Balai Islam KUAZ Myspace Islam Graphics Hari ini adalah milikku Waktu Solat Dapatkan Mesej Bergambar di Sini Al-waqt Keluarga Balai Islam KUAZ Dalam proses pengemaskinian Islam Graphic Comments Mutiara Ilmuan Take time to THINK. It is the source of power Pimp My Profile
Take time to READ. It is the foundation of wisdom Take time to QUIET. It is the apportunity to seek God Take time to DREAM. It is the future made of Take time to PRAY. It is the greatest power on earth ~Munaqasyah~ Myspace Islam Graphics ~Allah in my heart~ ~Tetamu~ ~Munajatku~ archives September 2008 October 2008 November 2008 December 2008 January 2009 February 2009 March 2009 April 2009 May 2009 June 2009 July 2009 August 2009 September 2009 December 2009 January 2010 February 2010 March 2010 July 2010 ~Layar~ IslamOnline MuslimDiary SaifulIslam ~Balai Islam UM~ Balai Islam KK1 Balai Islam KK3 Balai Islam KK4 Balai Islam KK7 Balai Islam KK12 Dapatkan Mesej Bergambar di Sini Dapatkan Mesej Bergambar di Sini credits . . . skin by: Jane |
Friday, January 30, 2009 @ 9:15 PM
Nilai Seorang Insan Nukilan ini ditujukan khas buat seorang sahabat, kerana aku tidak mampu melafazkan melalui kata-kata. Ini hanyalah pendapat dan pemikiran peribadiku. Silakan jika anda masih ingin mem"beta"-abu ubaidah "Orang yang hebat tidak pernah dipengaruhi suasana, sebaliknya merekalah yang mencipta suasana dan menggerakkannya. Jika tidak, bahkan nabi sanggup untuk mengubah kaum Arab sedangkan masyarakat ketika itu adalah sejahil-jahil manusia", aku cuba menasihati sahabatku. "Tapi tidak semua insan itu sehebat dan sekuat nabi", jawabnya ringkas dan bersahaja. Jawapan seringkas itu membuatkan aku terkedu seribu bahasa. Memang itulah kelemahanku, aku tidak pintar dalam menegakkan hujah. Namun jauh di sudut hati aku tetap ada sedikit kegelisahan yang mengundang. Resah kerana aku gagal menyampaikan apa yang kurasa, dan resah melihat temanku yang seolah-olah terlalu mudah dipengaruhi suasana. Aku berkata-kata bukan atas dasar memberi persepsi buta, tapi kerana aku telahpun mengenalimu semenjak kita masih mentah lagi. Dan seringkali aku lihat benda yang sama berulang-ulang dalam hidupmu, teman. Sahabat, sebenarnya di mana letaknya nilai seorang insan itu? Selaku seorang manusia, layakkah kita menilai kualiti diri kita sendiri? Analogiku mudah, pernahkah ikan-ikan di lautan itu menilaikan diri mereka sendiri? Adakah apabila ikan-ikan itu dinaikkan ke daratan, sudah terlabel pada batang tubuh mereka tanda harga, lalu dijual mengikut panduan itu? Jawapannya sudah tentulah tidak, tetapi manusia itu yang menilainya, berdasarkan apa aku kurang pasti. Namun, dari mana datangnya kuasa dan hak untuk kita menilai itu? Atas dasar apakah kita selaku manusia layak menilaikan ikan-ikan dan sekalian makhluk lain selain manusia. Sudah tentu kerana kita ini adalah sebaik-baik kejadian, kita dikurniakan sesuatu yang menjadikan kita ini semulia kejadian. Namun, harus diingat, semulia mana manusia itu, tetap ada yang lebih mulia. Itulah Sang Pencipta yang jauh lebih memahami kita berbanding diri kita sendiri. Berdasarkan logik akal ini, sudah pastilah yang layak menilai dan menghukum makhluk bernama manusia itu hanyalah Dia, bukannya manusia lain hatta diri kita sendiri. Dan, sejak dahulu, kita telahpun dinilai oleh-Nya "Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik." Ali-Imran(3:110) Ini penilaian Dia terhadap diri kita selaku manusia akhir zaman. Kita dilabel sebagai sebaik-baik umat, tetapi syaratnya perlulah menjalankan kerja-kerja nabi, iaitu menyampaikan Islam kepada semua manusia, 'amar ma'ruf dan nahi mungkar. Dan menilai diri kita sebagai lemah dan tidak layak sejak dari awal hanya akan mewujudkan "halangan minda" yang akan menyekat potensi diri. Ini bukan ungkapan merendah diri atau zuhud, tetapi bagiku inilah ungkapan takbur dan lupa diri. Ungkapan ini hanyalah ungkapan untuk menyelamatkan diri, melindungi kepentingan peribadi. Apakah yang kamu takut kamu akan hilang sekiranya kamu rempuh halangan itu? Ingatlah pada pesanan berbisa Umar ibn al-Khattab, "Aku ini mulia kerana Islam, maka jika aku mencari kemuliaan selain daripada Islam, maka bersedialah untuk menerima seburuk-buruk hinaan" Manusia yang tiada harta, tidak pernah sayangkan hartanya. Manusia yang kaya sahaja sibuk mempertahankan harta. Kita hanya akan mempertahankan sesuatu sekiranya kita memiliki sesuatu. Asalnya manusia daripada tanah, air mani yang hina. Asalnya kita memang tiada maruah, jadi maruah apakah yang dipertahankan selama ini? Asalnya kita memang tiada apa, jadi apakah yang kita miliki untuk dipertahankan? Manusia itu hanya ada nilai jika memiliki ISLAM. Manusia itu hanya bermaruah jika tunduk dan patuh pada-Nya. Ayuh sahabat, bangkit dan maralah. Jika benar-benar kamu seorang pejuang agama, maka kamu seharusnya insan yang paling berani, paling gagah, paling lantang dan mendepani segala-galanya. Kerana itulah tuntutan agama. Orang beragama ialah orang yang paling hebat di dunia ini. Wallahu'alam. Syukran, Saudara Abu Ubaidah Amir Bin Abd.Malek Labels: artikel Thursday, January 29, 2009 @ 11:16 PM
