![]() Balai Islam KUAZ ![]() Myspace Islam Graphics Hari ini adalah milikku Waktu Solat ![]() Dapatkan Mesej Bergambar di Sini Al-waqt Keluarga Balai Islam KUAZ Dalam proses pengemaskinian ![]() Islam Graphic Comments Mutiara Ilmuan Take time to THINK. It is the source of power Pimp My Profile
Take time to READ. It is the foundation of wisdom Take time to QUIET. It is the apportunity to seek God Take time to DREAM. It is the future made of Take time to PRAY. It is the greatest power on earth ~Munaqasyah~ ![]() Myspace Islam Graphics ~Allah in my heart~ ![]() ~Tetamu~ ~Munajatku~ archives September 2008 October 2008 November 2008 December 2008 January 2009 February 2009 March 2009 April 2009 May 2009 June 2009 July 2009 August 2009 September 2009 December 2009 January 2010 February 2010 March 2010 July 2010 ~Layar~ ![]() IslamOnline MuslimDiary SaifulIslam ~Balai Islam UM~ Balai Islam KK1 Balai Islam KK3 Balai Islam KK4 Balai Islam KK7 Balai Islam KK12 ![]() Dapatkan Mesej Bergambar di Sini ![]() Dapatkan Mesej Bergambar di Sini credits . . . skin by: Jane |
Wednesday, December 3, 2008 @ 5:54 PM
Di Sudut PandanganNya Terhadap Pemuda-Pemudi Islam ![]() Bismillahirrahmanirrahim Sabda Rasulullah saw "Ada tujuh golongan yang bakal dinaungi Allah di bawah naunganNya pada hari yang tidak ada naungan kecuali naunganNya, iaitu pemimpin yang adil, pemuda (pemudi) yang tumbuh dengan ibadah kepada Allah, seseorang yang hatinya bergantung kepada masjid (selalu melakukan solat jemaah di dalamnya), dua orang yang saling mengasihi di jalan Allah, keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seseorang yang diajak perempuan berkedudukan dan cantik (untuk berzina), tetapi ia mengatakan, "Aku takut kepada Allah", seseorang yang bersedekah kemudian merahsiakannya sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang diberikan tangan kanannya, dan seseorang yang berzikir (mengingati) Allah dalam kesendirian, lalu menitiskan air mata dari kedua matanya." Di dalam Hadis Qudis, Allah swt berfirman menerusi Rasulullah saw "Aku (Allah) cinta kepada hambaku yang lanjut usianya beribadah kepadaKu, akan tetapi Aku lebih cintakan kepada anak muda yang beribadah kepadaKu." Pemuda-Pemudi Islam, Inilah pandanganNya terhadap dirimu. DiberikanNya maqam yang tinggi, khas buat dirimu yang jiwa mereka tumbuh beribadah di hadapan Rabbnya. Tidakkah cukup menyentuh jiwamu yang mencariNya? Dan hanya kepada Allah, bersujud apa-apa yang di langit dan apa yang di bumi dari sekalian yang melata dan para Malaikat, dan mereka tidak sombong. (Surah An-Nahal, 16:49) Di kala umur masih muda, kekuatan masih ada, serta kebebasan terbentang luas, sering kali yang terjadi, pada kebiasaannya, adalah anak-anak muda yang menghabiskan masa hanya untuk menghibur dan terhibur. Menjadikan usia muda sebagai alasan untuk menjalani hidup untuk suka-suka. Menggunakan kekuatan serta kebebasan yang ada hanya untuk keseronokan dan kegembiraan. Segalanya hanya untuk suka-suka, seronok, mendapat perhatian ramai, untuk menghibur dan terhibur dan jauh dari niyah untukNya dan keranaNya dan menjadikan setiap sesuatu sebagai ibadah di hadapanNya. Oleh kerana itu, Allah, Yang Maha Mengetahui, yang IlmuNya tiada dapat dibandingkan dengan apa jua pun, Yang lebih Mengerti setiap sesuatu, dengan sifatNya Yang Rahman dan Yang Rahim, memberikan keutamaan kepada anak-anak muda yang dapat menundukkan hati dan jiwa mereka kepada Sang Pencipta, di waktu segenap peluang untuk alpa dan lupa terhadapNya berada di hadapan mata, dengan segenap kekuatan, umur yang muda serta kebebasan yang ada. Para Pemuda-Pemudi Islam, Berbeza daripada anak-anak muda yang biasa, jadikanlah kekuatan mental dan fizikal, serta kebebasan untuk melakukan apa sahaja untukNya dan keranaNya. Di situ, terangkum kebahagiaan yang hakiki, bukan keseronokan dan kegembiraan yang sementara. Pemuda-Pemudi Islam, Maqam yang tinggi sudah disediakan olehNya untukmu. Tidakkah dikau tersentuh denganNya? "Biarkan dirimu ditarik secara diam-diam oleh tarikan yang lebih dari apa yang benar-benar engkau cintai" Jalaluddin Rumi (semoga Allah merahmatinya) Ya Rabb, kami mohon pemeliharaanMu. Peliharalah kami. Jangan tinggalkan kami. Sesungguhnya kami menzalimi diri kami sendiri. hiya Labels: karya |