Balai Islam KUAZ

zwani.com myspace graphic comments
Myspace Islam Graphics
Salam Alaik to all visitors of this blog. May the contents of this blog benefit you. Insya Allah. Any enquiries or suggestions please send it to: balaiislamkuaz@ymail.com


Hari ini adalah milikku

Waktu Solat


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Al-waqt

Digital Clocks & MySpace Layouts



Keluarga Balai Islam KUAZ

Dalam proses pengemaskinian


zwani.com myspace graphic comments
Islam Graphic Comments



Mutiara Ilmuan

Take time to THINK. It is the source of power

Take time to READ. It is the foundation of wisdom

Take time to QUIET. It is the apportunity to seek God

Take time to DREAM. It is the future made of

Take time to PRAY. It is the greatest power on earth
Pimp My Profile


~Munaqasyah~




zwani.com myspace graphic comments
Myspace Islam Graphics



~Allah in my heart~






~Tetamu~

free counter


~Munajatku~




archives

September 2008
October 2008
November 2008
December 2008
January 2009
February 2009
March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
August 2009
September 2009
December 2009
January 2010
February 2010
March 2010
July 2010



~Layar~

iluvislam
Grapesnasyid
IslamOnline
MuslimDiary
SaifulIslam



~Balai Islam UM~

Balai Islam KK1
Balai Islam KK3
Balai Islam KK4
Balai Islam KK7
Balai Islam KK12








Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



credits

. . .
skin by: Jane
Saturday, February 14, 2009 @ 8:51 PM
Kerinduan Aku dan Engkau

Bismillahirrahmanirrahim. Allahumma shalli ‘ala Rasulillah saw wa ‘ala alihi wa sahbihi ajama’in radhiyaAllahu ‘anhum.



Fikirkan Sejenak Dengan Mata Hatimu

Saudaraku,



Fikirkan sejenak. Di antara ramai kenalanmu, siapakah mereka yang paling memberi kesan terhadap hidupmu? Senaraikanlah nama mereka kemudian senaraikan sifat-sifat mereka. Aku pasti di antara kenalanmu yang ramai itu, yang paling memberi kesan dalam hidupmu ialah mereka yang sifatnya merupakah sifat-sifat yang baik. Dalam erti kata lain, mereka yang akhlaknya adalah akhlak yang mahmudah. Yang jujur, yang kreatif, yang teguh, yang kasih, yang berwawasan luas, yang dapat berdiri dengan sendiri, yang empati, yang mengenal diri, yang bekerjasama, yang disiplin, yang adil, yang terbuka, yang setia, yang teliti, yang berterima kasih, yang mahu mendengar, yang bertanggungjawab dan sebagainya. Semuanya yang baik-baik belaka. Tentu sekali mereka inilah yang memberikan kesan dalam kehidupanmu. Yang membuatkan hatimu lapang untuk mengenalinya. Yang membuatkan jiwamu terasa aman dan selamat untuk bersamanya. Yang Islam mahupun yang bukan akan mempunyai pandangan serta rasa yang sama. Semua orang, baik dari manapun latar belakangnya menghargai mereka yang akhlak atau sifat-sifat yang tertera di atas. Bersetujukah denganku? Dari itu, kesimpulan yang dapat diambil,hiasi diri ini dengan akhlak yang mahmudah. Sesuai dengan kehendakNya serta sunnah RasulNya. Bahkan Rasulullah saw merupakan sebaik-baik makhluk yang mempunyai akhlak yang terpuji. Terangkum di dalam diri baginda saw semua sifat-sifat mahmudah.
Dan engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang agung
Surah Al-Qalam, ayah 4

Sekarang, Buatlah Perbandingan

Saudaraku,

Setelah engkau senaraikan nama-nama mereka serta sifat-sifat mereka, pelajari dan perhatikan dengan saksama sikap-sikap mereka yang memb
uatkan engkau terkesan dengan mereka. Sifat-sifat apakah ini? Tidakkah ianya semua merupakan sifat-sifat yang baik? Sifat-sifat yang mahmudah? Bukan orang yang kaya yang membuatkanmu terkesan, akan tetapi orang yang tawaduk dan rendah hati serta tidak sombong dalam kekayaannya yang membuatmu terkesan. Bukan orang yang marah-marah serta garang yang membuatmu terkesan, tetapi mereka yang tenang, yang lembut dan bijaksana dalam menyelesaikan masalah yang membuatkan engkau terkesan. Inilah akhlak karimah. Kita dituntut untuk menghiasi diri dengan akhlak karimah ini. Kerana engkau dan aku telah akur dan mengakui bahawasanya akhlak karimah sangat dibutuhkan dan diperlukan dalam setiap jiwa.

