![]() Balai Islam KUAZ ![]() Myspace Islam Graphics Hari ini adalah milikku Waktu Solat ![]() Dapatkan Mesej Bergambar di Sini Al-waqt Keluarga Balai Islam KUAZ Dalam proses pengemaskinian ![]() Islam Graphic Comments Mutiara Ilmuan Take time to THINK. It is the source of power Pimp My Profile
Take time to READ. It is the foundation of wisdom Take time to QUIET. It is the apportunity to seek God Take time to DREAM. It is the future made of Take time to PRAY. It is the greatest power on earth ~Munaqasyah~ ![]() Myspace Islam Graphics ~Allah in my heart~ ![]() ~Tetamu~ ~Munajatku~ archives September 2008 October 2008 November 2008 December 2008 January 2009 February 2009 March 2009 April 2009 May 2009 June 2009 July 2009 August 2009 September 2009 December 2009 January 2010 February 2010 March 2010 July 2010 ~Layar~ ![]() IslamOnline MuslimDiary SaifulIslam ~Balai Islam UM~ Balai Islam KK1 Balai Islam KK3 Balai Islam KK4 Balai Islam KK7 Balai Islam KK12 ![]() Dapatkan Mesej Bergambar di Sini ![]() Dapatkan Mesej Bergambar di Sini credits . . . skin by: Jane |
Saturday, March 14, 2009 @ 9:37 PM
khusyuk dalam berorganisasi Bismillahirrahmanirrahim. RumusanAllahumm shalli 'ala rasulil karim, Muhammad saw wa 'ala alihi wa sahbihi ajma'in rahiyaAllahu 'anhum. Rahsia yang tersirat dalam khusyuk kini tersingkap sudah. Khusyuk merupakan nilai pelengkap kepada solat yang perlu berlaku di hati, lisan dan tindakan. Khusyuk Hati: Hati tetap, Pemusatan, Takut. Lisan: Senyap, Cakap benar, Berbahasa. Tindakan: Tumpuan, Tunduk, Sopan. Khusyuk Melalui Hati Organisasi khusyuk sentiasa tetap hatinya. Kekuatan, kelemahan, ancaman dan peluang yang melencongkan banyak organisasi lain tidak sedikit pun menggugat khusyuk daripada landasannya. Seluruh perhatian dipusatkan untuk menuju sasarannya. Hatinya sentiasa takut kepada Allah swt yang Maha Esa dan sentiasa memberi keberanian untuknya melepasi segala ujian. Khusyuk Melalui Lisan Wataknya yang senyap, sentiasa bercakap benar dan pandai berbahasa menjadikan organisasi khusyuk dipercayai. Dalam dunia yang tercemar oleh sampah maklumat, kehadirannya menyegar dan menyenangkan masyarakat. Khusyuk Melalui Tindakan Tumpuan yang dibuat atas sifatnya yang tunduk dan sopan amat mengelirukan. Banyak musuh tersalah baca sifat ini sebagai kelemahan. Akan tetapi, kehebatannya adalah kerana menjadi halimunan. Tanggapan negatif yang kita pegang hingga kini adalah kerana kita gagal memerhatikan belakang syiling yang ada di tangan. Khusyuk Mutiara yang tersembunyi ini sangatlah hebat sifatnya. Selama ini kita gagal nampak pada khusyuk sebagai nilai kebal kerana sifat halimunannya. Khazanah ini digai kerana ramai rakan kita telah tumbang, parah dan cedera selepas kegawatan ekonomi. Sebahagian daripada mereka akan terus hidup, tetapi akan kekal cacat. Mereka kini bagai pahlawan cedera yang perlu untuk sembuh kembali. Ayuh Syabab! Masyarakat hanya mahu turut berbangga. Mereka hendak menumpang seronok melihat wira kita berpencak tangkas dan lincah di tengah gelanggang. Mereka hanya minta peluang untuk senyum. Mereka hanya mahu wajah yang terconteng berseri kembali. Senjata silam yang lama tertimbus ini digilap kembali dan dipersembahkan kepada pengurus organisasi. Merekalah yang menjadi harapan bangsa sebagai pahlawan muda untuk bingkas bangsa berjuang menggembalikan citra bangsa. Biarlah bangsa selembut batang pisang ini dicantas kerana mereka pasti akan tumbuh semula. Pahlawan muda bangunlah, untuk membasuh citra bangsa ynag tercalit ini. Kini giliran kamu berbekal senjata khusyuk untuk berpencak sebagai pendekar pada abad kedua puluh satu ini. Senyap Organisasi khusyuk perlu berusaha mengurangkan isi pada suara, mengadakan prosedur bertulis, mahir berunding dan patuh kepada keputusan yang telah dicapai untuk mengurangkan suasana bising dan mendapat suasana yang senyap. Senyap sekali imbas tidaklah segagah dengan publisiti meluas dan hebat. Akan tetapi, organisasi memerlukan suasana senyap ternyata lebih tenang dan produktif dalam menolong organisasi ke arah kecermelangan. Berjimat Dengan Perkataan Organisasi khusyuk bersifat penelian dan sangat berjimat dengan perkataan kerana lebih mengutamakan tindakan daripada bercakap sahaja. Lebih banyak rasa ditumpukan untuk menyempurnakan amanah yang dipegang. Mereka bercakap sekadar perlu dan tidak memanjangkan kisah sejengkal menjadi sedepa. Ini menjadikan organisasi tersebut sumber maklumat yang berfaedah. Sumber Khusyuk: daripada Perspektif Pengurusan Organisasi Pengarang: M.Z. Azmit Nukilan di atas hanya merupakan sedikit isi yang diambil daripada buku yang tertera di atas. Disarankan untuk membaca serta memahami seluruh buku secara baik. Semoga memberikan manfaat. Ya Allah, kami mohon ampunanMu. Tetapkanlah kedudukan kami. Jika berorganisasi lebih mendekatkan diri ini pada redhaMu, maka tunjukkanlah. Jika tidak, maka palingkanlah. Tidak kami mengerti akan diri kami sendiri, ya 'Alim. Sungguh, kami menzalimi diri kami sendiri. Surah Al-Isra', ayat 80 ![]() Dan katakanlah (Muhammad): "Ya Rabb, masukkanlah aku ke tempat masuk yang benar dan keluarkan aku dengan tempat keluar yang benar, dan jadikanlah bagiku daripada sisi kerjaanMu pertolongan" Amin. Sungguh, kami menzalimi diri kami ini. Mohon ampunanMu Ya Ghaffur. Ya Rahman. Ya Rahim. Labels: artikel |