:18 AM



La tasa’luni (jangan tanyakan aku)
-Muhammad AlHusyyan

Jangan tanyakan aku tentang hidupku
Ia adalah sebuah rahsia kehidupan
Ia adalah anugerah
Ia adalah ujian
Ia adalah dunia yang penuh dengan cita-cita
Aku telah menjualnya kepada Allah
Kemudian aku telah berjalan dalam barisan para pembawa petunjuk

Jalan hidupku adalah al-quran, pedang dan ujian
Allah telah memberkatinya dan para Nabi terdahulu telah melaluinya
Para syuhada telah meyirami jalan ini dengan darah mereka
Maka jadilah ia taman indah yang disirami cahaya

Sedangkan penghujung perjalananku adalah apa yang meredhakan Allah
Dan apa yang diinginkan-NYA
Keuntungan dengan kemenangan nyata
Atau kesyahidan dan keabdian


Jika engkau telah berada di muka bumi
Dan engkau tahu bahawa umurmu terbatas
Maka jadilah pahlawan dan pembawa petunjuk
Jika tidak alangkah buruknya kewujudanmu

Labels:




Thursday, October 16, 2008 @ 5:53 PM
Ihsan

Apakah erti Ihsan? Ihsan bererti penuh sedar. Sedar akan apa? Sedar akan kehadiranNya. Bayangkanlah, kamu sedang menjawab kertas peperiksaan, kemudian di hadapanmu ialah pensyarah yang memerhatikanmu dengan penuh teliti. Maka, kamu akan sedar akan kehadiran pensyarahmu, kamu mula menulis dengan penuh teliti, penuh dengan rasa sedar, berhati-hati, takut-takut salah isi yang ingin dituliskan.


Sama dengan situasi seseorang di hadapan pengetua kolejnya. Dia akan penuh sedar berbicara di hadapan pengetuanya dengan penuh hormat dan penuh adab. Jikalau seseorang yang sudah bekerja, tentu apabila di hadapan ‘boss’nya, akan dilakukan kerja itu dengan seelok mungkin, penuh dengan ketelitian, apabila ditanya ‘boss’, menjawab dengan penuh adab sopan, merendahkan diri dan penuh hormat.


Maka, begitulah ihsan. Penuh sedar akan kehadiranNya Setiap detik dan setiap saat. Apabila solat, solat dengan penuh ihsan. Apabila berbicara, berbicara dengan penuh ihsan. Apabila menjalankan tanggungjawab, menjalankannya dengan penuh ihsan. Penuh ihsan kerana segalanya dirasakan ada yang memperhatikan. Indahnya pemerhatian Tuhan, kerana pemerhatianNya diseliputi sekali dengan pemeliharaanNya serta kasih cintaNya dan pengaturanNya, sedangkan pemerhatian manusia, kadang-kala menimbulkan ketakutan, kegelisahan dan kadang-kala juga menghancurkan kerana puji-pujian yang diberikan.


Maka Ihsan, seperti yang disabdakan Rasulullah saw yang mulia, beribadah kepada TuhanMu, seolah-olah engkau melihatNya, jika engkau tidak dapat merasakan dirimu melihatNya, ketahuilah, Dia melihatmu.


Berusahalah sentiasa, kerana seorang wali, dalam kata-katanya, sedikit kekhusyuaan di dalam solatmu, walaupun sedikit, itulah dia sebenar ni’mat.


Bagaimana menerapkan Ihsan ketika solat…? InsyaAllah, kesempatan yang lain, akan ditulis, dengan mengambil mutiara-mutiara ilmuNya daripada Imam Ghazali, Hujjatul Islam, rahimauAlluhu Taalah…dari Kitab Ihya’ Ulumuddin.

Hiya

Labels:




@ 9:08 AM
Membentuk Generasi Rabbani, Menuju Ke arah Insani

“Ilahi, Engkau tujuanku, keredhaanMu permintaanku”

-Ibnu ‘Ataillah As-Sakandari


Ana teringat motto Ihya’ Ramadhan yang baru berlalu pada Ramdhan Hijrah 1429. Mudah-mudahan lahirlah generasi Rabbani yang dijadikan motto. Indah bahasanya, dan tentu indah lagi jika dapat dijadikan kenyataan. Ya Allah, Yang Maha Pengasih, bukakanlah hati kami dan hati sekalian keturunan kami, sebagai hati wali-wali Allah, yang tidak merasa sedih mahupun takut akan hal-hal dunia…Amin..


Generasi Rabbani adalah generasi yang tujuannya hanya kepada Rabbnya. Segalanya untuk Rabb. Segalanya kerana Rabb. Tiada lagi untuk manusia. Jikalau untuk manusia, itupun untuk manfaat manusia kerana Rabb. Semuanya berbalik hanya kepada Yang Satu. Tiada yang lain selainNya.


Mudah berbicara. Sukar diamalkan. Oleh kerana diri masih kotor. Kebanyakan dari kami, yang menjadi pendorong, bukannya Tuhan, akan tetapi manusia.


