![]() Balai Islam KUAZ ![]() Myspace Islam Graphics Hari ini adalah milikku Waktu Solat ![]() Dapatkan Mesej Bergambar di Sini Al-waqt Keluarga Balai Islam KUAZ Dalam proses pengemaskinian ![]() Islam Graphic Comments Mutiara Ilmuan Take time to THINK. It is the source of power Pimp My Profile
Take time to READ. It is the foundation of wisdom Take time to QUIET. It is the apportunity to seek God Take time to DREAM. It is the future made of Take time to PRAY. It is the greatest power on earth ~Munaqasyah~ ![]() Myspace Islam Graphics ~Allah in my heart~ ![]() ~Tetamu~ ~Munajatku~ archives September 2008 October 2008 November 2008 December 2008 January 2009 February 2009 March 2009 April 2009 May 2009 June 2009 July 2009 August 2009 September 2009 December 2009 January 2010 February 2010 March 2010 July 2010 ~Layar~ ![]() IslamOnline MuslimDiary SaifulIslam ~Balai Islam UM~ Balai Islam KK1 Balai Islam KK3 Balai Islam KK4 Balai Islam KK7 Balai Islam KK12 ![]() Dapatkan Mesej Bergambar di Sini ![]() Dapatkan Mesej Bergambar di Sini credits . . . skin by: Jane |
Friday, October 17, 2008 @ 10:48 PM
Merasa diri lemah dan sangat memerlukanNya ![]() Apabila dikatakan hamba, maka beliau atau hamba berkenaan adalah seseorang yang sentiasa terikat dengan Tuannya, lemah dan sentiasa memerlukan Tuannya, perlu sentiasa patuh kepada suruhan Tuannya, mendengar serta taat kepada setiap arahan Tuannya, serta tidak boleh meninggikan diri terhadap Tuannya, tidak boleh bantah Tuannya walau apa cara pun. Begitulah ciri-ciri hamba terhadap Tuannya. Dari itu, siapakah hamba dan siapakah Tuan? Hamba adalah kita dan Tuan adalah Allah. Kadang-kala, kita terlupa bahawasanya diri hanya hamba, lantas berlagak seperti Tuan. Kadang-kala, kita terlupa bahawasanya kita hanya seseorang hamba yang sangat lemah dan sentiasa membutuhkanNya. Rasulullah saw merupakan contoh terbaik. Di sebalik baginda yang diangkat martabatnya sehingga ke tahap mendapat gelaran Kekasih Allah, baginda, dengan penuh rendah hati, jiwa dan raga, masih tidak lupa diri dan tahu serta sedar dirinya masih seseorang hamba. Apakah buktinya? Baginda pernah bersabda yang maksudnya, jikalau engkau mengikat tali kasutmu, mintalah pertolongan Tuhanmu. Mengapa perlu meminta pertolonganNya, sedangkan kerja seringan itu, mengikat tali kasut, mudah dilakukan sendiri, tidak perlu kepada bantuan? Tetapi inilah yang diajar baginda. Walau sekecil mana kerja yang engkau ingin usahakan, mintalah bantuanNya. Kerana engkau hanya seorang hamba, yang apabila ditarik kekuasaanmu, kerja semudah mengikat tali kasut pun akan tidak mampu engkau lakukan. Dari itu, baginda mengajar ummatnya supaya hadirkanlah rasa butuh kerana kita adalah hamba. Sebenarnya kita tidak mempunyai apa-apa. Yang ada adalah pinjaman Tuan terhadap kita. Segala yang dipinjamkan boleh diambil bila-bila masa. Dari itu, sedarkanlah diri bahawasanya kita adalah hamba. Alangkah baiknya, seseorang yang berpangkat masih tahu diri hanya seseorang hamba. Lantas, tidak berlaku pemerahan keringat orang lain, hanya tahu menyuruh dan tidak ikut serta menolong, hanya tahu marah pekerja-pekerja dan orang bawahan. Rasulullah saw, diangkat darjatnya oleh Allah, akan tetapi kerendahan hatinya begitu terserlah. Oleh kerana baginda sedar bahawasanya dirinya juga adalah hamba. Pernah pengsauh baginda menyatakan, selama 10 tahun aku berkhidmat dengan baginda, aku tidak pernah ditengkingnya, dan aku tidak pernah disuruhnya dengan suruhan buat ini dan buat itu. Alangkah indahnya baginda. Alangkah indahnya dikurniakan seseorang yang berakhlak sedemikian rupa...Alangkah baiknya berkhidmat dengan seseorang yang sebegitu... ![]() Dari itu, dari seorang hamba kepada hamba, tiada upaya serta daya di pihak kita, melainkan daya dan upaya itu milik Allah. La hawla wa la quuwa illa billa… Ampunilah kami yang masih tidak sedar bahawa kami hanya hamba… Tiada Tuhan melainkanMu, Yang Maha Suci, sesungguhnya kami menzalimi diri kami sendiri. Hiya Labels: karya |