![]() Balai Islam KUAZ ![]() Myspace Islam Graphics Hari ini adalah milikku Waktu Solat ![]() Dapatkan Mesej Bergambar di Sini Al-waqt Keluarga Balai Islam KUAZ Dalam proses pengemaskinian ![]() Islam Graphic Comments Mutiara Ilmuan Take time to THINK. It is the source of power Pimp My Profile
Take time to READ. It is the foundation of wisdom Take time to QUIET. It is the apportunity to seek God Take time to DREAM. It is the future made of Take time to PRAY. It is the greatest power on earth ~Munaqasyah~ ![]() Myspace Islam Graphics ~Allah in my heart~ ![]() ~Tetamu~ ~Munajatku~ archives September 2008 October 2008 November 2008 December 2008 January 2009 February 2009 March 2009 April 2009 May 2009 June 2009 July 2009 August 2009 September 2009 December 2009 January 2010 February 2010 March 2010 July 2010 ~Layar~ ![]() IslamOnline MuslimDiary SaifulIslam ~Balai Islam UM~ Balai Islam KK1 Balai Islam KK3 Balai Islam KK4 Balai Islam KK7 Balai Islam KK12 ![]() Dapatkan Mesej Bergambar di Sini ![]() Dapatkan Mesej Bergambar di Sini credits . . . skin by: Jane |
Saturday, May 23, 2009 @ 1:47 PM
![]() Bismillahir rahmanir rahim Sebagai umat Islam, kita telah diberi taklif untuk menyebarkan syariah Islam kepada seluruh umat manusia. Berdakwah kepada yang tidak tahu, dan mengislah golongan yang sudah mengetahui. Pendekatan dakwah dan islah pastinya berbeza. Mari kita ambil pengajaran dari kisah berikut: Seorang pemuda yang bernama Syaikh Nuruddin sedang pergi memancing bersama rakan-rakannya serta gurunya, Syaikh Idris. Rakan-rakan pemuda itu meluahkan rasa kurang senang dengan perbuatan Syaikh Nuruddin yang dilihat selalu bersama-sama pemuda-pemuda kampung yang tidak solat kepada guru mereka. Jika aku hanya bergaul dengan rakan seperguruanku sahaja, apa manfaatnya aku bagi masyarakat. Umpama pohon yang membusukkan buahnya kerana tidak dipetik oleh orang yang memerlukannya, kata Syaikh Nuruddin. Bukankah kita telah memberi manfaat kepada masyarakat luas dengan memberikan ceramah? Rakannya bertanya. Syaikh Nuruddin bersetuju namun tidak semua tanaman yang disiram akan tumbuh subur. Kerana kesuburan tanaman juga bergantung pada kualiti tanah. Rakan-rakannya tersinggung. Mereka pasti mendapat manfaat dari ceramah kita, wahai Syaikh Nuruddin, rakan-rakannya berkata. Tiba-tiba Syaikh Nuruddin menarik pancingnya. Ia berasa kurang bertuah kerana umpannya masih belum terkena. Lantaran itu ia terus meletakkan pisang sebagai umpan. Rakan-rakan yang melihat perbuatan Syaikh Nuruddin itu pun tertawa akan kebodohannya. Masakan ikan memakan pisang, rakan-rakannya berkata. Bukan salahku. Pisang yang lazat pun tidak mahu dimakan, kata Syaikh Nuruddin. Kalau mahu memancing monyet, barulah betul umpannya, jawab rakan-rakannya. Tidak semua binatang menyukai pisang. Oh, jadi tidak semua binatang menyukai pisang, Syaikh Nuruddin bertanya. Iyalah, jawab rakan-rakannya. Lalu Syaikh Nuruddin bertanya, adakah semua manusia sukakan ceramah? ****** Syaikh Nuruddin telah memberikan analogi mudah untuk kita kaitkan dalam masalah dakwah dan islah. Kadang-kala, kita terlalu mengikut pendirian kita, dan melihat pada kebolehan kita sehingga kita lupa siapa mad'u kita sebenarnya. Kemampuan kita menyampaikan ilmu tidak semestinya bertepatan dengan kemampuan mad'u kita untuk menerimanya. Sebahagian golongan yang mahu, tahu dan mampu pasti gemar mendengar ceramah, melakukan usrah dan sebagainya. Namun, di kalangan masyarakat, pasti ada golongan yang masih ragu-ragu ataupun segan untuk berjamaah dalam kelompok yang sudah tahu, ataupun ada golongan yang masih jahil tentang ajaran Islam. Oleh itu, ceramah dan usrah bukanlah suatu pendekatan yang efektif yang dapat membuahkan hasil yang diinginkan. Metod dan pendekatan dakwah itu luas. Sebagai da'i, kita tidak boleh menyempitkan pemikiran kita bahawa dakwah itu hanyalah dengan memberikan ceramah sebanyak mungkin. Kaitkan Islam sebagai cara hidup dalam pendekatan kita. Mulakan dengan yang mudah yang boleh diterapkan dalam kehidupan seharian mereka. Contohnya kebersihan. Moga-moga dengan menggunakan metod ini, makin ramai yang akan tertarik untuk mengenali Islam dengan lebih mendalam. Ketika itu, apabila hati sudah mahu, akal sudah tahu dan mampu, maka mudah bagi da'i menyampaikan nasihat dalam bentuk ceramah. Seperti kata-kata seorang ulama masa kini, "Seek first to understand than to be understood". Semoga Allah s.w.t memberi setiap yang bergelar da'i kekuatan dalam menempuh cabaran dalam berdakwah. Semoga kita mendapat hikmah atas segala kejadian di dunia ini. InsyaAllah... Amiin. Wallahu 'alam |