Walaupun belum terbentuk generasi Rabbani, cita-cita menujunya merupakan cita-cita murni. Mewar-warkannya juga adalah murni. Tahap seterusnya ialah mempraktikkan di dalam diri masing-masing. Tundukkanlah pandangan kepada yang selain daripadaNya. Mudah-mudahan cita-cita murni ini, yang cetus kerana kasihNya dan SayangNya, sehingga dijadikan motto Ihram, menjadi usaha berterusan yang diambil perhatian..Amin..


Sesugguhnya solatku, rezekiku, hidupku dan matiku, untuk Tuhan sekalian alam. Iqrar kita di hadapan Rabb ketika bersolat, ketika membaca surah Iftitah, sebelum Al-fatihah dibaca. Walau belum sampai ke darjat sedemikian, akan tetapi akur dan baca dengan penuh sedar, ihsan, lima kali setiap hari, pasti mencetuskan kesan, InsyaAllah…


Ya Allah..yang Maha Pengasih…Yang Maha Penyayang, cukuplah Engkau bagi kami…Jadikanlah segala gerak-geri dan diamnya kami keranaMu, bukan kerana si polan dan si polan…Amin..Jika niyat kami selama ini bukan keranaMu, kami mohon keampunan dan peliharalah kami selamanya Ya Allah…Sungguh kami menzalimi diri kami sendiri..

Kenangan Ihram, sesi 07/08, Motto: Imarahkan Ramadhan, Istiqamahkan Amalan.

Kenangan Perkhemahan Raudhah08, Motto: Ibadah lengkap, Sahsiah hebat, Generasi mantap.

Amin.

Disebalik motto, terselit cita-cita murni yang perlu diambil perhatian. Rupanya motto juga mengandungi harapan murni. Bukan setakat motto.

Ana

Labels:




Tuesday, October 14, 2008 @ 9:12 PM
Majlis Solat Sunat Hajat

Assalamualaikum wrt.wbt.,
To all muslim brothers and sisters.

Balai Islam, Ungku Aziz Residential College will be conducting “Sunat Hajat” prayer in preparation for the upcoming exams. All are welcome. Details are as followed:
Date : 15 October 2008
Time : 7.00PM- 9.00 PM
Venue: Dewan Pendeta Hall

Balai Islam wishes all students success for the upcoming exams. Ma’a Taufiq wannajah

Labels:




Saturday, October 11, 2008 @ 9:38 PM
Menyemai cinta terhadap yang mencintai kami...


Selawat dan salaam ke atas penghulu kami, Muhammad
yang menjadi penawar bagi hati
yang memberikan afi'at serta penawar bagi jasad
yang menerangi cahaya penglihatan
yang memberikan kekuatan pada ruh
dan ke atas ahli bait dan sahabatnya sekaliannya



Sabda Rasullullah saw,
"bilakah aku dapat bertemu dengan kekasih-kekasihku?"
Sahabat bertanya,
"bukankah kami ini semua kekasihmu?"
Rasulullah saw bersabda,
"kamu semua adalah sahabatku, sedang kekasihku adalah mereka yang belum pernah berjumpa denganku, akan tetapi beriman padaku. Aku lebih merindui mereka..."

Sabda Rasulullah saw,
"beruntunglah mereka yang melihatku dan beriman kepadaku." Baginda saw bersambung, "beruntunglah, beruntunglah, beruntunglah, mereka yang beriman kepadaku, akan tetapi tidak pernah melihatku..."

Segala puji hanya bagiMu, Allah...semailah di dalam hati-hati kami, yang kotor ini, dengan kecintaan terhadapMu, terhadap RasulMu dan terhadap mereka yang menyintaiMu dan RasulMu. Amin.

" قُل إِن كُنتُم تُحِبُّونَ الله فَاتَّبِعُونِي يُحبِبكُمُ الله ... "

"katakanlah: jika engkau menyintai Allah, maka ikutilah aku (Rasulullah saw), pasti Allah akan menyintaiMu..."

Labels:




@ 1:07 PM
pohon semalu

Bismillahir rahmanir rahim

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut.

Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang.

Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil..


Labels:




Thursday, October 2, 2008 @ 3:00 PM






@ 2:57 PM

Kemasyhuran.


Uways AlQarni,
Penukar prespektif kemasyhuran,
Pembawa definisi baru,
Yang lebih indah dari kebiasaan,
Yang lebih dekat pada kebenaran.
Uways AlQarni,
Penggubah takrif kemasyhuran,
Pengubal konsep kekuasaan,
Ketidak kenalannya adalah kemasyhurannya,
Ketidak kenalannya adalah kekuasaannya.
Uways AlQarni,
Diangkat darjatnya,
Kepada martabat tertinggi,
Sebagai Raja di alam selepas dunia,
Ketahuilah manusia,
Di sana juga ada raja seperti di sini,
Dan Uwayis AlQarnilah rajanya.
Uways Al-Qarni,
Tidak terkenal di dunia,
Tidak tersebar namanya di dunia,
Akan tetapi,
terkenal di langit,
Penghuni langit,
Mashysur pada penduduk langit,
Raja penduduk langit.
Uwaiys Al-Qarni,
Yang di mata penduduk bumi,
seorang fakir,
Penggembala unta dan domba,
Menjadi orang yang termashur di langit,
Dijadikan raja,
Apabila doa, terkabul permintaannya,
Apabila wafat, didatangi jenazahnya.
Ketahuilah manusia,
Kemashuran pada penduduk bumi tidak sama dengan penduduk langit,
Ramai pada zahirnya kelihatan lemah,
Fakir,
Hina,
Miskin,
Kurus,
Tidak terkenal,
Akan tetapi,
Apabila mereka mengangkat tangan dan berdoa,
Permintaan mereka terkabul,
Inilah golongan seperti uwaiys A-Qarni,
Yang mashur dalam ketidakkenalan,
Yang berkuasa dalam kelemahan,
Yang terkenal dalam diam,
Yang darjatnya diangkat dalam dimensi hakiki...
Apakah erti kemashuran padamu?
Apakah erti kemashuran padamu?


Ana

Labels:




@ 2:53 PM

A seeker.




She seeks and she seeks.

She seeks and never stops seeking. It is not that Hannah has any feelings of comtempleting towards her beautiful religion of Islam.


Indeed, Hannah sees and she sees it as clear as the crystals that Islam is the light. She witness that there is no God, except Allah and Muhammad, peace be upon him, is the last Messenger of Allah.


Hannah believes in the six pillars of imaan and the five pillars of Islaam. Hannah acknowledges the obligation of prayers and fastings. Hannah acknowledges the need to help the others . Hannah acknowledges the importance of reading the Al-Quran.


However, Hannah thinks and she feels that there is an element which is missing. An essential element. An essential element that needs to be delivered in each and every seconds of Hannah’s life. In her actions and her words.


As Hannah closes the book of Ihya’ Ulumuddin, she praises her Lord a few times. Alhamdulillah. Alhamdulillah. All my praises only to You, Ya Allah. Hannah begins to understand more. Hannah sees a new way of Islaam. A pure way of Islaam than before. It is Ihsan which is missing all way long.


What is exactly Ihsan? Ihsan is, as qouted from our beloved Prophet, peace be upon him, is to feel Allah’s Existence, to do and to say as if we sees Him, and if not, as the Prophet saw mentioned, He sees You. To lower down our gaze to everyone besides Him. To see and believe and yakin towards Him. To submit everthing to Him. To know and believe that only Him, and Him alone we pray, where else humans are just the medium. To focus only to Him.


Allah. Allah. Allah. Allah. Allah. Allah. Allah. Allah. Allah. Allah. Allah. Allah. Allah. Allah. Allah. Allah.


Until it comes to a focal point that there is no existence except His Existence.


And now, for Hannah, she is trying to live life with remembering Allah, every minutes and every seconds. To do her every day prayers with Ihsan. To read the Book with Ihsan. To do her work with Ihsan. To walk with Ihsan. To talk with Ihsan. To eat with Ihsan. To drink with Ihsan. To remember and keep remembering Allah when she forgets, which is always happening.


Ya Allah, make me always remember You.

Ya Allah, make my actions, make my words, make my silence, all because of You.

Ya Allah, I seek Your Guidance and I seek Your Forgiveness.

Please look at me with Your Mercy and Compassion, as I am not able to remember You always and I am one of Your servants who always forgets You.

Ya Allah, thank You for giving me the knowledge of Ihsan although I am always forgetting You, Hannah prays and she prays with Ihsan.
-Ana

Labels:




@ 2:41 PM

Lima Pesanan



Aku datang dari kanan
membawa pesanan untuk kau
agar kau selalu ingat sakit itu bisa mari,
bila masa tanpa kau inginkan
Tapi kau mahu ikut pesan yang kiri
membiarkan sihat itu berlalu pergi.

Aku datang dari kanan
membawa nasihat untuk kau
agar kau menyedari tua itu semakin mengejar
untuk menangkap kau
Tapi kau masih ikut pesan yang kiri
leka alpa sehingga muda meninggalkan kau pergi.

Aku datang dari kanan
membawa khabar untuk kau
agar kau selalu berjaga
miskin itu bisa menjengah,
bila ia suka tanpa kau minta
Tapi kau tetap ikut pesan yang kiri
dijerat kaya yang membuat kau lali.

Aku datang dari kanan
membawa peringatan untuk kau
agar kau selalu berkira
sempit itu bisa menyekat,
segala amal ibadat
Tapi kau tegas ikut pesan yang kiri
lapang itu kau rugikan tanpa berfikir panjang
dunia ini akan kau tinggalkan.

Aku datang dari kanan
membawa kalam dari Tuhan
untuk kau mengerti
mati itu pasti kan datang
pabila mendapat perintah dari Tuhan
Tapi kau degil ikut pesan yang kiri
Hidup yang dimiliki kau banggai
tanpa kau sedar,
mati itu bisa mengganti.

Ierwan Ismail, 9 Mei 2008 – Bangsar, KL
http://penyair-cinta-ilahi.blogspot.com/
Penyelia Kolej Kediaman Ungku Aziz

Labels: