![]() Balai Islam KUAZ ![]() Myspace Islam Graphics Hari ini adalah milikku Waktu Solat ![]() Dapatkan Mesej Bergambar di Sini Al-waqt Keluarga Balai Islam KUAZ Dalam proses pengemaskinian ![]() Islam Graphic Comments Mutiara Ilmuan Take time to THINK. It is the source of power Pimp My Profile
Take time to READ. It is the foundation of wisdom Take time to QUIET. It is the apportunity to seek God Take time to DREAM. It is the future made of Take time to PRAY. It is the greatest power on earth ~Munaqasyah~ ![]() Myspace Islam Graphics ~Allah in my heart~ ![]() ~Tetamu~ ~Munajatku~ archives September 2008 October 2008 November 2008 December 2008 January 2009 February 2009 March 2009 April 2009 May 2009 June 2009 July 2009 August 2009 September 2009 December 2009 January 2010 February 2010 March 2010 July 2010 ~Layar~ ![]() IslamOnline MuslimDiary SaifulIslam ~Balai Islam UM~ Balai Islam KK1 Balai Islam KK3 Balai Islam KK4 Balai Islam KK7 Balai Islam KK12 ![]() Dapatkan Mesej Bergambar di Sini ![]() Dapatkan Mesej Bergambar di Sini credits . . . skin by: Jane |
Friday, January 16, 2009 @ 1:29 PM
Program : Usrah Jama’ie Balai Islam KUAZ Slot : Tazkirah Ringkas Tarikh : 11 Januari 2009 Masa : 9. 30 Malam Tempat : Bilik Mesyuarat Inderasari Tajuk : Amanah dan Tanggungjawab oleh Saudara Mohd. Afiq Bin Roslan -Ulasan daripada Salah seorang AJK Balai Islam- Alhamdulillah. Puji dan syukur dipanjatkan kehadrat Yang Esa kerana mengurniakan nikmat kesihatan dan kelapangan kepada keluarga Balai Islam KUAZ untuk sama-sama berhimpun di bawah satu majlis ilmu. Seperti tajuk yang tertera di atas, begitulah tazkirah ringkas yang diberikan oleh saudara Mohd. Afiq Roslan yang merupakan penasihat Balai Islam KUAZ. Berikut adalah isi tazkirah beliau secara ringkas. Semoga ia dapat memberi manfaat kepada yang membacanya. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ”Sungguh Allah menyuruhmu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu menetapkan hukum di antara manusia hendaknya kamu menetapkannya dengan adil. Sungguh Allah sebaik-baik yang memberi pengajaran kepadamu. Sungguh Allah Maha Mendengar, Maha Melihat” -An-Nisa’: 58 Amanah merupakan suatu sikap, sama seperti sifat warak, jujur, sabar iaitu, ia tergolong dalam sifat mahmudah. Suatu sikap yang mampu dimiliki oleh manusia biasa. Setiap orang adalah pemimpin, dan di akhirat kelak akan disoal sejauh mana kita telah menjalankan amanah yang diberi. Setiap satu perkara akan disoal. Amanah yang diberi seandainya tidak dilaksanakan dengan segera maka tentu sahaja tidak baik. Contoh yang diberi adalah solat iaitu suatu amanah, sekiranya dilambatkan pengerjaannya tanpa sebab yang kukuh maka dosalah yang akan kita dapatkan. Maka dengan itu, sejurus diberikan amanah bersegeralah untuk menyempurnakannya. Ramai yang mungkin tidak menyedari, bahawa dari saat mereka menerima untuk menjawat sesuatu jawatan atau menerima tawaran menjadi ahli jawatankuasa bagi sesebuah projek, itu sebenarnya merupakan titik mula amanah digalaskan ke bahu. Oleh itu, usahlah menerima sesuatu perkara itu andai tahu diri tidak mampu memegagng amanah sebanyak itu. Kenali diri sendiri. Tahu keupayaan diri. Setelah menerima sesuatu amanah itu pula,cubalah untuk menjalankannya semampu yang boleh dan lakukan itu dengan dedikasi dan komitmen yang terbaik. Amanah adalah sesuatu yang harus dirasakan dalam diri. Tiada makna jika membaca sejuta artikel tentang amanah dan tanggungjawab,menghadiri beribu kuliah ilmu yang juga membincangkan perkara yang sama, andai rasa tanggungjawab tidak dihadirkan dalam diri. Faham sahaja tiada makna. Rasakan amanah tersebut. Dibezakan di antara ’tahu’ amanah dan ’rasa’ amanah. Perumpumaan yang diberikan ialah ’tahu’ amanah ialah seseorang yang melihat saudaranya terkena luka di lengannya kerana torehan parang. ’Rasa’ amanah ialah seseorang yang bukan saja melihat, akan tetapi merasai torehan parang itu sendiri. Dari itu, amanah perlu dirasa, bukan sekadar untuk mengetahui kepentingan amanah tersebut. Diingatkan juga mengenai kepentingan niat di dalam menjalankan amanah. Sia-sia belaka apabila seseorang yang mengerjakan sesuatu dengan mempunyai niat yang selain daripada Allah swt dan untuk mendapatkan keredhaanNya. Niat di dalam Islam sangat ditekankan dan ini dapat dilihat menerusi hadis baginda saw yang pertama dan utama di dalam Hadis 40. Daripada Umar bin Al-Khattab R’’anhu,ia berkata: Saya dengar Rasullullah s.a.w bersabda: ” Hanya Sanya segala amalan itu dengan niat. 1) Dan hanya sanya bagi setiap orang itu apa yang ia niatkan, maka barangsiapa yang hijrahnya kepada Allah dan rasulnya, maka hijrahnya itu kepada Allah dan rasulnya, dan barangsiapa yang hijrahnya itu untuk dunia,ia akan memperolehinya; atau untuk wanita yang hendak dikahwininya, maka hijrahnya itu kepada apa yangia hijrah kepdanya” -Hadis riwayat Bukhari dan Muslim Insya Allah, dengan keimanan yang ada dalam diri maka rasa amanah itu akan timbul. Sesuatu amanah itu pula haruslah dilaksanakan dengan dua elemen penting akal dan iman. Tanpa keduanya ini, maka pincanglah amanah. Amanah beserta akal membawa maksud, sesuatu pekerjaan itu haruslah disertai dengan ilmu. Jika tidak tahu, jangan malu dan malas untuk bertanya. Itulah proses pembelajaran. Lagi pula segala perkara bermula dari tidak tahu menjadi tahu. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Kepada Saudara Afiq mohon maaf ye seandainya ada yang diperkatakan tidak tercatat dalam tazkirah di atas. Dan yang tidak dikata pula yang tercatat. Fitrah manusia, tidak akan lari dari ketidaksempurnaan. Labels: karya |