![]() Balai Islam KUAZ ![]() Myspace Islam Graphics Hari ini adalah milikku Waktu Solat ![]() Dapatkan Mesej Bergambar di Sini Al-waqt Keluarga Balai Islam KUAZ Dalam proses pengemaskinian ![]() Islam Graphic Comments Mutiara Ilmuan Take time to THINK. It is the source of power Pimp My Profile
Take time to READ. It is the foundation of wisdom Take time to QUIET. It is the apportunity to seek God Take time to DREAM. It is the future made of Take time to PRAY. It is the greatest power on earth ~Munaqasyah~ ![]() Myspace Islam Graphics ~Allah in my heart~ ![]() ~Tetamu~ ~Munajatku~ archives September 2008 October 2008 November 2008 December 2008 January 2009 February 2009 March 2009 April 2009 May 2009 June 2009 July 2009 August 2009 September 2009 December 2009 January 2010 February 2010 March 2010 July 2010 ~Layar~ ![]() IslamOnline MuslimDiary SaifulIslam ~Balai Islam UM~ Balai Islam KK1 Balai Islam KK3 Balai Islam KK4 Balai Islam KK7 Balai Islam KK12 ![]() Dapatkan Mesej Bergambar di Sini ![]() Dapatkan Mesej Bergambar di Sini credits . . . skin by: Jane |
Thursday, October 16, 2008 @ 9:08 AM
Membentuk Generasi Rabbani, Menuju Ke arah Insani ![]() “Ilahi, Engkau tujuanku, keredhaanMu permintaanku” -Ibnu ‘Ataillah As-Sakandari Ana teringat motto Ihya’ Ramadhan yang baru berlalu pada Ramdhan Hijrah 1429. Mudah-mudahan lahirlah generasi Rabbani yang dijadikan motto. Indah bahasanya, dan tentu indah lagi jika dapat dijadikan kenyataan. Ya Allah, Yang Maha Pengasih, bukakanlah hati kami dan hati sekalian keturunan kami, sebagai hati wali-wali Allah, yang tidak merasa sedih mahupun takut akan hal-hal dunia…Amin.. Generasi Rabbani adalah generasi yang tujuannya hanya kepada Rabbnya. Segalanya untuk Rabb. Segalanya kerana Rabb. Tiada lagi untuk manusia. Jikalau untuk manusia, itupun untuk manfaat manusia kerana Rabb. Semuanya berbalik hanya kepada Yang Satu. Tiada yang lain selainNya. Mudah berbicara. Sukar diamalkan. Oleh kerana diri masih kotor. Kebanyakan dari kami, yang menjadi pendorong, bukannya Tuhan, akan tetapi manusia. Walaupun belum terbentuk generasi Rabbani, cita-cita menujunya merupakan cita-cita murni. Mewar-warkannya juga adalah murni. Tahap seterusnya ialah mempraktikkan di dalam diri masing-masing. Tundukkanlah pandangan kepada yang selain daripadaNya. Mudah-mudahan cita-cita murni ini, yang cetus kerana kasihNya dan SayangNya, sehingga dijadikan motto Ihram, menjadi usaha berterusan yang diambil perhatian..Amin.. Sesugguhnya solatku, rezekiku, hidupku dan matiku, untuk Tuhan sekalian alam. Iqrar kita di hadapan Rabb ketika bersolat, ketika membaca surah Iftitah, sebelum Al-fatihah dibaca. Walau belum sampai ke darjat sedemikian, akan tetapi akur dan baca dengan penuh sedar, ihsan, lima kali setiap hari, pasti mencetuskan kesan, InsyaAllah… Ya Allah..yang Maha Pengasih…Yang Maha Penyayang, cukuplah Engkau bagi kami…Jadikanlah segala gerak-geri dan diamnya kami keranaMu, bukan kerana si polan dan si polan…Amin..Jika niyat kami selama ini bukan keranaMu, kami mohon keampunan dan peliharalah kami selamanya Ya Allah…Sungguh kami menzalimi diri kami sendiri.. Kenangan Ihram, sesi 07/08, Motto: Imarahkan Ramadhan, Istiqamahkan Amalan. Kenangan Perkhemahan Raudhah08, Motto: Ibadah lengkap, Sahsiah hebat, Generasi mantap. Amin. Disebalik motto, terselit cita-cita murni yang perlu diambil perhatian. Rupanya motto juga mengandungi harapan murni. Bukan setakat motto. Ana Labels: karya |