![]() Balai Islam KUAZ ![]() Myspace Islam Graphics Hari ini adalah milikku Waktu Solat ![]() Dapatkan Mesej Bergambar di Sini Al-waqt Keluarga Balai Islam KUAZ Dalam proses pengemaskinian ![]() Islam Graphic Comments Mutiara Ilmuan Take time to THINK. It is the source of power Pimp My Profile
Take time to READ. It is the foundation of wisdom Take time to QUIET. It is the apportunity to seek God Take time to DREAM. It is the future made of Take time to PRAY. It is the greatest power on earth ~Munaqasyah~ ![]() Myspace Islam Graphics ~Allah in my heart~ ![]() ~Tetamu~ ~Munajatku~ archives September 2008 October 2008 November 2008 December 2008 January 2009 February 2009 March 2009 April 2009 May 2009 June 2009 July 2009 August 2009 September 2009 December 2009 January 2010 February 2010 March 2010 July 2010 ~Layar~ ![]() IslamOnline MuslimDiary SaifulIslam ~Balai Islam UM~ Balai Islam KK1 Balai Islam KK3 Balai Islam KK4 Balai Islam KK7 Balai Islam KK12 ![]() Dapatkan Mesej Bergambar di Sini ![]() Dapatkan Mesej Bergambar di Sini credits . . . skin by: Jane |
Friday, January 30, 2009 @ 9:15 PM
Nilai Seorang Insan ![]() Nukilan ini ditujukan khas buat seorang sahabat, kerana aku tidak mampu melafazkan melalui kata-kata. Ini hanyalah pendapat dan pemikiran peribadiku. Silakan jika anda masih ingin mem"beta"-abu ubaidah "Orang yang hebat tidak pernah dipengaruhi suasana, sebaliknya merekalah yang mencipta suasana dan menggerakkannya. Jika tidak, bahkan nabi sanggup untuk mengubah kaum Arab sedangkan masyarakat ketika itu adalah sejahil-jahil manusia", aku cuba menasihati sahabatku. "Tapi tidak semua insan itu sehebat dan sekuat nabi", jawabnya ringkas dan bersahaja. Jawapan seringkas itu membuatkan aku terkedu seribu bahasa. Memang itulah kelemahanku, aku tidak pintar dalam menegakkan hujah. Namun jauh di sudut hati aku tetap ada sedikit kegelisahan yang mengundang. Resah kerana aku gagal menyampaikan apa yang kurasa, dan resah melihat temanku yang seolah-olah terlalu mudah dipengaruhi suasana. Aku berkata-kata bukan atas dasar memberi persepsi buta, tapi kerana aku telahpun mengenalimu semenjak kita masih mentah lagi. Dan seringkali aku lihat benda yang sama berulang-ulang dalam hidupmu, teman. Sahabat, sebenarnya di mana letaknya nilai seorang insan itu? Selaku seorang manusia, layakkah kita menilai kualiti diri kita sendiri? ![]() Analogiku mudah, pernahkah ikan-ikan di lautan itu menilaikan diri mereka sendiri? Adakah apabila ikan-ikan itu dinaikkan ke daratan, sudah terlabel pada batang tubuh mereka tanda harga, lalu dijual mengikut panduan itu? Jawapannya sudah tentulah tidak, tetapi manusia itu yang menilainya, berdasarkan apa aku kurang pasti. Namun, dari mana datangnya kuasa dan hak untuk kita menilai itu? Atas dasar apakah kita selaku manusia layak menilaikan ikan-ikan dan sekalian makhluk lain selain manusia. Sudah tentu kerana kita ini adalah sebaik-baik kejadian, kita dikurniakan sesuatu yang menjadikan kita ini semulia kejadian. Namun, harus diingat, semulia mana manusia itu, tetap ada yang lebih mulia. Itulah Sang Pencipta yang jauh lebih memahami kita berbanding diri kita sendiri. Berdasarkan logik akal ini, sudah pastilah yang layak menilai dan menghukum makhluk bernama manusia itu hanyalah Dia, bukannya manusia lain hatta diri kita sendiri. ![]() Dan, sejak dahulu, kita telahpun dinilai oleh-Nya "Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik." Ali-Imran(3:110) Ini penilaian Dia terhadap diri kita selaku manusia akhir zaman. Kita dilabel sebagai sebaik-baik umat, tetapi syaratnya perlulah menjalankan kerja-kerja nabi, iaitu menyampaikan Islam kepada semua manusia, 'amar ma'ruf dan nahi mungkar. Dan menilai diri kita sebagai lemah dan tidak layak sejak dari awal hanya akan mewujudkan "halangan minda" yang akan menyekat potensi diri. Ini bukan ungkapan merendah diri atau zuhud, tetapi bagiku inilah ungkapan takbur dan lupa diri. Ungkapan ini hanyalah ungkapan untuk menyelamatkan diri, melindungi kepentingan peribadi. Apakah yang kamu takut kamu akan hilang sekiranya kamu rempuh halangan itu? Ingatlah pada pesanan berbisa Umar ibn al-Khattab, "Aku ini mulia kerana Islam, maka jika aku mencari kemuliaan selain daripada Islam, maka bersedialah untuk menerima seburuk-buruk hinaan" Manusia yang tiada harta, tidak pernah sayangkan hartanya. Manusia yang kaya sahaja sibuk mempertahankan harta. Kita hanya akan mempertahankan sesuatu sekiranya kita memiliki sesuatu. Asalnya manusia daripada tanah, air mani yang hina. Asalnya kita memang tiada maruah, jadi maruah apakah yang dipertahankan selama ini? Asalnya kita memang tiada apa, jadi apakah yang kita miliki untuk dipertahankan? Manusia itu hanya ada nilai jika memiliki ISLAM. Manusia itu hanya bermaruah jika tunduk dan patuh pada-Nya. Ayuh sahabat, bangkit dan maralah. Jika benar-benar kamu seorang pejuang agama, maka kamu seharusnya insan yang paling berani, paling gagah, paling lantang dan mendepani segala-galanya. Kerana itulah tuntutan agama. Orang beragama ialah orang yang paling hebat di dunia ini. Wallahu'alam. Syukran, Saudara Abu Ubaidah Amir Bin Abd.Malek Labels: artikel |