![]() Balai Islam KUAZ ![]() Myspace Islam Graphics Hari ini adalah milikku Waktu Solat ![]() Dapatkan Mesej Bergambar di Sini Al-waqt Keluarga Balai Islam KUAZ Dalam proses pengemaskinian ![]() Islam Graphic Comments Mutiara Ilmuan Take time to THINK. It is the source of power Pimp My Profile
Take time to READ. It is the foundation of wisdom Take time to QUIET. It is the apportunity to seek God Take time to DREAM. It is the future made of Take time to PRAY. It is the greatest power on earth ~Munaqasyah~ ![]() Myspace Islam Graphics ~Allah in my heart~ ![]() ~Tetamu~ ~Munajatku~ archives September 2008 October 2008 November 2008 December 2008 January 2009 February 2009 March 2009 April 2009 May 2009 June 2009 July 2009 August 2009 September 2009 December 2009 January 2010 February 2010 March 2010 July 2010 ~Layar~ ![]() IslamOnline MuslimDiary SaifulIslam ~Balai Islam UM~ Balai Islam KK1 Balai Islam KK3 Balai Islam KK4 Balai Islam KK7 Balai Islam KK12 ![]() Dapatkan Mesej Bergambar di Sini ![]() Dapatkan Mesej Bergambar di Sini credits . . . skin by: Jane |
Friday, December 5, 2008 @ 3:18 PM
Bila singa mengembek ![]() Al-kisah, di sebuah hutan belantara ada seekor ibu singa yang mati setelah melahirkan anaknya. Anak singa yang lemah itu hidup tanpa mendapat perlindungan ibunya. Beberapa waktu kemudian sekumpulan kambing melintas tempat itu. Anak singa itu menggerak-gerakkan tubuhnya yang lemah. Seekor ibu kambing tergerak hati. Ia merasa hiba melihat anak singa yang lemah dan hidup sebatang kara itu. Terbitlah nalurinya untuk merawat dan melindungi anak singa itu. Si ibu kambing menghampiri anak singa itu lalu membelai dengan penuh kasih sayang. Kerana dapat menikmati kehangatan kasih sayang begitu, si anak singa itu pun tidak mahu berpisah dengan ibu kambing. Ia pun terus mengikut barang ke mana saja ibu kambing itu pergi. Jadilah ia sebahagian daripada keluarga besar kumpulan kambing itu. Hari berganti hari, dan anak singa itu terus membesar dalam asuhan dan didikan kambing. Ia hidup dalam kumpulan kambing. Ia menyusu, makan, minum, dan bermain dengan anak kambing. Tiada sebarang perbezaan dengan kambing-kambing lain. Ia sama sekali tidak pernah berasa dirinya adalah seekor singa. Suatu hari berlaku tragedi besar. Seekor serigala buas masuk memburu kambing untuk dimakan. Kau Singa! Cepat lawan serigala itu. Cukup dengan mengaum saja, pasti serigala itu akan lari ketakutan!” Kata ibu kambing kepada anak singa yang sudah kelihatan besar dan gagah itu. Tapi anak singa yang sejak kecil hidup di tengah-tengah kumpulan kambing itu turut takut malah berlindung di belakang ibu kambing. Ia berteriak sekeras-kerasnya dan yang keluar dari mulutnya adalah suara mengembik. Suara itu sama seperti kembing yang lain. Bukan mengaum. Anak singa itu tidak boleh berbuat apa-apa ketika salah seekor anak kambing yang tak lain adalah saudara sesusu dengannya, diterkam dan dibawa lari oleh serigala. Ibu kambing sangat sedih kerana salah seekor anaknya maut dimakan serigala. Ia pun memandang anak singa itu dengan perasaan marah. Sepatutnya kau boleh membela kami! Seharus kau boleh menyelamatkan saudara dengannya diterkan dan dibawa lari oleh serigala. Ibu kambing sangat sedih kerana salah seekor anaknya maut dimakan serigala. Ia pun memandang anak singa itu dengan perasaan marah. Sepatutnya kau boleh membela kami! Seharus kau boleh menyelamatkan saudara aku tiut! Seharusnya kau boleh menghalau serigala jahat itu! Anak singa itu menunduk. Ia tidak faham dengan maksud perkataan ibu kambing. Ia sendiri berasa takut pada serigala itu sebagaimana kambing-kambing yang lain. Anak singa itu pun sedih kerana tidak dapat berbuat apa-apa. Hari berikutnya serigala ganas itu datang lagi. Ia memburu kambing-kambing untuk dimakan. Kali ini ibu kambing pula yang tertangkap dan sedang dicengkam oleh serigala. Semua kambing tidak ada yang berani menolong. Anak singa itu tidak sanggup melihat ibu kambing yang sudah dianggap ibunya itu dicengkam oleh serigala. Melihat tingkah laku anak singa itu, serigala yang ganans dan licik itupun maklum bahawa yang ada di hadapannya adalah singa bermentaliti kambing. Jadi tidak ada bezanya dengan kambing. Ketika itu juga ketakutannya hilang. Ia menggeram marah dan sekali lagi bersiap untuk menyerang singa bermentaliti kambing itu. Ketika anak singa itu menerjang dengan menyerudukkan kepalanya sebagaimana kambing, sang serigala pula sudah bersedia dengan tendangannya yang kuat. Dengan sedikit berkelik, serigala itupun berjaya mencalar muka anak singa itu dengan cakarannya. Anak singa itu pun rebah dan mengaduh kesakitan. Sementara kambing-kambing yang menyaksikan kejadian itu pun cemas. Ibu kambing juga hairan, kenapa singa yang gagah begitu boleh kalah dengan serigala. Bukankah singa adalah raja hutan. Serigala pun terus menyerang anak singa yang sedang mengaduh sakit. Serigala itu juga bersedia untuk menawan nyawa anak singa itu. Pada masa kritis begitu, ibu kambing tidak sampai hati, lalu dengan sekuat tenaga ia menerjang serigala. Serigala pun terpelanting. Anak singa pun dapat bangun. Ketika itu seekor singa dewasa muncul dengan ngauman yang dahsyat! Semua kambing pun ketakutan. Anak singa juga turut takut. Sementara sang serigala pula cabut lari. Anak singa itu ketakutan sekali. ”Jangan bunuh aku. Ampun!!” ” Kau anak singa, bukannya anak kambing. Aku tidak akan membunuh anak singa.” Dengan meronta-ronta anak singa itu berkata, ” Tidak, akuadalah anak kambing. Tolong lepaskan aku.” Singa dewasa itu hairan bukan kepalang. Mana mungkin ada anak singa bersuara kambing dan bermentaliti seperti kambing. Dengan geram dia menyeret anak singa itu ke danau. Ia mahu menunjukkan siapakah sebenarnya anak singa itu. Sebaik melihat bayang dirinya, anak singa itu pun terkejut. ” oh, rupa dan bentukku sama dengan kau. Sama dengan singa.” ”Ya, kerana kau sebenarnya anak singa. Bukannya kambing!” Tegas singa dewasa. ” Jadi, aku bukan kambing? Aku adalah seekor singa?” ” Ya. Kau adalah singa. Raja hutan yang berwibawa dan digeruni semua penghuni hutan. Mari aku ajarkan kamu bagaimana menjadi seekor raja hutan!” Kata sang singa dewasa. Singa dewasa itu pun mengangkat kepalanya dengan penuh wibawa. Ia pun mengaum dengan kuat. Ngauman yang menggetarkan seluruh penghuni hutan. Anak singa itu pun cuba meniru. Ia juga dapat mengaum dengan kuat. Tidak jauh dari situ serigala yang ganas itu pun lari bahkan kian kencang kerana takut dengan ngauman anak singa itu. Anak singa itu berteriak kemenangan. ” Aku adalah seekor singa! Raja hutan yang gagah perkasa!” Singa dewasa pun tersenyum gembira mendengarkannya. (Ketika Cinta Bertasbih: 638-648) Cerita di atas ini tidak lain adalah untuk menimbulkan kesedaran tentang potensi diri yang terdapat dalam diri kita. Mungkin kita tidak menemukannya lagi maka kita harus mencarinya. Caranya amat mudah tapi sering dilepaskan begitu sahaja. Cuba renungkan berapakah banyak peluang yang hadir dalam hidup kita dan kemudiannya kita lepaskan begitu sahaja. Kerana rasa malas, tidak kuasa, serta ketidakyakinan kita. Belum mencuba sudah bermacam-macam jangkaan diberikan. Ahkir kalam. Rebutlah peluang. Kembangkan potensi dirimu. Gapai keredhaan Tuhan dan rasulmu. Andai segala amal perbuatan yang dikau lakukan adalah semata-mata untuk Tuhanmu. Kau akan ingin melakukan yang terbaik dalam seluruh pekerjaanmu kerana setiap yang kamu lakukan adalah satu amanah. Sebaik-baik amanah adalah yang paling tinggi pertanggungjawabannya. -Kirana s.n- ``````````````````````````````````````````````` Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan buku ”ketika cinta bertasbih. Episod 2” di kedai-kedai buku berdekatan. Sebuah karya yang dapat membangun jiwa kita. Labels: artikel |