Mencintai Allah dan Kerana Allah Asas persahabatan ialah setia dalam bercinta antara satu dengan yang lain dan tulus-ikhlas dalam berkasih-sayang, selagi ia dihalakan kepada Allah dan kerana Allah, maka pahalanya adalah amat besar. Sabda Rasulullah s.a.w. dalam sebuah Hadis Qudsi: "Allah telah berfirman: Pasti mendapat kecintaanKu bagi dua orang yang sayang-menyayangi keranaKu, dua orang yang duduk bersama-sama keranaKu, dua orang kunjung-mengunjungi keranaKu, dan dua orang yang tolong menolong keranaKu." Sabdanya lagi dalam sebuah Hadis Qudsi yang lain: "Berfiman Allah Ta'ala di Hari Kiamat: Mana dia orang-orang yang bercinta-cintaan kerana keagunganKu. Hari inilah Aku akan menaungi mereka di bawah naunganKu; iaitu hari yang tiada naungan selain naunganKu." Sabdanya lagi: "Sesiapa yang ingin merasakan kemanisan iman, hendaklah ia mencintai seseorang, tiada mencintainya melainkan kerana Allah." Dalam sebuah sabda Rasulullah s.a.w tersebut: Tujuh orang yang akan dinaungi Allah di bawah naunganNya, pada hari tiada naungan selain naunganNya. Baginda telah menyebut satu persatu orang-orang itu, sehingga katanya: Dan dua orang saling cinta-mencintai kerana Allah, keduanya berkumpul dan berpisah semata-mata kerana Allah. Apabila seseorang mencintai orang lain, bersahabat dan membiasakan diri dengannya, kerana dilihatnya orang itu mencintai Allah, dan taat-setia kepada perintah Allah, maka hal sedemikian itulah yang dikatakan bercinta-cintaan kerana Allah Ta'ala. Ataupun jika ia mencintai orang itu dan bersahabat dengannya, kerana orang itu membantunya di dalam selok-belok agama, dan mengarahkannya untuk bertaat-setia terhadap Tuhannya, maka hal sedemikian itu juga dikira bercinta-cintaan kerana Allah. Ataupun jika ia mencintai orang itu dan bersahabat dengannya, kerana orang itu bisa membantunya dalam urusan keduniaan, yang mana dengannya ia bisa mengurus urusan akhiratnya, maka itu juga termasuk cinta-mencintai kerana Allah. Ataupun jika ia mencintai orang itu dan bersahabat dengannya, kerana dirinya merasa senang berkawan dengan orang itu, dan dadanya merasa lapang bila duduk bersama-sama dengannya; atau pun barangkali orang itu dapat menolongnya di dalam urusan keduniaannya, dan di dalam hal-ehwal kehidupannya, yang mana menerusinya ia bisa hidup senang-lenang, maka cinta itu adalah cinta tabi'i, cinta biasa yang tidak ada kena-mengena sedikit pun dengan Allah. Persahabatan itu timbul kerana kecenderungan semata-mata, dan meskipun ia tetap harus hukumnya, tidak sunyi dari kebaikan mudah-mudahan. Adapun jika ia bersahabat kepada seseorang, kerana orang itu bisa menemannya untuk pergi ke tempat maksiat, atau membantunya untuk menganiaya orang, ataupun memimpin dan menunjuknya ke jalan-jalan fasik dan mungkar, maka persahabatan serupa itu dan kecintaan semacam itu adalah persahabatan yang dicela dan kecintaan yang tidak berguna, kerana ia menarik kita ke jalan syaitan, yang tidak ada kena-mengena sedikit pun dengan Allah. Persahabatan dan kecintaan serupa inilah yang akan bertukar menjadi permusuhan di akhirat, malah kadangkala belum sempat tiba di akhirat, di dunia dahulu sudah menjadi porakporanda. Firman Allah Ta'ala: "Sahabat-sahabat pada hari itu, satu sama lain bermusuh-musuhan, kecuali orang-orang yang bertaqwa." (az-Zukhruf: 67) ____. dipetik daripada Kitab Nasihat Agama dan Wasiat Iman, dialihbahasakan dari Kitab an-Nasha'ih ad-Diniyah wal-Washaaya al-Imaaniyah karya Imam Habib Abdullah Haddad, oleh Ustaz Syed Ahmad Semait. source- firusfansuri.blogspot.com Labels: artikel Tuesday, January 27, 2009 @ 11:13 PM
hakikat yang pasti Di saat tiada yang akan bersama kita yang ada hanya kita dan Allah yang ada hanya Allah! Semua yang ada di bumi itu akan binasa. Dan tetap kekal Wajah Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan. Surah Ar-Rahman, ayat 26-27 Dialah Yang Maha Baik, Dialah Yang Maha Mulia! Dan susungguhnya telah Kami muliakan Bani Adam, Kami angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezeki dari yang sebaik-baiknya dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan. Surah Al-Isra, ayat 70 Kasih Allah melebihi segalanya! Bahwa ia datang menghadap Rasulullah saw. dengan membawa beberapa orang tawanan. Di antara para tawanan itu terlihat seorang wanita sedang mencari-cari, lalu jika ia mendapatkan seorang bayi di antara tawanan dia langsung mengambil bayi itu lalu mendekapkannya ke perut untuk disusui. Lalu Rasulullah saw. berkata kepada kami: Bagaimana pendapat kamu sekalian, apakah wanita ini akan melemparkan anaknya ke dalam api? Kami menjawab: Tidak, demi Allah, sedangkan dia mampu untuk tidak melemparnya. Rasulullah saw. bersabda: Sungguh Allah lebih mengasihi hamba-Nya daripada wanita ini terhadap anaknya Hadis riwayat Sayyidina Umar ibnu Khattab ra Sebutlah nama Allah! Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah, gementarlah hati mereka... Surah Al-Anfaal, ayat 2 oleh Habib Munzir Al-Musawa (semoga Allah dan RasulNya merahmatinya. Amin) Labels: Tayangan Rohani @ 6:26 PM
Most Beautiful Names The Most Beautiful Names belong to Allah, so call on Him by them... Surah Al-'Araf, ayah 180 Labels: Tayangan Rohani Monday, January 26, 2009 @ 12:58 PM
Gerhana Matahari Tatacara Shalat Gerhana Labels: E- Books Friday, January 23, 2009 @ 8:33 AM
Ilahi "I am with those whose hearts are broken for My sake." - Hadith Qudsi Labels: mutiara kata Monday, January 19, 2009 @ 6:04 PM
Malam Zikir Munajat Bismillahirrahmanirrahim
Allahumma Shalli ala Rasulillah saw wa ala alihi wa sahbihi ajmain radiyaAllahu anhum Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, berkatilah majlis kami ini nanti. Jadikan segala niat kami ini untuk mendekatkan diri kami kepadaMu dan RasulMu. Jadikanlah perhimpunan kami ini perhimpunan yang bersama-sama kami para Malaikat sekaliannya. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, segala puji hanya bagiMu dan segala puji hanya tertakhluk padaMu. Kepada sekalian saudara-saudara KUAZ yang dihormati, dijemput untuk sama-sama mendekatkan diri kehadiratNya dan kami, dari keluarga Balai Islam dahului dengan ucapan syukran kathiran dan jazakaAllahu khairan jaza'. Kepada sekalian keluarga Balai Islam yang dihormati serta dikasihi, kerjasama antum sangat dihargai dan sama-sama kita hadir dalam majlis yang penuh berkah ini, insyaAllah. Syukran kathiran kathiran dan jazakaAllahu khairan jaza'. Nabi saw bersabda: Sesugguhnya, Allah swt Yang Maha Memberkati lagi Maha Tinggi, memiliki para Malaikat yang mempunyai kelebihan yang diberikan oleh Allah swt. Para Malaikat selalu mengelilingi bumi. Para Malaikat sentiasa memerhatikan majlis-majlis zikir. Apabila mereka dapati ada satu majlis yang dipenuhi dengan zikir, mereka turut mengikuti majlis tersebut, di mana mereka akan melingkunginya dengan sayap-sayap mereka sehinggalah memenuhi ruangan antara orang yang menghadiri majlis zikir tersebut dan langit. Apabila orang ramai yang hadir dalam majlis tersebut beredar, para malaikat naik ke langit. Baginda bersabda: Allah swt bertanya para Malaikat sedangkan Allah mengetahui pergerakan mereka dengan firmanNya: Dari mana kamu datang? Mereka menjawab: Kami datang dari tempat hamba-hambaMu di dunia. Mereka bertasbih, bertakbir, bertahlil, bertahmid serta berdoa memohon dariMu Allah swt berfirman: Apakah yang mereka pohonkan? Para Malaikat menjawab: Mereka memohon Syurga dariMu Allah swt berfirman: Apakah mereka pernah melihat SyugaKu? Para Malaikat menjawab: Belum, wahai Tuhan Allah berfirman: Bagaimanakah akan terjadi seandainya mereka melihat SyurgaKu? Para Malaikat berkata lagi: Mereka juga memohon dariMu perlindugan Allah swt berfirman: Mereka memohon perlindungan dari apa? Para Malaikat menjawab: Dari nerakaMu, Ya Tuhan Allah berfirman: Apakah pernah mereka meliha nerakaKu? Para Malaikat menjawab: Belum Allah berfirman: Bagaimanakah akan terjadi seandainya mereka melihat nerakaKu? Para Malaikat terus berkata lagi: Mereka juga memohon keampuananMu Allah berfirman: Aku sudah mengampuni mereka Aku telah mengurniakan kepada mereka apa yang mereka pohon dan Aku telah memberikan ganjaran pahala kepada mereka sebagaimana mereka pohonkan Para Malaikat berkata lagi: Wahai Tuhan kami, di antara mereka terdapat hambaMu. Dia penuh dengan dosa. Sebenarnya dia tidak berniat untuk menghadiri majlis tersebutm tetapi setela dia melaluinya, dia terasa ingin menyertainya, lalu duduk bersama-sama orang ramai yang berada di majlis itu. Allah berfirman: Aku juga telah mengampuninya. Mereka adalah kaum yang tidak dicelakakan dengan majlis yang mereka adakan. Hadis Riwayat Abu Hurairah Allah Allahumma Amin Labels: Program Balai Friday, January 16, 2009 @ 1:29 PM
Program : Usrah Jama’ie Balai Islam KUAZ Slot : Tazkirah Ringkas Tarikh : 11 Januari 2009 Masa : 9. 30 Malam Tempat : Bilik Mesyuarat Inderasari Tajuk : Amanah dan Tanggungjawab oleh Saudara Mohd. Afiq Bin Roslan -Ulasan daripada Salah seorang AJK Balai Islam- Alhamdulillah. Puji dan syukur dipanjatkan kehadrat Yang Esa kerana mengurniakan nikmat kesihatan dan kelapangan kepada keluarga Balai Islam KUAZ untuk sama-sama berhimpun di bawah satu majlis ilmu. Seperti tajuk yang tertera di atas, begitulah tazkirah ringkas yang diberikan oleh saudara Mohd. Afiq Roslan yang merupakan penasihat Balai Islam KUAZ. Berikut adalah isi tazkirah beliau secara ringkas. Semoga ia dapat memberi manfaat kepada yang membacanya. