![]() Balai Islam KUAZ ![]() Myspace Islam Graphics Hari ini adalah milikku Waktu Solat ![]() Dapatkan Mesej Bergambar di Sini Al-waqt Keluarga Balai Islam KUAZ Dalam proses pengemaskinian ![]() Islam Graphic Comments Mutiara Ilmuan Take time to THINK. It is the source of power Pimp My Profile
Take time to READ. It is the foundation of wisdom Take time to QUIET. It is the apportunity to seek God Take time to DREAM. It is the future made of Take time to PRAY. It is the greatest power on earth ~Munaqasyah~ ![]() Myspace Islam Graphics ~Allah in my heart~ ![]() ~Tetamu~ ~Munajatku~ archives September 2008 October 2008 November 2008 December 2008 January 2009 February 2009 March 2009 April 2009 May 2009 June 2009 July 2009 August 2009 September 2009 December 2009 January 2010 February 2010 March 2010 July 2010 ~Layar~ ![]() IslamOnline MuslimDiary SaifulIslam ~Balai Islam UM~ Balai Islam KK1 Balai Islam KK3 Balai Islam KK4 Balai Islam KK7 Balai Islam KK12 ![]() Dapatkan Mesej Bergambar di Sini ![]() Dapatkan Mesej Bergambar di Sini credits . . . skin by: Jane |
Friday, December 5, 2008 @ 4:52 PM
Temuduga Sebagai : Calon Jenazah SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN KEKOSONGAN JAWATAN: A. Ahli Syurga Dari Awal. B. Ahli Neraka Dari Awal.. C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga. EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A): 1. Nikmat kubur. 2. Perlindungan di Padang Mahsyar. 3. Keselamatan Meniti Titian Sirat. 4. Syurga yang kekal abadi. TARIKH TEMUDUGA: Bila-bila masa secara ad hoc bermula dari saat membaca iklan ini. LOKASI TEMUDUGA: Di dalam kubur (alam barzakh). KELAYAKAN: Anda tidak perlu bawa siji-sijil, termasuk sijil saham termasuk saham Internet. Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit. Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul. Anda tidak perlu berparas rupa yang cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi. Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan. PANEL/PENEMUDUGA: Mungkar dan Nakir. ENAM SOALAN BOCOR: 1. Siapa Tuhan anda? 2. Apa Agama anda? 3. Siapa Nabi anda? 4. Apa Kitab anda? 5. Di mana Kiblat anda? 6. Siapa Saudara anda? CARA MEMOHON: Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail. TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI: Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini: Sabda Rasulullah S.A.W: "Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya." Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk.. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian didatangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya". Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat. Labels: artikel |