![]() Balai Islam KUAZ ![]() Myspace Islam Graphics Hari ini adalah milikku Waktu Solat ![]() Dapatkan Mesej Bergambar di Sini Al-waqt Keluarga Balai Islam KUAZ Dalam proses pengemaskinian ![]() Islam Graphic Comments Mutiara Ilmuan Take time to THINK. It is the source of power Pimp My Profile
Take time to READ. It is the foundation of wisdom Take time to QUIET. It is the apportunity to seek God Take time to DREAM. It is the future made of Take time to PRAY. It is the greatest power on earth ~Munaqasyah~ ![]() Myspace Islam Graphics ~Allah in my heart~ ![]() ~Tetamu~ ~Munajatku~ archives September 2008 October 2008 November 2008 December 2008 January 2009 February 2009 March 2009 April 2009 May 2009 June 2009 July 2009 August 2009 September 2009 December 2009 January 2010 February 2010 March 2010 July 2010 ~Layar~ ![]() IslamOnline MuslimDiary SaifulIslam ~Balai Islam UM~ Balai Islam KK1 Balai Islam KK3 Balai Islam KK4 Balai Islam KK7 Balai Islam KK12 ![]() Dapatkan Mesej Bergambar di Sini ![]() Dapatkan Mesej Bergambar di Sini credits . . . skin by: Jane |
Thursday, October 2, 2008 @ 2:41 PM
Lima Pesanan Aku datang dari kanan membawa pesanan untuk kau agar kau selalu ingat sakit itu bisa mari, bila masa tanpa kau inginkan Tapi kau mahu ikut pesan yang kiri membiarkan sihat itu berlalu pergi. Aku datang dari kanan membawa nasihat untuk kau agar kau menyedari tua itu semakin mengejar untuk menangkap kau Tapi kau masih ikut pesan yang kiri leka alpa sehingga muda meninggalkan kau pergi. Aku datang dari kanan membawa khabar untuk kau agar kau selalu berjaga miskin itu bisa menjengah, bila ia suka tanpa kau minta Tapi kau tetap ikut pesan yang kiri dijerat kaya yang membuat kau lali. Aku datang dari kanan membawa peringatan untuk kau agar kau selalu berkira sempit itu bisa menyekat, segala amal ibadat Tapi kau tegas ikut pesan yang kiri lapang itu kau rugikan tanpa berfikir panjang dunia ini akan kau tinggalkan. Aku datang dari kanan membawa kalam dari Tuhan untuk kau mengerti mati itu pasti kan datang pabila mendapat perintah dari Tuhan Tapi kau degil ikut pesan yang kiri Hidup yang dimiliki kau banggai tanpa kau sedar, mati itu bisa mengganti. Ierwan Ismail, 9 Mei 2008 – Bangsar, KL http://penyair-cinta-ilahi.blogspot.com/ Penyelia Kolej Kediaman Ungku Aziz Labels: karya |