Siapakah yang Sebenarnya Aku dan Engkau Rindukan?




Saudaraku,

Setelah dibuat perbandingan serta akur bahawasnya akhlak karimah itu perlu, ingin ku ajukan soalan ini buat diriku dan dirimu. Siapakah yang sebenarnya kita rindukan? Kita sama-sama mendambakan kasih sayang. Kita sama-sama mendambakan keadilan. Kita sama-sama mendambakan kebenaran. Kita sama-sama mend
ambakan kerjasama. Siapakah sebenarnya yang kita sama-sama rindukan? Siapa?

Inilah Jawabannya!

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): “Bukankah Aku ini Tuhanmu?” Mereka menjawab; “Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi”. (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu mengatakan: “Sesungguhnya kami (Bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keEsaan Tuhan)
Surah Al-A’raaf, ayat 172


Manusia hakikatnya mencari sifat-sifat ini. Sifat-Sifat apakah ini? Inilah Sifat-Sifat Allah Rabbul ‘Alamin. Manusia, semuanya, Islam mahupun tidak seda
ng mendambakan Sifat-Sifat ini. Inilah fitrah.


Manusia yang mendambakan sifat kasih-sayang ertinya manusia sedang meninginkan Rahmaan dan Rahiim milik Allah


Manusia menginginkan keadilan kerana rindu kepada Penciptanya iaitu Al-‘Adl, Allah Yang Maha Adil





Manusia menginginkan dirinya kreatif sebenarnya mengidamkan sifat-sifat Allah Al-Khaliq, Al-Baari, dan Al-Mushawwir iaitu Allah Yang Maha Pencipta, Yang Maha Merencanakan dan Yang Maha Melukis

Manusia yang suka kepada kerjasama membuktikan Sifat Allah yang Al-Jaami’, Yang Maha Mengumpulkan dan Maha Menyatukan


Manusia yang inginkan adanya visi dalam hidup ata
u sebuah organisasi menunjukkan manusia mengikuti Allah Yang Maha Akhir, Maha Pemilik Visi Yang Jauh ke Depan

Manusia suka kepada manusia yang bertanggunjawab menunjukkan Sifat Allah Al-Wakiil, Yang Maha Bertanggungjawab.

Dari itu, siapakah yang sebanarnya kita rindukan? Bukankah selama ini kita sangat sangat merindukan Allah? Merindukan Sifat-SifatNya? Rupanya selama ini kita mencariNya.

Tiap-tiap anak terlahir dalam keadaan fitrah, maka kedua orang tuanyalah yang menjadikannya seorang Yahudi. Nasrani atau Majusi.

(Hadis)

Menghayati Asma’Nya


Katakanlah, “Serulah Allah atau Ar-Rahmaan. Dengan nama yang mana saja kamu menyeruNya, maka bagiNya nama-nama yang baik, dan janganlah keraskan bacaan shalatmu dan jangan pula engkau memelankannya dan carilah jalan antara yang demikian itu, di antara (kedua) cara itu.
Surah Al-Israa’, ayat 110


Dan bagi Allah Asma' yang terbaik, maka berdolah kepadaNya menerusinya (Asma'Nya) Surah Al-'Araf, ayat 180

Saudaraku,

Hayatilah Asma’Nya Yang Agung. Sebutlah Asma’Nya Yang Agung dalam doamu. Laungkanlah Asma’Nya sebelum majlis dan dalam organisasi. Dengan penuh penghayatan dan dengan kerendahan jiwa. Hiasi diri dengan Asma’Nya.



Doa


Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, pertemukan diri ini denganMu. Jangan lepaskan diri ini dariMu. Genggamlah diri ini dengan sekuat-kuat genggamanMu. Hasbunallah wa ni’mal Wakil, ni’mal Maula wa ni’ma Nasir. Sungguh kami menzalimi diri ini. Segalanya sudah terang lagi nyata, akan tetapi kami tetap masih berpaling. Ya Allah, Ya Ghaffur, Ya Tawwabur Rahim. Ampunkan kami. Ya Allah, Ya Halim, santunlah diri kami yang sangat kotor ini.


ana
Sumber Idea dari Allah, Yang Maha 'Alim, menerusi buku ESQ POWER, sebuah Inner Journey Melalui Al-Ihsan, Ary Ginanjar Agustin

Labels: