Balai Islam KUAZ

zwani.com myspace graphic comments
Myspace Islam Graphics
Salam Alaik to all visitors of this blog. May the contents of this blog benefit you. Insya Allah. Any enquiries or suggestions please send it to: balaiislamkuaz@ymail.com


Hari ini adalah milikku

Waktu Solat


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Al-waqt

Digital Clocks & MySpace Layouts



Keluarga Balai Islam KUAZ

Dalam proses pengemaskinian


zwani.com myspace graphic comments
Islam Graphic Comments



Mutiara Ilmuan

Take time to THINK. It is the source of power

Take time to READ. It is the foundation of wisdom

Take time to QUIET. It is the apportunity to seek God

Take time to DREAM. It is the future made of

Take time to PRAY. It is the greatest power on earth
Pimp My Profile


~Munaqasyah~




zwani.com myspace graphic comments
Myspace Islam Graphics



~Allah in my heart~






~Tetamu~

free counter


~Munajatku~




archives

September 2008
October 2008
November 2008
December 2008
January 2009
February 2009
March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
August 2009
September 2009
December 2009
January 2010
February 2010
March 2010
July 2010



~Layar~

iluvislam
Grapesnasyid
IslamOnline
MuslimDiary
SaifulIslam



~Balai Islam UM~

Balai Islam KK1
Balai Islam KK3
Balai Islam KK4
Balai Islam KK7
Balai Islam KK12








Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



credits

. . .
skin by: Jane
Saturday, April 4, 2009 @ 3:42 PM
Erti tawadhuk


Petikan dari buku ‘ Ketika Cinta Bertasbih’- karya Habiburrahman El Shirazy


“Kali ini kita hayati bersama kalimah Ibnu Athailah yang berbunyi: Laisa al-Muthawadhi’u al-laziiza tawadha’a ra’a annahu fauqa ma shana’… yang bererti bukanlah orang yang tawadhuk atau merendahkan diri, seorang yang jika merendah diri berasakan dirinya di atas yang dilakukannya

Misalan yang mudah, katakan dalam suatu majlis ada seseorang berasa tawadhuk dengan duduk di belakang. Tetapi dalam masa yang sama dia berasa yang sesuai bagi dirinya ialah di atas, iaitu duduk di bahagian hadapan majlis. Maka orang seperti ini bukanlah orang yang merendah diri melainkan orang yang sombong.

Lalu, bagaimanakah orang yang benar-benar tawadhuk itu? Orang yang benar-benar merendahkan dirinya itu bagaimana sebenarnya?

Ibnu Athailah mengatakan di baris berikutnya: Wa Lakin al- mutawadhi’ iza tawadha’a ra-a annahu duna ma shana’a. Ertinya, tetapi orang yang benar-benar merendahkan diri dia berasa berada di bawah sesuatu yang dilakukannya. Misalnya, katakan dalam suatu majlis ada orangdipaksakan duduk di bahagian yang agak depan. Kerana dipaksa atau terpaksa, dia pun duduk di situ. Dalam masa yang sama dia berasa dirinya sepatutnya berada di belakang. Ini dia orang yang merendah diri.

Misalannya lagi, katakan dalam sesebuah masyarakat itu ada seseorang yang dimuliakan dan dihormati ramai orang, namun dia selalu berasa dirinya belum layak bahkan tidak layak menerima penghormatan seperti itu. Inilah orang yang tawadhuk.

Jemaah yang dimuliakan. Tawadhuk adalah sifat orang-orang yang mulia. Tawadhuk adalah sifat para nabi dan rasul. Yang berlawanan dengan tawadhuk ialah takbur, sombong, dan seumpamanya. Ulamak bersepakat bahawa takbur itu haram dalam Islam.

Sombong adalah sifat yang dimiliki oleh Allah. Hanya Dia. Dia yang lebih berhak memiliki sifat ini. Tidak boleh ada satu pun makhluk yang menyaingi-Nya., dalam hal ini. Siapa yang menyaingi Allah dan berasa berhak memiliki sifat takbur ini, bermakna dia berhak menjadi Tuhan manusia. Orang seperti ini pasti dimurkai Allah. Dalam sebuah hadis qudsi, Allah berfirman, ’Sombong adalah selendang-Ku, dan agung adalah pakaian-Ku. Siapa yang menyaingi-Ku dalam salah satu dari kedua-duanya maka akan-Ku lemparkan ke dalam Neraka Jahannam.’ ( Hadis Riwayat Ibnu Majah, Ahmad dan Muslim)

Kerana rasa sayang dan cinta, Allah memerintahkan Rasulullah s.a.w untuk tawadhuk. Lalu, dengan sebab rasa sayang dan cinta juga Rasulullah s.a.w bersabda,’Sesungguhnya Allah swt. Memerintahkan aku agar tawadhuk. Jangan sampai ada salah seorang menyombongkan diri pada orang lain. Jangan sampai ada yang bongkak pada orang lain. (Diriwayatkan oleh Imam Muslim, Ibnu Majah dan Abu Daud)

Rasullulah s.a.w adalah teladan terbaik bagi orang yang berakhlak mulia. Baginda s.a.w adalah makhluk Allah yang paling mulia dan juga orang yang paling tawadhuk dalam sejarah umat manusia. Sejak muda Rasullulah s.a.w selalu merendahkan diri.

Contoh yang menggetarkan jiwa kita, tentang baginda Rasullulah s.a.w menjadi penggembala kambing. Dengan menggembala kambing bukan saja baginda telah merendahkan diri pada manusia bahkan juga pada binatang. Baginda tidak berasa canggung hidup di tengahkambing yang berbau busuk dan kotor itu. Baginda menjaga dan melayani kambing-kambing itu dengan penuh kasih-sayang. Jika ada kambing yang beranak, baginda membantu dan merawatnya. Tidak ada jurang antara baginda dengan kambing yang digembalanya itu. Rasullulah s.a.w tawadhuk bukan saja terhadap manusia juga pada binatang ternakannya itu.

Contoh lain darisifat tawadhuk Rasullulah s.a.w itu ialah baginda sanggup makan makanan yang jatuh ke tanah. Dalam Sirah Nabawiyah kita akan dapati pada setiap kali ada makanan jatuh ke tanah, pasti baginda memungutnya lalu dibersihkan. Baginda membuang kekotoran yangada, lalu makanan yang sudah bersih itu dimakannya. Baginda tidak berasa hina atau segan dan sebagainya.

(Ketika Cinta Bertasbih : 298-303)

Labels: