![]() Balai Islam KUAZ ![]() Myspace Islam Graphics Hari ini adalah milikku Waktu Solat ![]() Dapatkan Mesej Bergambar di Sini Al-waqt Keluarga Balai Islam KUAZ Dalam proses pengemaskinian ![]() Islam Graphic Comments Mutiara Ilmuan Take time to THINK. It is the source of power Pimp My Profile
Take time to READ. It is the foundation of wisdom Take time to QUIET. It is the apportunity to seek God Take time to DREAM. It is the future made of Take time to PRAY. It is the greatest power on earth ~Munaqasyah~ ![]() Myspace Islam Graphics ~Allah in my heart~ ![]() ~Tetamu~ ~Munajatku~ archives September 2008 October 2008 November 2008 December 2008 January 2009 February 2009 March 2009 April 2009 May 2009 June 2009 July 2009 August 2009 September 2009 December 2009 January 2010 February 2010 March 2010 July 2010 ~Layar~ ![]() IslamOnline MuslimDiary SaifulIslam ~Balai Islam UM~ Balai Islam KK1 Balai Islam KK3 Balai Islam KK4 Balai Islam KK7 Balai Islam KK12 ![]() Dapatkan Mesej Bergambar di Sini ![]() Dapatkan Mesej Bergambar di Sini credits . . . skin by: Jane |
Sunday, October 26, 2008 @ 1:10 AM
Mawaddah wa Rahmah... Sedikit pelajaran ringkas kepada sesiapa yang sudah berumahtangga, dan kepada mereka juga yang bakal mendirikan rumahtangga. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ "...ومن اياته ان خلق لكم من انفسكم ازواجا لتسكنوا اليها وجعل بينكم مودة ورحمة..." Mawaddah ertinya “passion”. Selalunya mawaddah ini dirasakan oleh pasangan yang baru sahaja mendirikan rumahtangga. Mawaddah adalah cinta sepasang suami isteri. Mawaddah bukan hanya perasaan, tapi harus disertakan dengan perlaksanaan. Contohnya suami mengucapkan kata-kata sayang kepada isteri setiap pagi, mencium pipi isteri setiap kali bertemu. Kalau isteri pula, berpegang tangan sewaktu keluar jalan bersama, mencium tangan suami setiap kali beliau keluar bekerja dan sebagainya…Mawaddah ialah memberikan apa jua penghargaan yang akan membuaikan perasaan pasangan masing-masing. Rahmah pula ialah perasaan simpati. Simpati atas tanggungjawab yang dijalankan oleh pasangan masing-masing. Suami simpati ke atas isteri yang penat bekerja seharian di rumah, memasak, mengemas, menjaga anak-anak. Isteri pula simpati ke atas suami yang seharian di tempat kerja, semata-mata mencari rezeki untuk menampung keluarga. Simpati juga memerlukan perlaksanaan. Contohnya sang suami menolong isteri melayan anak-anak ketika isteri sedang sibuk di dapur, ataupun isteri mengurut badan suami yang kepenatan dan merendahkan suara apabila bertutur dengan suami. Rumahtangga yang hanya berlandaskan mawaddah, cinta semata-mata tidak mungkin menjamin kebahagiaan yang kekal, kerana mungkin pada suatu masa itu, suami isteri akan jemu dengan pasangan masing-masing, apatah lagi jika cinta itu tidak disandarkan kerana lillahi ta’ala. Rumahtangga yang didirikan atas sebab rahmah sahaja juga tidak dapat membentuk rumahtangga yang ceria, kerana manusia akan boleh merasa simpati sampai suatu tahap tertentu sahaja. Oleh itu, resepi yang terbaik dalam rumahtangga ialah yang disertakan mawaddah dan rahmah sepertimana yang disebut dalam ayat al-Quran di atas. Wallahu ’ala wa ’alam Labels: karya |