![]() Balai Islam KUAZ ![]() Myspace Islam Graphics Hari ini adalah milikku Waktu Solat ![]() Dapatkan Mesej Bergambar di Sini Al-waqt Keluarga Balai Islam KUAZ Dalam proses pengemaskinian ![]() Islam Graphic Comments Mutiara Ilmuan Take time to THINK. It is the source of power Pimp My Profile
Take time to READ. It is the foundation of wisdom Take time to QUIET. It is the apportunity to seek God Take time to DREAM. It is the future made of Take time to PRAY. It is the greatest power on earth ~Munaqasyah~ ![]() Myspace Islam Graphics ~Allah in my heart~ ![]() ~Tetamu~ ~Munajatku~ archives September 2008 October 2008 November 2008 December 2008 January 2009 February 2009 March 2009 April 2009 May 2009 June 2009 July 2009 August 2009 September 2009 December 2009 January 2010 February 2010 March 2010 July 2010 ~Layar~ ![]() IslamOnline MuslimDiary SaifulIslam ~Balai Islam UM~ Balai Islam KK1 Balai Islam KK3 Balai Islam KK4 Balai Islam KK7 Balai Islam KK12 ![]() Dapatkan Mesej Bergambar di Sini ![]() Dapatkan Mesej Bergambar di Sini credits . . . skin by: Jane |
Saturday, January 10, 2009 @ 1:56 AM
Celaka Israel Setiap hari selepas 27 disember tahun lalu kita umat Islam khususnya dan masyarakat dunia umumnya disogokkan dengan berita-berita sedih dan pilu yang berlaku ke atas saudara seaqidah kita di Palestine. Wilayah Gaza kini bergolak lagi. Kini setelah seminggu lebih, lebih kurang 500 saudara kita menjadi mangsa kekejaman Israel. Serangan dan pengeboman sesuka hati yang di lakukan Israel laknatullah ke atas masyarakat Palestine menunjukkan betapa lemahnya umat Islam pada masa kini. Bilangan umat Islam yang mencecah lebih kurang 2 billion di seluruh dunia seakan tidak mampu berbuat apa-apa untuk mengekang serangan Israel ke atas warga Palestine. Kita hanya mampu melihat dan mendengar saudara-saudara kita di sana dipijak dan dihenyak habis-habisan oleh Israel tanpa rasa belas kasihan walau sedikit pun. Bantahan dan demonstrasi seluruh dunia tidak langsung memberi kesan dan tekanan ke atas Israel. Resolusi PBB untuk mendamaikan seketika konflik tersebut di tolak bulat-bulat oleh sekutu rapat Israel, Amerika Syarikat dengan menggunakan kuasa vetonya. Alasan yang diberikan cukup mudah. Hamas lah punca segala-galanya. Mengapa semua ini boleh terjadi? Apakah punca utamanya? Tidak salah andainya aku beranggapan yang semua ini boleh berlaku akibat kebodohan dan kejahilan umat Islam itu sendiri. Bukanlah semua yang dimaksudkan, tapi segelintir dari kita umat Islam yang sanggup membiarkan saudaranya sendiri menderita demi menjaga kepentingan tersendiri. Ini juga disebabkan oleh ketidaksefahaman dan perpecahan yang berlaku di kalangan umat Islam yang memberi ruang yang luas kepada musuh-musuh Islam untuk terus menindas kita. Maruah kita umat Islam dipijak-pijak. Di manakah letaknya jati diri umat Islam pada masa kini. Sampai bila kita mahu terus membiarkan perkara ini terus berlaku. Sanggupkah kita melihat kesengsaraan yang ditanggung saudara-saudara kita di Palestine. Ayuh sedar saudara-saudara ku. Bangunlah kita dari lena yang panjang. Apa peranan kita? Apakah hanya sekadar melihat dan mendengar? Apakah cukup sekadar berdemonstrasi menunjukkan perasaan tidak puas hati? Apakah cukup sekadar menyatakan kecaman serangan yang dilakukan Israel? Apakah cukup semua ini? Ya, sememangnya kita tidak mampu untuk melakukan tindakan yang lebih drastik dari itu. Itu pun sudah memadai buat masa ini. Dapat menyatakan kepada dunia yang kita tidak menyokong dan merestui sama sekali tindakan kejam yang dilakukan Israel ini. Sekurang-kurang warga Palestine tahu yang mereka tidak berjuang bersendirian. Terdapat jutaan saudara seaqidah yang menyokong perjuangan mereka ini. Apa yang terbaik yang dapat kita lakukan sekarang ini hanyalah berdoa. Itulah senjata orang mukmin. Senjata yang paling ampuh. Senjata rahsia umat Islam. Senjata yang tidak dapat digunakan dan tiada di tangan kufur laknatullah. Ayuh sama-sama kita mendoakan kejayaan umat Islam dalam memerangi musuh-musuh Islam. Ya Allah Sesungguhnya Kami Meletakkan Mu Di Batang-batang Leher Musuh-musuh Kami Dan Kami Berlindung DenganMu Daripada kejahatan-kejahatan Mereka Ya Allah Leburkanlah Kumpulan-kumpulan Mereka Pecah-belahkanlah Dan Kacau-bilaukanlah Persatuan Mereka Goncangkanlah Pendirian Mereka Dan Hantarkanlah Anjing-anjingMu Kepada Mereka Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum Wahai Tuhan Yang Bersifat Murka Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah Wahai Tuhan Yang Menurunkan Kitab Wahai Tuhan Yang Mengarakkan Awan Wahai Tuhan Yang Menewaskan Bala Tentera al-Ahzab Kalahkan Mereka Kalahkan Mereka Kalahkan Mereka Dan Menangkanlah Kami Ke Atas Mereka Ameen source: ewanz - ewanzul.blogspot.com Labels: karya |