Balai Islam KUAZ

zwani.com myspace graphic comments
Myspace Islam Graphics
Salam Alaik to all visitors of this blog. May the contents of this blog benefit you. Insya Allah. Any enquiries or suggestions please send it to: balaiislamkuaz@ymail.com


Hari ini adalah milikku

Waktu Solat


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Al-waqt

Digital Clocks & MySpace Layouts



Keluarga Balai Islam KUAZ

Dalam proses pengemaskinian


zwani.com myspace graphic comments
Islam Graphic Comments



Mutiara Ilmuan

Take time to THINK. It is the source of power

Take time to READ. It is the foundation of wisdom

Take time to QUIET. It is the apportunity to seek God

Take time to DREAM. It is the future made of

Take time to PRAY. It is the greatest power on earth
Pimp My Profile


~Munaqasyah~




zwani.com myspace graphic comments
Myspace Islam Graphics



~Allah in my heart~






~Tetamu~

free counter


~Munajatku~




archives

September 2008
October 2008
November 2008
December 2008
January 2009
February 2009
March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
August 2009
September 2009
December 2009
January 2010
February 2010
March 2010
July 2010



~Layar~

iluvislam
Grapesnasyid
IslamOnline
MuslimDiary
SaifulIslam



~Balai Islam UM~

Balai Islam KK1
Balai Islam KK3
Balai Islam KK4
Balai Islam KK7
Balai Islam KK12








Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



credits

. . .
skin by: Jane
Thursday, February 19, 2009 @ 12:53 AM
Ulasan Usrah Jama'ie

Ulasan Usrah Jama'ie Bersama Keluarga Balai Islam KUAZ

Tarikh: 14 Februari 2009

Masa: 8:30 – 11:30 pagi

Tempat: Bilik Mesyuarat Inderasari


Bismillahirrahmanirrahim.

Allahumma shalli ‘ala Rasulillah saw wa ‘ala alihi wa sahbihi ajma’in radhiyaAllahu ‘anhum.

Segala puji hanya bagiMu, Ya Allah, Yang Mengumpulkan, Al-Jami’. Kami mohon supaya hati-hati kami ini dikumpulkan semata-mata untukMu dan keranaMu, Ya Allah, Yang lebih Mengerti dan Mengetahui. Kami mohon dijadikan hati-hati kami ini ikhlas berkumpul keranaMu, bukan selain daripadaMu. Jika hati-hati kami ini lari dari tujuan yang satu ini, Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, ampunkanlah kami serta bawalah kembali kami di jalanMu.


Adab Rasulullah saw Bersama Sahabat ra Ketika Menyampaikan


Di antara adab baginda saw yang mulia ketika menyampaikan ilmu kepada Sahabat ra baginda ialah dengan merapatkan jarak di antara baginda yang mulia dan para Sahabatnya yang diredhai. Sehingga dikatakan bahawasanya jika helaian-helaian daun berguguran, daun-daun ini akan tidak jatuh ke tanah, sebaliknya di atas paha baginda dan sahabat-sahabatnya mulia. Menunjukkan betapa tawaduk sifat-sifat mereka. Tiada yang membezakan Rasulullah saw yang maqamnya jauh melebihi seluruh umat manusia dengan para sahabatnya ra. Sehingga disebutkan bahawasanya lutut bertemu dengan lutut sehingga setiap yang disampaikan baginda saw jelas, mudah difahami, terus dihafali, dan terus diamalkan.

Inilah majlis yang diberkati. Yang disebutkan oleh baginda yang mulia bahawasnya turun di dalam majli-majlis sebegini malaikat-malaikat yang melebarkan sayap-sayap mereka, bertasbih dan beristghfar kepada mereka yang menghadiri majlis-majlis sebegini.

Demikianlah, adab seorang Rasulullah saw dan para sahabatnya ra yang mulia. Ya Allah, jadikanlah setiap kali kami menghadiri majlis-majlis ilmu dengan kerendahan hati terhadapMu, dengan niat mencariMu, dengan kerendahan hati mereka yang menyampaikan dan mereka yang mendengar, dengan niat untuk sama-sama mendekatkan diri padaMu.


Ketepatan Masa


Di antara adab yang perlu diambil perhatian para dai ialah berpegang kepada ketepatan masa yang ditetapkan. Surah Al-‘Asr yang diamalkan setiap kali bersuai dari apa-apa pertemuan perlu dapat memberikan kesan dan kesedaran akan ketepatan masa dan diaplikasikan dalam setiap hal.

Hakikat masa, menurut Mu’adz ialah seperti kehidupan yang apabila ditinggalkan, tidak akan mampu dikembalikan semula. Dalam erti kata yang lain, masa itu kehidupan dan masa itu pedang, apabila tidak dipotong, ia akan memotongmu. Berbeza dari masa itu emas, kerana emas dapat dijual beli, manakala masa tidak boleh dijual beli.

Ya Allah, Yang Memiliki segalanya, ampunkan kami.


Pengenalan Usrah Jama’ie Balai Islam KUAZ


Terdapat 3 komponen/ segmen bagi Usrah Jama’ie:

i. Memberikan pengisian rohani (Bengkel SQ- Spiritual Quotient)

ii. Perbincangan gerak kerja Balai (Majlis Syura)

iii. Merapatkan ukhuwah dalam kalangan ahli jawatankuasa balai (Rehlah Balai)

Segala puji bagiNya yang telah mengizinkan dua usrah jama’ie berlangsung pada semester ini. Usrah Jama’ie dilakar dengan tidak lain dan tidak bukan, sekali lagi untuk Allah dan kerana Allah. Komponen-komponen yang tercetus ialah untuk memudahkan gerak kerja dakwah yang dilaksanakan secara menyeluruh. Bengkel SQ ialah untuk pengisian jiwa setiap ahli balai Islam oleh kerana kita juga memerlukan pengisian untuk menjalankan pengisian. Majlis Syura menyentuh hal-hal yang dapat dibawa perbincangan dalam satu kumpulan yang besar seperti penetapan logo Balai Islam dan T-Shirt Balai Islam. Ini ialah untuk menyatukan setiap ahli dan meraikan setiap daripada mereka.


Bukan Untuk Suka-suka Tanpa Matlamat!


Rehlah Balai tercetus bukan untuk suka-suka dan kenal-kenal, akan tetapi pertalian dan ukhuwah yang terbina dan terjalin ini bermatlamat jauh untuk merapatkan supaya permudahkan gerak kerja dakwah yang dilakukan. Sekali lagi, bukan untuk suka-suka dan ketawa dan berakhir di situ, akan tetapi ukhuwwah yang terbina memberikan kemudahan untuk menggerakkan usaha dakwah. Ini perlu diketahui oleh setiap ahli supaya semuanya jelas akan matlamat sesuatu yang dilakukan. Semoga Allah dan RasulNya meredhai diri setiap dari kita.

Ya Allah, Yang Maha Pengasih, kami mohon apa yang tercetus ini serta sudah pun dilaksanakan ini di bawah keredhaanMu, selari dengan syariatMu dan kehendakMu, selaras dengan sunnah RasulMu, selaras dengan adab-adab para salafus soleh. Amin. Jika tidak Ya Allah, Ya ‘Alim, tegurla kami serta kembalikan kami di bawah jalanMu dengan Rahmat dan kelemahlembutanMu. Amin.


Bermatlamat, Gabungan SyariatuAllah dan SunnatuAllah


Mudah-mudahan tidak terkeluar dan tersasar dari matlamat yang sangat benar iaitu,

Memupuk budaya kerja cemerlang yang dilakukan kerana Allah (ikhlas) dan berhikmah kepada manusia (diri, organisasi, dan sistem).


Pencipta dan Dicipta


Disentuh juga mengenai Pencipta dan yang dicipta termasuk kita manusia. Tentu sahaja Pencipta mengenal dengan sepenuh-penuh pengenalan tetang apa yand diciptakan. Mustahil Pencipta tidak tahu akan ciptaanNya. Pencipta mengetahui segala-galanya, dari yang sekecil-kecilnya hingga sebesar-besar perkara, apa yang baik dan apa yang tidak.

Analogi yang diberikan, seseorang yang menciptakan robot tentu sekali tahu serba-serbi tentang robot yang diciptakan. Disiapkan manual untuk menerangkan apa yang boleh dan apa yang tak boleh untuk robot supaya robot dapat tetap berfungsi dengan baik.

Begitulah Allah, Pencipta manusia. Dia Maha Mengerti dan Maha Mengetahui apa yang baik dan apa yang tidak untuk penciptaannya. Kita tidak pernah tahu melainkan Allah. Kita perlu akur, ikut, taat dan tunduk pada Allah yang Maha baik. Jika kita melanggarNya bermaksud kita menyakiti diri kita sendiri. Jikalau kita tidak ikut akan kehendakNya, bermaksud kita mencelakakan diri kita sendiri. Jika kita tidak taat dan patuh kepadaNya, bermakna kita membuatkan diri kita sendiri sengsara dan tidak selamat. Kerana Pencipta lebih mengetahui, dan jalan yang selamat sudah diperjelaskan dengan sejelas-jelas tanpa ada yang tertinggal. Terpulang pada kita untuk taat dan selamat atau ingkar dan sengsara dunia akhirat.


Manual Kita: Al-Quran dan Sunnah


Menerusi al-Quran, Allah Yang Maha Pengasih menerangkan satu persatu kepada hamba-hambaNya, makhluk ciptaanNya tentang segala suruhan dan larangan semata-mata untuk kebaikan mahklukNya. Akan tetapi makhlukNya saja yang masih belum mengerti. Dengan kasihNya lagi, diturunkan Rasulullah saw sebagai qudwah hasanah, contoh manusia yang terbaik. Bagaimana kita hendah ‘handle’ hati, ‘handle’ pergerakan, ‘handle’ nafsu, ‘handle’ iman dan semuanya sudah diberikan melalui KalamNya dan RasulNya yang mulia. Sekali lagi, terpulang untuk taat dan selamat atau ingkar dan sengsara dunia akhirat.


Bukan membantu agamaNya, akan tetapi membantu diri kita sendiri!


Tidak pantas Allah, Yang Mengatur segalanya, memiliki segalanya, berkuasa atas segalanya memohon bantuan hambaNya. Siapa yang memerlukan pertolongan jika bukan diri kita sendiri? Inilah kenyataannya. Menjalankan gerak kerja dakwah untuk membantu diri kita sendiri untuk sama-sama berada di jalan yang selamat. Jalan yang hak. Jalan yang benar. Jalan yang selama ini dicari oleh hati, jiwa dan batin setiap orang. Kita yang perlu membantu antara satu sama lain untuk berada di jalanNya. Engkau bantu atau engkau tidak bantu Allah, Allah tidak rugi apa-apa. Yang rugi adalah dirimu jika tidak ada golongan yang sedar akan kepentingan menghidupkan Islam, mengamalkan cara hidup Islam, menyuruh kepada kebaikan dan mencegah dari keburukan. Di dalam penghambaan, tanggungjawab khalifah yang perlu dijalankan.


Harapan


Semoga setiap diri di bawah keredhaan Allah yang Maha Baik. Semoga ulasan ini ditulis keranaNya dengan untuk memberikan penjelasan yang sejelas mungkin kepada semua, khususnya ahli balai. Kita tidak berkhidmat pada Balai Islam, akan tetapi kita adalah hamba yang berkhidmat padaNya dan juga khalifahNya di muka bumi ini. Kita bukan menolong agamaNya, akan tetapi kita menolong diri kita sendiri dan menolong sesama kita untuk selamat di jalanNya. Semoga Allah dan RasulNya sentiasa bersama kita dalam gerak kerja dakwah ini. Sentiasalah rujuk padaNya kerana Dia sangat hampir. Rumusannya 1) Ikhlas 2) Akur dan berada di atas syariatuAllah dan sunnatuAllah.

Ya Allah, mohon ampunanMu. Ampunkan kami. Ya Rahman. Ya Rahim. Ya Tawwabuur Rahim.

ana

Labels: