Balai Islam KUAZ Myspace Islam Graphics Hari ini adalah milikku Waktu Solat Dapatkan Mesej Bergambar di Sini Al-waqt Keluarga Balai Islam KUAZ Dalam proses pengemaskinian Islam Graphic Comments Mutiara Ilmuan Take time to THINK. It is the source of power Pimp My Profile
Take time to READ. It is the foundation of wisdom Take time to QUIET. It is the apportunity to seek God Take time to DREAM. It is the future made of Take time to PRAY. It is the greatest power on earth ~Munaqasyah~ Myspace Islam Graphics ~Allah in my heart~ ~Tetamu~ ~Munajatku~ archives September 2008 October 2008 November 2008 December 2008 January 2009 February 2009 March 2009 April 2009 May 2009 June 2009 July 2009 August 2009 September 2009 December 2009 January 2010 February 2010 March 2010 July 2010 ~Layar~ IslamOnline MuslimDiary SaifulIslam ~Balai Islam UM~ Balai Islam KK1 Balai Islam KK3 Balai Islam KK4 Balai Islam KK7 Balai Islam KK12 Dapatkan Mesej Bergambar di Sini Dapatkan Mesej Bergambar di Sini credits . . . skin by: Jane |
Tuesday, March 31, 2009 @ 6:58 PM
Istafti qalbak! "Istafti qalbak, mintalah fatwa pada hatimu; kebaikan adalah sesuatu yang membuat hatimu tenang dan keburukan adalah sesuatu yang membuat hatimu gelisah." Hadis Nabi ~~~ Hati kita adalah sumber cahaya batiniah, inspirasi, kreativiti, dan belas kasih. Seorang mukmin sejati, hatinya hidup, terjaga, dan dilimpahi cahaya. Jika kata-kata berasal dari hati, ia akan masuk ke dalam hati; jika ia keluar dari lisan, maka ia hanya akan sampai ke pendengaran. Hati memiliki mata, yang digunakan untuk menikmati pemandangan alam ghaib telinga, untuk mendengar perkataan penghuni alam ghaib dan firman-Nya hidung, untuk mencium wewangian ruhaniah, dan mulut, untuk merasakan cinta, manisnya keimanan, serta lazatnya pengetahuan spiritual. Ketika mata hati terbuka, kita dapat melihat kenyataan yang tersembunyi di balik penampakan luar dunia ini. Ketika telinga hati terbuka, kita mampu mendengar kebenaran yang tersembunyi di balik kata-kata yang terucap. Melalui hati yang terbuka, sistem saraf kita dapat menyesuaikan dengan sistem saraf orang lain, sehingga kita mengetahui apa yang mereka fikirkan dan bagaimana mereka akan bersikap. "Dan kelak, di saat begitu banyak jalan terbentang di hadapanmu dan kau tak tahu jalan mana yang harus kau tempuh, janganlah memilihnya dengan tergesa saja, tetapi duduklah, dan tunggulah sesaat. Tariklah nafas dalam-dalam, dengan penuh kepercayaan, seperti saat kau bernafas di hari pertamamu di dunia ini. Jangan biarkan apapun mengalihkan perhatianmu, tunggulah dan tunggulah lebih lama lagi. Berdiam dirilah, tetap hening dan dengarkanlah hatimu. Lalu, ketika hati itu bicara, beranjaklah, dan pergilah ke mana hati membawamu ..!" "Istafti Qalbak!" pesan Nabi. Biarkan hatimu bicara. ~~~ Hanya dari Hati Kau bisa menggapai langit Mawar Keagungan Hanya bisa ditumbuhkan dalam hati.. Jalaluddin Rumi http://firusfansuri.blogspot.com/ Labels: mutiara kata Tuesday, March 24, 2009 @ 1:42 AM
Malam Penghayatan Islam 09 Jualan buku disediakan. Di antaranya novel karangan Habiburahman dan buku harakah. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Wajihah: 013-9955733 Hana: 017-3924049 Hadi:017-9170580 Labels: Program Balai @ 1:34 AM
Ceramah Bismillahirrahmanirrahim Allahumma shalli 'ala Rasulil Karim, Sayyidina Muhammad saw, wa 'ala alihi wa sahbihi ajma'in radhiyaAllahu 'anhum. Labels: Program Balai Tuesday, March 17, 2009 @ 9:20 PM
tazkirah Bismillahirrahmanirrahim Allahummas shalli 'ala Rasulill Karim, Sayyidina wa habibina Rasulillah saw wa 'ala alihi wa sahbihi ajma'in radhiyaAllahu 'anhum Labels: Program Balai Saturday, March 14, 2009 @ 9:37 PM
khusyuk dalam berorganisasi Bismillahirrahmanirrahim. RumusanAllahumm shalli 'ala rasulil karim, Muhammad saw wa 'ala alihi wa sahbihi ajma'in rahiyaAllahu 'anhum. Rahsia yang tersirat dalam khusyuk kini tersingkap sudah. Khusyuk merupakan nilai pelengkap kepada solat yang perlu berlaku di hati, lisan dan tindakan. Khusyuk Hati: Hati tetap, Pemusatan, Takut. Lisan: Senyap, Cakap benar, Berbahasa. Tindakan: Tumpuan, Tunduk, Sopan. Khusyuk Melalui Hati Organisasi khusyuk sentiasa tetap hatinya. Kekuatan, kelemahan, ancaman dan peluang yang melencongkan banyak organisasi lain tidak sedikit pun menggugat khusyuk daripada landasannya. Seluruh perhatian dipusatkan untuk menuju sasarannya. Hatinya sentiasa takut kepada Allah swt yang Maha Esa dan sentiasa memberi keberanian untuknya melepasi segala ujian. Khusyuk Melalui Lisan Wataknya yang senyap, sentiasa bercakap benar dan pandai berbahasa menjadikan organisasi khusyuk dipercayai. Dalam dunia yang tercemar oleh sampah maklumat, kehadirannya menyegar dan menyenangkan masyarakat. Khusyuk Melalui Tindakan Tumpuan yang dibuat atas sifatnya yang tunduk dan sopan amat mengelirukan. Banyak musuh tersalah baca sifat ini sebagai kelemahan. Akan tetapi, kehebatannya adalah kerana menjadi halimunan. Tanggapan negatif yang kita pegang hingga kini adalah kerana kita gagal memerhatikan belakang syiling yang ada di tangan. Khusyuk Mutiara yang tersembunyi ini sangatlah hebat sifatnya. Selama ini kita gagal nampak pada khusyuk sebagai nilai kebal kerana sifat halimunannya. Khazanah ini digai kerana ramai rakan kita telah tumbang, parah dan cedera selepas kegawatan ekonomi. Sebahagian daripada mereka akan terus hidup, tetapi akan kekal cacat. Mereka kini bagai pahlawan cedera yang perlu untuk sembuh kembali. Ayuh Syabab! Masyarakat hanya mahu turut berbangga. Mereka hendak menumpang seronok melihat wira kita berpencak tangkas dan lincah di tengah gelanggang. Mereka hanya minta peluang untuk senyum. Mereka hanya mahu wajah yang terconteng berseri kembali. Senjata silam yang lama tertimbus ini digilap kembali dan dipersembahkan kepada pengurus organisasi. Merekalah yang menjadi harapan bangsa sebagai pahlawan muda untuk bingkas bangsa berjuang menggembalikan citra bangsa. Biarlah bangsa selembut batang pisang ini dicantas kerana mereka pasti akan tumbuh semula. Pahlawan muda bangunlah, untuk membasuh citra bangsa ynag tercalit ini. Kini giliran kamu berbekal senjata khusyuk untuk berpencak sebagai pendekar pada abad kedua puluh satu ini. Senyap Organisasi khusyuk perlu berusaha mengurangkan isi pada suara, mengadakan prosedur bertulis, mahir berunding dan patuh kepada keputusan yang telah dicapai untuk mengurangkan suasana bising dan mendapat suasana yang senyap. Senyap sekali imbas tidaklah segagah dengan publisiti meluas dan hebat. Akan tetapi, organisasi memerlukan suasana senyap ternyata lebih tenang dan produktif dalam menolong organisasi ke arah kecermelangan. Berjimat Dengan Perkataan Organisasi khusyuk bersifat penelian dan sangat berjimat dengan perkataan kerana lebih mengutamakan tindakan daripada bercakap sahaja. Lebih banyak rasa ditumpukan untuk menyempurnakan amanah yang dipegang. Mereka bercakap sekadar perlu dan tidak memanjangkan kisah sejengkal menjadi sedepa. Ini menjadikan organisasi tersebut sumber maklumat yang berfaedah. Sumber Khusyuk: daripada Perspektif Pengurusan Organisasi Pengarang: M.Z. Azmit Nukilan di atas hanya merupakan sedikit isi yang diambil daripada buku yang tertera di atas. Disarankan untuk membaca serta memahami seluruh buku secara baik. Semoga memberikan manfaat. Ya Allah, kami mohon ampunanMu. Tetapkanlah kedudukan kami. Jika berorganisasi lebih mendekatkan diri ini pada redhaMu, maka tunjukkanlah. Jika tidak, maka palingkanlah. Tidak kami mengerti akan diri kami sendiri, ya 'Alim. Sungguh, kami menzalimi diri kami sendiri. Surah Al-Isra', ayat 80 Dan katakanlah (Muhammad): "Ya Rabb, masukkanlah aku ke tempat masuk yang benar dan keluarkan aku dengan tempat keluar yang benar, dan jadikanlah bagiku daripada sisi kerjaanMu pertolongan" Amin. Sungguh, kami menzalimi diri kami ini. Mohon ampunanMu Ya Ghaffur. Ya Rahman. Ya Rahim. Labels: artikel Wednesday, March 11, 2009 @ 12:37 AM
tazkirah Bismillahirrahmanirrahim Allahumma shalli 'ala Rasulillah saw wa 'ala alihi wa sahbihi ajma'in radhiyaAllahu 'anhum La ila ha illa Anta subhanaKa inni kuntu minaa zhallimin Labels: Program Balai Sunday, March 8, 2009 @ 7:04 PM
Al-Muallim Labels: Tayangan Rohani @ 6:57 PM
Cinta Musthafa
Demikianlah jiwa-jiwa yang merindukan Allah, insan-insan mulia yang bernafas di muka bumi dalam satu nafas.. Oleh sebab itu, Allah swt menamakan Nabi Muhammad saw adalah “Siraajan Muniira” (Pelita yang berpijar terang benderang), dan pelita itu terang kerana apinya. Api cinta Sayyidina Muhammad saw kepada Allah SWT. Cinta yang paling suci dari semua cinta. Labels: mutiara kata Wednesday, March 4, 2009 @ 2:35 PM
tazkirah Bismillahirrahamanirrahim Allahumma shalli 'ala Rasulillah saw wa 'ala alihi wa sahbihi ajma'in radhiyaAllahu 'anhum Labels: Program Balai Monday, March 2, 2009 @ 12:25 PM
Hubb Rasul saw 2nd March 2009/5th Rabiul Awal 1430 Hijriah 5th day of the 12th days Berkata Al-Hasan ra. lagi: Saya pun lalu menanyakan tentang kelakuan Rasulullah SAW pada orang-orang yang selalu duduk-duduk bersama-sama dengannya? Jawabnya: Adalah Rasulullah SAW selalu periang orangnya, pekertinya mudah dilayan, seialu berlemah-lembut, tidak keras atau bengis, tidak kasar atau suka berteriak-teriak, kata-katanya tidak kotor, tidak banyak bergurau atau beromong kosong segera melupakan apa yang tiada disukainya, tidak pernah mengecewakan orang yang berharap kepadanya, tidak suka menjadikan orang berputus asa. Sangat jelas dalam perilakunya tiga perkara yang berikut. Dia tidak suka mencela orang dan memburukkannya. Dia tidak suka mencari-cari keaiban orang dan tidak berbicara mengenai seseorang kecuali yang mendatangkan faedah dan menghasilkan pahala. Apabila dia berbicara, semua orang yang berada dalam majelisnya memperhatikannya dengan tekun seolah-olah burung sedang tertengger di atas kepala mereka. Bila dia berhenti berbicara, mereka baru mula berbicara, dan bila dia berbicara pula, semua mereka berdiam seribu basa. Mereka tidak pernah bertengkar di hadapannya. Dia tertawa bila dilihatnya mereka tertawa, dan dia merasa takjub bila mereka merasa takjub. Dia selalu bersabar bila didatangi orang badwi yang seringkali bersifat kasar dan suka mendesak ketika meminta sesuatu daripadanya tanpa mahu mengalah atau menunggu, sehingga terkadang para sahabatnya merasa jengkel dan kurang senang, tetapi dia tetap menyabarkan mereka dengan berkata: "Jika kamu dapati seseorang yang perlu datang, hendaklah kamu menolongnya dan jangan menghardiknya!". Dia juga tidak mengharapkan pujian daripada siapa yang ditolongnya, dan kalau mereka mau memujinya pun, dia tidak menggalakkan untuk berbuat begitu. Dia tidak pernah memotong bicara sesiapa pun sehingga orang itu habis berbicara, lalu barulah dia berbicara, atau dia menjauh dari tempat itu. menyintai baginda saw dengan mencontohi baginda saw. Allahumma shalli 'alaihi wa sallimu taslimaa. Labels: mutiara kata Sunday, March 1, 2009 @ 2:50 PM
Praise to Muhammad saw 1 march 2009/ 4th Rabiul Awal 1430 Hijriah 4th day of the 12 days Labels: Tayangan Rohani |