![]() Balai Islam KUAZ ![]() Myspace Islam Graphics Hari ini adalah milikku Waktu Solat ![]() Dapatkan Mesej Bergambar di Sini Al-waqt Keluarga Balai Islam KUAZ Dalam proses pengemaskinian ![]() Islam Graphic Comments Mutiara Ilmuan Take time to THINK. It is the source of power Pimp My Profile
Take time to READ. It is the foundation of wisdom Take time to QUIET. It is the apportunity to seek God Take time to DREAM. It is the future made of Take time to PRAY. It is the greatest power on earth ~Munaqasyah~ ![]() Myspace Islam Graphics ~Allah in my heart~ ![]() ~Tetamu~ ~Munajatku~ archives September 2008 October 2008 November 2008 December 2008 January 2009 February 2009 March 2009 April 2009 May 2009 June 2009 July 2009 August 2009 September 2009 December 2009 January 2010 February 2010 March 2010 July 2010 ~Layar~ ![]() IslamOnline MuslimDiary SaifulIslam ~Balai Islam UM~ Balai Islam KK1 Balai Islam KK3 Balai Islam KK4 Balai Islam KK7 Balai Islam KK12 ![]() Dapatkan Mesej Bergambar di Sini ![]() Dapatkan Mesej Bergambar di Sini credits . . . skin by: Jane |
Thursday, October 16, 2008 @ 5:53 PM
Ihsan ![]() Apakah erti Ihsan? Ihsan bererti penuh sedar. Sedar akan apa? Sedar akan kehadiranNya. Bayangkanlah, kamu sedang menjawab kertas peperiksaan, kemudian di hadapanmu ialah pensyarah yang memerhatikanmu dengan penuh teliti. Maka, kamu akan sedar akan kehadiran pensyarahmu, kamu mula menulis dengan penuh teliti, penuh dengan rasa sedar, berhati-hati, takut-takut salah isi yang ingin dituliskan. Sama dengan situasi seseorang di hadapan pengetua kolejnya. Dia akan penuh sedar berbicara di hadapan pengetuanya dengan penuh hormat dan penuh adab. Jikalau seseorang yang sudah bekerja, tentu apabila di hadapan ‘boss’nya, akan dilakukan kerja itu dengan seelok mungkin, penuh dengan ketelitian, apabila ditanya ‘boss’, menjawab dengan penuh adab sopan, merendahkan diri dan penuh hormat. Maka, begitulah ihsan. Penuh sedar akan kehadiranNya Setiap detik dan setiap saat. Apabila solat, solat dengan penuh ihsan. Apabila berbicara, berbicara dengan penuh ihsan. Apabila menjalankan tanggungjawab, menjalankannya dengan penuh ihsan. Penuh ihsan kerana segalanya dirasakan ada yang memperhatikan. Indahnya pemerhatian Tuhan, kerana pemerhatianNya diseliputi sekali dengan pemeliharaanNya serta kasih cintaNya dan pengaturanNya, sedangkan pemerhatian manusia, kadang-kala menimbulkan ketakutan, kegelisahan dan kadang-kala juga menghancurkan kerana puji-pujian yang diberikan. Maka Ihsan, seperti yang disabdakan Rasulullah saw yang mulia, beribadah kepada TuhanMu, seolah-olah engkau melihatNya, jika engkau tidak dapat merasakan dirimu melihatNya, ketahuilah, Dia melihatmu.
Bagaimana menerapkan Ihsan ketika solat…? InsyaAllah, kesempatan yang lain, akan ditulis, dengan mengambil mutiara-mutiara ilmuNya daripada Imam Ghazali, Hujjatul Islam, rahimauAlluhu Taalah…dari Kitab Ihya’ Ulumuddin. Hiya ![]() Labels: karya |