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ”Sungguh Allah menyuruhmu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu menetapkan hukum di antara manusia hendaknya kamu menetapkannya dengan adil. Sungguh Allah sebaik-baik yang memberi pengajaran kepadamu. Sungguh Allah Maha Mendengar, Maha Melihat” -An-Nisa’: 58 Amanah merupakan suatu sikap, sama seperti sifat warak, jujur, sabar iaitu, ia tergolong dalam sifat mahmudah. Suatu sikap yang mampu dimiliki oleh manusia biasa. Setiap orang adalah pemimpin, dan di akhirat kelak akan disoal sejauh mana kita telah menjalankan amanah yang diberi. Setiap satu perkara akan disoal. Amanah yang diberi seandainya tidak dilaksanakan dengan segera maka tentu sahaja tidak baik. Contoh yang diberi adalah solat iaitu suatu amanah, sekiranya dilambatkan pengerjaannya tanpa sebab yang kukuh maka dosalah yang akan kita dapatkan. Maka dengan itu, sejurus diberikan amanah bersegeralah untuk menyempurnakannya. Ramai yang mungkin tidak menyedari, bahawa dari saat mereka menerima untuk menjawat sesuatu jawatan atau menerima tawaran menjadi ahli jawatankuasa bagi sesebuah projek, itu sebenarnya merupakan titik mula amanah digalaskan ke bahu. Oleh itu, usahlah menerima sesuatu perkara itu andai tahu diri tidak mampu memegagng amanah sebanyak itu. Kenali diri sendiri. Tahu keupayaan diri. Setelah menerima sesuatu amanah itu pula,cubalah untuk menjalankannya semampu yang boleh dan lakukan itu dengan dedikasi dan komitmen yang terbaik. Amanah adalah sesuatu yang harus dirasakan dalam diri. Tiada makna jika membaca sejuta artikel tentang amanah dan tanggungjawab,menghadiri beribu kuliah ilmu yang juga membincangkan perkara yang sama, andai rasa tanggungjawab tidak dihadirkan dalam diri. Faham sahaja tiada makna. Rasakan amanah tersebut. Dibezakan di antara ’tahu’ amanah dan ’rasa’ amanah. Perumpumaan yang diberikan ialah ’tahu’ amanah ialah seseorang yang melihat saudaranya terkena luka di lengannya kerana torehan parang. ’Rasa’ amanah ialah seseorang yang bukan saja melihat, akan tetapi merasai torehan parang itu sendiri. Dari itu, amanah perlu dirasa, bukan sekadar untuk mengetahui kepentingan amanah tersebut. Diingatkan juga mengenai kepentingan niat di dalam menjalankan amanah. Sia-sia belaka apabila seseorang yang mengerjakan sesuatu dengan mempunyai niat yang selain daripada Allah swt dan untuk mendapatkan keredhaanNya. Niat di dalam Islam sangat ditekankan dan ini dapat dilihat menerusi hadis baginda saw yang pertama dan utama di dalam Hadis 40. Daripada Umar bin Al-Khattab R’’anhu,ia berkata: Saya dengar Rasullullah s.a.w bersabda: ” Hanya Sanya segala amalan itu dengan niat. 1) Dan hanya sanya bagi setiap orang itu apa yang ia niatkan, maka barangsiapa yang hijrahnya kepada Allah dan rasulnya, maka hijrahnya itu kepada Allah dan rasulnya, dan barangsiapa yang hijrahnya itu untuk dunia,ia akan memperolehinya; atau untuk wanita yang hendak dikahwininya, maka hijrahnya itu kepada apa yangia hijrah kepdanya” -Hadis riwayat Bukhari dan Muslim Insya Allah, dengan keimanan yang ada dalam diri maka rasa amanah itu akan timbul. Sesuatu amanah itu pula haruslah dilaksanakan dengan dua elemen penting akal dan iman. Tanpa keduanya ini, maka pincanglah amanah. Amanah beserta akal membawa maksud, sesuatu pekerjaan itu haruslah disertai dengan ilmu. Jika tidak tahu, jangan malu dan malas untuk bertanya. Itulah proses pembelajaran. Lagi pula segala perkara bermula dari tidak tahu menjadi tahu. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Kepada Saudara Afiq mohon maaf ye seandainya ada yang diperkatakan tidak tercatat dalam tazkirah di atas. Dan yang tidak dikata pula yang tercatat. Fitrah manusia, tidak akan lari dari ketidaksempurnaan. Labels: karya Wednesday, January 14, 2009 @ 11:28 PM
Khaliq Bismillahirrahmanirrahim. apabila semua pintu tertutup, yang terbuka hanyalah pintuMu. tak kala segalanya berpaling, yang hadir hanyalah Engkau. ketika tidak ada yang memahami, yang sedia mendengar hanyalah diriMu. kehadiranMu tiada permulaan, tiada kesudahan. Yang sentiasa hadir walau sering dilupai. Yang sedia membantu walau sering dibelakangi. menyebutMu lebih manis dari segalanya. mengingatiMu lebih indah daripada segenap keindahan yang ada. Ampunkan diri ini ya Rabb. ianya menginginkanMu, akan tetapi sering tewas dengan yang selainMu. sungguh, sungguh, ianya daripada golongan yang zalim. Allah. Allah. Allah. pandanglah ia dengan RahmahMu. Allah. Allah. Allah. Pandanglah ia dengan Belas KasihanMu. Allah. Allah. Allah. kerana ia merupakan hambaMu yang sering tewas dan tewas. Allah. Allah. Allah. hiya Labels: karya Tuesday, January 13, 2009 @ 11:55 PM
hasrat para pencinta Ada sebuah taman firdaus Allah, di mana tidak ada istana-istana, tidak pula kebun-kebun, tidak juga sungai-sungai madu dan susu. Yang ada hanyalah sebuah taman Firdaus di mana orang yang memandang semata-mata wajah Ilahiah. Al-Hadits Labels: mutiara kata Monday, January 12, 2009 @ 9:47 PM
we are the guardians Ibn Omar narrated: " I heard Allah's Messenger saw saying: "All of you are guardians and responsible for your wards and things under your care. The Imam (i.e. ruler) is the guardian of his subjects and is responsible for them. A man is the guardian of his family and is responsible for them. A woman is the guardian of her husband's house and is responsible for it. A servant is the guardian of his master's belongings and is responsible for them." (Imam Bukhari) The hadith is from Riyadhos-Saliheen Vol. 1, pg 321 Labels: mutiara kata @ 9:13 PM
Ceramah Palestin Bismillahirrahmanirrahim. Allahumma shalli 'ala Sayyidina Rasulillah saw wa 'ala alihi wa sahbihi radhiyaAllahu 'anhum. Ya Allah, berkatilah majlis kami ini nanti. Jadikan seluruh niat kami, jiwa raga kami, zahir batin kami untukMu dan keranaMu. Satukanlah hati-hati kami yang berada di sini untuk lebih sedar dan kembali kepadaMu. Dengan niyat untuk mendekatkan diri-diri kami kepadaMu Ya Allah. Kami mohon aturanMu. Bi barakati Sayyidina Rasulullah saw wa alihi wa sahbihi ajmain. Kepada sekalian saudara-saudara seIslam KUAZ yang dihormati, dijemput hadir dan kehadiran antum ini kami, daripada keluarga Balai Islam KUAZ, sangat mengalu-alukan serta kami dahului dengan Syukran dan JazakaAllahu khairan jaza'. Kepada sekalin keluarga Balai Islam KUAZ yang dihormati, kerjasama antum sekalian sangat dihargai dan didahului dengan Syukran Jazilan dan JazakaAllahu khairan jaza'. Semoga Allah dan RasulNya bersama kita. Amin. Semoga bermanfaat dan dengan niyat untuk Allah dan kerana Allah. Labels: Program Balai Sunday, January 11, 2009 @ 8:56 AM
Ya Rabb... Wahai Tuhan kami, Engkaulah keselamatan dan daripadaMulah keselamatan. Maha Suci Rabb kami dan Maha Tinggi Rabb yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan. Kami dengar dan kami taat, ampunkanlah kami, Ya Rabb dan kepadaMulah kesudahan kami. Ya Rabb, bantulah tentera-tentera Muslimin dan askar-askar yang mengEsakan Tuhan, dan binasakanlah mereka yang kafir dan mereka yang degil dan pembawa-pembawa bid'ah dan mereka yang menyekutukanMu dan hancurkanlah musuh-musuhMu, musuh-musuh Agama Islam. Dan bantulah kami terhadap mereka Ya Rabb sekalian alam. Ya Rabb, pecahkanlah kumpulan mereka dan turunkan siksa yang pedih ke atas mereka dengan rahmatMu, Ya Rabb yang Maha Mengasihani. Rabbana, Ya Rabbana, Rabb kami tolonglah kami mengatasi kaum kafir. Ya Rabb, ampunkanlah kami dari dosa-dosa kami dan matikan kami sebagai orang Islam dan moga-moga Allah sejahterakan Penghulu kami, Muhammad dan keluarganya dan sahabat-sahabatnya sekalian. Maha Suci Rabb kami, Rabb yang Mulia daripada segala sifat kekurangan. Dan Salam ke atas sekalian Rasul dan Pujian yang sebenar ialah bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Amin. Sungguh Engkau lebih Mengerti apa yang sudah terjadi, sedang terjadi dan akan terjadi, sedangkan kami hanya merupakan hamba-hamba yang tidak mengerti segenap apa pun. Dan Sifat Rahman dan RahimMu melebihi segalanya. Dan tidak akan pernah sekali-kali Engkau menzalimi hamba-hambaMu melainkan kami yang menzalimi diri kami sendiri. Ampunkan kami Ya Allah...Kembalikan kami Ya Allah... Kembalilah padaNya. Labels: artikel Saturday, January 10, 2009 @ 1:56 AM
Celaka Israel Setiap hari selepas 27 disember tahun lalu kita umat Islam khususnya dan masyarakat dunia umumnya disogokkan dengan berita-berita sedih dan pilu yang berlaku ke atas saudara seaqidah kita di Palestine. Wilayah Gaza kini bergolak lagi. Kini setelah seminggu lebih, lebih kurang 500 saudara kita menjadi mangsa kekejaman Israel. Serangan dan pengeboman sesuka hati yang di lakukan Israel laknatullah ke atas masyarakat Palestine menunjukkan betapa lemahnya umat Islam pada masa kini. Bilangan umat Islam yang mencecah lebih kurang 2 billion di seluruh dunia seakan tidak mampu berbuat apa-apa untuk mengekang serangan Israel ke atas warga Palestine. Kita hanya mampu melihat dan mendengar saudara-saudara kita di sana dipijak dan dihenyak habis-habisan oleh Israel tanpa rasa belas kasihan walau sedikit pun. Bantahan dan demonstrasi seluruh dunia tidak langsung memberi kesan dan tekanan ke atas Israel. Resolusi PBB untuk mendamaikan seketika konflik tersebut di tolak bulat-bulat oleh sekutu rapat Israel, Amerika Syarikat dengan menggunakan kuasa vetonya. Alasan yang diberikan cukup mudah. Hamas lah punca segala-galanya. Mengapa semua ini boleh terjadi? Apakah punca utamanya? Tidak salah andainya aku beranggapan yang semua ini boleh berlaku akibat kebodohan dan kejahilan umat Islam itu sendiri. Bukanlah semua yang dimaksudkan, tapi segelintir dari kita umat Islam yang sanggup membiarkan saudaranya sendiri menderita demi menjaga kepentingan tersendiri. Ini juga disebabkan oleh ketidaksefahaman dan perpecahan yang berlaku di kalangan umat Islam yang memberi ruang yang luas kepada musuh-musuh Islam untuk terus menindas kita. Maruah kita umat Islam dipijak-pijak. Di manakah letaknya jati diri umat Islam pada masa kini. Sampai bila kita mahu terus membiarkan perkara ini terus berlaku. Sanggupkah kita melihat kesengsaraan yang ditanggung saudara-saudara kita di Palestine. Ayuh sedar saudara-saudara ku. Bangunlah kita dari lena yang panjang. Apa peranan kita? Apakah hanya sekadar melihat dan mendengar? Apakah cukup sekadar berdemonstrasi menunjukkan perasaan tidak puas hati? Apakah cukup sekadar menyatakan kecaman serangan yang dilakukan Israel? Apakah cukup semua ini? Ya, sememangnya kita tidak mampu untuk melakukan tindakan yang lebih drastik dari itu. Itu pun sudah memadai buat masa ini. Dapat menyatakan kepada dunia yang kita tidak menyokong dan merestui sama sekali tindakan kejam yang dilakukan Israel ini. Sekurang-kurang warga Palestine tahu yang mereka tidak berjuang bersendirian. Terdapat jutaan saudara seaqidah yang menyokong perjuangan mereka ini. Apa yang terbaik yang dapat kita lakukan sekarang ini hanyalah berdoa. Itulah senjata orang mukmin. Senjata yang paling ampuh. Senjata rahsia umat Islam. Senjata yang tidak dapat digunakan dan tiada di tangan kufur laknatullah. Ayuh sama-sama kita mendoakan kejayaan umat Islam dalam memerangi musuh-musuh Islam. Ya Allah Sesungguhnya Kami Meletakkan Mu Di Batang-batang Leher Musuh-musuh Kami Dan Kami Berlindung DenganMu Daripada kejahatan-kejahatan Mereka Ya Allah Leburkanlah Kumpulan-kumpulan Mereka Pecah-belahkanlah Dan Kacau-bilaukanlah Persatuan Mereka Goncangkanlah Pendirian Mereka Dan Hantarkanlah Anjing-anjingMu Kepada Mereka Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum Wahai Tuhan Yang Bersifat Murka Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah Wahai Tuhan Yang Menurunkan Kitab Wahai Tuhan Yang Mengarakkan Awan Wahai Tuhan Yang Menewaskan Bala Tentera al-Ahzab Kalahkan Mereka Kalahkan Mereka Kalahkan Mereka Dan Menangkanlah Kami Ke Atas Mereka Ameen source: ewanz - ewanzul.blogspot.com Labels: karya @ 1:52 AM
Pendamlah wujudmu Pendamlah wujudmu dalam "tanah" tak dikenal,karena sesuatu yang tumbuhdari benih yang tak ditanam (terlebih dahulu),buahnya tiada sempurna. ~~~~ Hanya amal yang didasarkan pada penghambaan yang rendah hati dan persembahan di jalan Allah-lah yang bisa menghasilkan buah dan keterbebasan dari kepalsuan dan bayang-bayang makhluk. Bila seseorang menginginkan nama baik atau penghargaan, maka buahnya akan asam dan busuk, karena watak dunia yang selalu berubah. Salik yang berhasil tidak memedulikan hasil akhir amal karena ia merasakan rahmat-Nya sejak awal penyerahan dirinya kepada Allah. No 11, Bagian 2 Kitab Al-HikamIbnu 'Athaillah as-Sakandari,diulas Syekh Fadhlullah Haeri Labels: mutiara kata @ 1:44 AM
For You: Palestin mumtahanah it's unfair that i can smile while they have to live with cruelty and vile it's unfair to hear laughter when villainy happens at the border people are dying yet we are not trying what we should do is du'a for our dear brothers and sisters for du'a is our secret weapon may Allah s.w.t bless the souls of the martyrs may they be placed among the al-faaizuun Labels: karya Wednesday, January 7, 2009 @ 12:25 AM
Puasa 9 dan 10 Muharram Di antara ibadat puasa yang disunatkan kepada umat Islam ialah berpuasa pada 9 dan 10 Muharram. Ini kerana tarikh 10 Muharram (atau dinamakan hari ‘asyura yang bermaksud sepuluh) mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri di dalam sejarah manusia khususnya umat Islam. Manakala disunatkan juga berpuasa pada 9 Muharram sebagai mukhalafah (membezakan) di antara kaum Yahudi yang turut berpuasa pada 10 Muharram. Di antara perkara penting yang berlaku pada 10 Muharram ialah Allah menyelamatkan Bani Israel dari kekejaman Firaun dan tentera-tenteranya serta menenggelamkan Firaun ke dalam laut akibat keingkaran dan keangkuhannya. Oleh yang demikian tarikh 10 Muharram ialah merupakan tarikh di mana bermulanya episod baru dalam kehidupan Bani Israel setelah berabad lamanya ditindas oleh rejim Firaun di bumi Mesir. Firman Allah SWT yang bermaksud : Dan Kami bawakan Bani Israil ke seberang Laut Merah, lalu dikejar oleh Firaun dan tenteranya, dengan tujuan melakukan kezaliman dan pencerobohan, sehingga apabila Firaun hampir tenggelam berkatalah ia (pada saat yang genting itu): "Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan aku adalah dari orang-orang yang berserah diri (menurut perintah)". – Surah Yunus, ayat 90. Manakala hujah yang menyatakan bahawa peristiwa ini berlaku pada tarikh 10 Muharram ialah hadis yang bermaksud : Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Sewaktu Rasulullah s.a.w tiba di Madinah, baginda mendapati orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Ketika ditanya tentang puasa mereka itu, mereka menjawab: Hari ini adalah hari kemenangan yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s dan kaum Bani Israel dari Firaun. Kami merasa perlu untuk berpuasa pada hari ini sebagai suatu pengagungan kami padaNya. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Kami lebih berhak daripada kamu dan Nabi Musa dalam hal ini. Kemudian baginda memerintahkan para Sahabat supaya berpuasa pada hari tersebut. – Hadis diriwayatkan Bukhari, Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah dan Tirmizi. Kesemuanya di dalam Kitab Puasa. Di dalam hadis yang tersebut di atas, Nabi SAW tidak menolak dakwaan Bani Israel bahawa pada tarikh 10 Muharram itu ialah tarikh di mana nabi Musa dan kaumnya diselamatkan oleh Allah SWT. Secara tidak langsung, perintah baginda supaya para sahabat berpuasa pada hari tersebut ialah satu pengiktirafan kepada dakwaan Bani Israel. Manakala peristiwa lain yang berlaku pada 10 Muharram juga ialah pembunuhan Hussein RA di Karbala semasa perselisihan faham dengan tentera Yazid bin Muawiyah. Persitiwa ini membawa kesan besar di dalam sejarah yang seterusnya menjadi amalan penganut-penganut mazhab Syiah untuk merayakannya setiap tahun. Perayaan ini dapat dilihat dengan jelas di Iran dan sebahagian besar kawasan di Iraq. Peristiwa lain yang dikatakan berlaku pada 10 Muharram ialah mendaratnya kapal Nabi Nuh as di atas bukit Judi sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas. Nabi Nuh kemudiannya berpuasa pada hari tersebut sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT. – Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, www.islamonline.net Mengenai ibadat puasa pada hari ‘asyura ini, Syeikh Sayyid Sabiq di dalam kitabnya Fiqhus-Sunnah menyenaraikan beberapa hadis yang menyatakan kelebihan berpuasa pada hari tersebut. Antaranya : Daripada Abu Hurairah RA : Rasulullah SAW ditanya, apakah solat yang paling afdhal selepas solat fardhu? Baginda menjawab, “Solat pada pertengahan malam.” Kemudian ditanya lagi, apakah puasa yang paling afdhal selepas puasa Ramadhan? Baginda menjawab, “(Puasa pada) bulan Allah yang kamu gelarkan sebagai Muharram” – Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan Abu Daud. Daripada Muawiyah bin Abu Sufian bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Hari ini ialah hari ‘asyura dan tidak diwajibkan ke tas kamu berpuasa sedangkan aku berpuasa. Maka barangsiapa yang ingin berpuasa, berpuasalah manakala barangsiapa yang ingin berbuka, berbukalah.” Daripada Aisyah RA berkata, “Sesungguhnya hari ‘asyura merupakan hari yang berpuasa padanya kaum Quraisy di zaman Jahiliyyah. Adapaun Rasulullah SAW juga berpuasa padanya. Apabila baginda memasuki Madinah, baginda terus berpuasa dan memerintahkan manusia berpuasa. Apabila diwajibkan puasa Ramadhan, baginda bersabda, “Barangsiapa yang ingin berpuasa, teruskan. Barangsiapa yang ingin meninggalkan (juga dibolehkan). – Muttafaq ‘Alaih Daripada Ibnu Abbas RA berkata : Nabi SAW memasuki Madinah dan melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘asyura. Baginda bertanya, “Apakah ini?” Mereka menjawab, “Ini ialah hari yang baik, Allah menyelamatkan di dalamnya Musa dan Babi Israel daripada musuh mereka, lalu Musa berpuasa.” Maka Rasulullah bersabda, “Kami lebih layak terhadap Musa daripada kamu.” Baginda kemudiannya berpuasa dan memerintahkan para sahabat berpuasa. – Muttafaq ‘alaih Daripada Abi Musa Al-Asy’ari RA berkata, : “Ini ialah hari ‘asyura yang dimuliakan oleh kaum Yahudi dan dijadikan hari raya. Maka Rasulullah SAW berkata, “Berpuasalah kamu semua.” – Muttafaq ‘alaih Daripada Ibnu Abbas RA berkata : Apabila Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘asyura dan memerintahkan para sahabat berpuasa padanya, mereka berkata : Wahai Rasulullah, ini ialah ahri yang dimuliakan oleh Yahudi dan Nasrani. Maka Rasulullah SAW berkata, “Pada tahun hadapan – Insya Allah- kita berpuasa pada hari kesembilan.” Maka tidak tibanya tahun hadapan itu sehingga wafatlah Rasulullah SAW. – Diriwayatkan oleh Muslim dan Abu Daud. Di dalam lafaz yang lain disebut sabda Rasulullah SAW : “Seandainya aku masih hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada hari kesembilan (iaitu bersama hari ‘asyura) – riwayat Ahmad dan Muslim. Berdasarkan kepada hadis-hadis di atas, para ulama mengambil kesimpulan bahawa disunatkan berpuasa pada hari ‘asyura di dalam tiga kaedah : Puasa pada tiga hari iaitu 9, 10 dan 11 Muharram. Puasa pada hari ke 9 dan 10 Muharram Puasa pada hari ke 10 sahaja. Seandainya timbul persoalan, bagaimanakah Nabi SAW menyontohi kaum Yahudi berpuasa pada 10 Muharram padahal baginda sendiri melarangnya di dalam sabdanya, “Berbezalah kamu dengan Yahudi serta Nasrani… berbezalah dengan Musyrikin..”. Maka kita menjawab bahawa puasa Nabi SAW pada 10 Muharram bukanlah semata-mata menyontohi kaum Yahudi bahkan kaum Quraisy telah terlebih dahulu berpuasa pada hari tersebut sebagaimana yang disebut di dalam hadis di atas yang diriwayatkan oleh Aisyah RA. Oleh yang demikian, dapat diambil kesimpulan bahawa sunnah berpuasa 10 Muharram dimulakan oleh syariat Nabi Ibrahim sebelum diamalkan oleh kaum Yahudi. – Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, www.islamonline.net Manakala kelebihan beramal pada 10 Muharram disebut di dalam satu hadis yang bermaksud : “Sesiapa yang meluaskan (memudahkan urusan) ke atas dirinya serta ahlinya pada hari ‘asyura, Allah SWT akan meluaskan padanya sepanjang tahun..” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dan Ibnu Abdil Barr. Hadis ini mempunyai sanad-sanad yang lain namun dikatakan kesemuanya ialah sanad yang dhoif. Bagaimanapun jika digabungkan sebahagiannya dengan yang lain, ia boleh diterima sebagai hadis yang kuat. – Syeikh Sayyd Sabiq, Fiqhus-Sunnah. Adapun amalan masyarakat Melayu kita yang merayakan hari ‘asyura dengan mengadakan program membuat bubur ‘ayura adalah satu perbuatan yang tidak pernah dilakukan oleh baginda SAW. Apatah lagi jika dinisbahkan perbuatan tersebut kepada Nabi Nuh AS dengan mendakwa bahawa Nabi Nuh AS membuat bubur tersebut apabila turun dari kapal. Ia adalah satu dakwaan yang sama sekali tidak mempunyai sandaran di dalam agama. Oleh yang demikian, jika tetap mahu diadakan program membuat bubur tersbeut, perlulah diyakini bahawa ia tidak lebih dari program gotong-royong dan jamuan makan yang sememangnya digalakkan di dalam Islam. Manakala membuat bubur itu sendiri seandainya diyakini datang daripada sunnah Rasulullah SAW atau Nabi Nuh, maka ia adalah kepercayaan yang karut dan perlu diperbetulkan. Wallahu a’lam. Ahmad Fadhli bin Shaari Kaherah, Mesir. 28 Februari 2004 Labels: artikel Tuesday, January 6, 2009 @ 2:28 AM
Program Dakwah Mingguan Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih, lagi Maha Pemurah. Selawat dan Salam ke atas baginda Rasulullah saw, Ahli Baitnya, Sahabat-Sahabatnya yang diredhai Allah dan RasulNya dan mereka juga redha terhadap Allah dan RasulNya. MAKLUMAT PROGRAM TARIKH DAN MASA Setiap Khamis, bermula 8 Januari 2009 Jam 7:00 – 8:30 malam TEMPAT Dewan Pendeta, Kolej Kediaman Ungku Aziz ANJURAN Balai Islam, Kolej Kediaman Ungku Aziz (KUAZ) SASARAN PESERTA Semua warga KUAZ OBJEKTIF PROGRAM Mengumpulkan semua warga Islam KUAZ di bawah satu tapak yang sama setiap minggu. TENTATIF 7.00 malam : Ketibaan jemaah 7:10 : Solat Magrib berjemaah 7:20 : Permulaan aktiviti sama ada zikir, tahlil dan (pemilihan surah-surah tertentu: Surah Al-Kahfi, Al-Sajdah) 8.15 : Solat Isyak berjemaah 8.30 : Jemaah bersurai Assalamualaikum wr.wb. Kepada sekalian warga Islam KUAZ yang dihormati, khususnya buat sahabat-sahabat seperjuangan, keluarga Balai Islam KUAZ. Memanjatkan Kesyukuran. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah swt, yang dengan Rahmah dan Kasih SayangNya, mengatur dan mengizinkan Program Dakwah Mingguan diluluskan. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Agung, Baginda Rasulullah saw serta Sahabat dan Ahli Bait r.a. Ya Rabb, kami memanjatkan segenap kesyukuran, dengan segenap jiwa dan raga kami terhadapMu yang memudahkan segalanya, mengatur segalanya serta mengizinkan segalanya. Kami mohon campur tanganMu dalam segenap urusan kami. Berpegang Dengan Satu Matlamat, Visi dan Misi. Selaras dengan visi dan misi Balai Islam, yang tidak lain berdasarkan kehendakNya, iaitu keranaNya dan untukNya, begitulah juga objektif pertama dan utama Program Dakwah Mingguan. Ianya dilakar hanya untuk mendekatkan diri kepadaNya. Setiap pengisian, baik umum berbentuk zikir dan bacaan Surah-surah tertentu dan pengisian khusus berbentuk majlis tahlil, majlis khatamul Al-Quran, majlis ceramah dan tazkirah dan sebagainya semuanya untuk mendekatkan diri padaNya. Ya Allah, jadikanlah segalanya ikhlas keranaMu. Dari itu, perbaharuilah niat dengan mengingati satu sama lain di setiap meeting khususnya dan jagalah kesucian supaya jemaah ini sentiasa di bawah Rahmat Allah. Amin! Menghidupkannya dan Memakmurkannya. Alhamdulillah. Setelah dikurniakan tapak, seminggu sekali, di Dewan Pendeta, setiap Khamis, langkah kedua ialah untuk menghidupkannya dan memakmurkannya. Dimulakan dengan diri sendiri, seterusnya ahli-ahli keluarga Balai Islam yang dihormati serta dikasihi, diluaskan kepada seluruh warga Islam KUAZ yang dihormati. Cukuplah sekadar memberitahu dan ajak-ajak. Selepas itu, serahkanlah kepadaNya. Istiqaamah / Maintenance. Rasulullah saw yang sangat mulia pernah bersabda bahawasanya sebaik-baik amalan di hadapan Rabb ialah amalan yang istiqaamah (berterusan) walaupun sedikit. Dari itu, mengingatkan diri sendiri dan semua keluarga Balai Islam yang dihormati serta dikasihi untuk istiqaamah di dalam bidang yang ditentukan masing-masing. A dengan tugas teknikelnya, membentang dan menggulung tikar, ‘set up’ LCD apabila diperlukan, B dengan memastikan adanya imam dan memberitahu imam akan tugasnya, C dengan kerja publisiti untuk pengisian khusus, dan sebagainya. Begitu juga dari perspektif atau sudut peserta, istiqaamah dalam menghadirkan diri kerana Allah swt. Semoga setiap diri di bawah rahmahNya. Amin. Pintu yang Terbuka, Menggundang Semua. Oleh kerana tapak sudah dikurniakan, kami menggundang setiap individu, sama ada ahli Balai Islam mahupun bukan yang mempunyai hasrat untuk berkongsi pengisian khusus yang dapat memberikan manfaat ramai untuk tampil ke hadapan. Begitu juga dengan cetusan-cetusan idea yang dapat dijadikan pengisian khusus pada salah satu khamis, tafaddhal. Dapatlah meletakkan idea kalian di shoutbox ataupun jumpa secara langsung dengan mereka yang ada kaitan dengan Balai Islam supaya idea kalian dapat disuarakan sewaktu meeting, InsyaAllah. Sangat mengalu-alukan mereka yang mempunyai kenalan yang dapat memberi tazkirah untuk tampil kehadapan. Begitu juga dengan mereka yang dapat mengimami zikir serta majlis tahlil. Tafadhaal mashuran. Bukan untuk menampilkan diri, akan tetapi untuk sama-sama mendekatkan diri pada Rabb, InsyaAllah. Objektif yang lain ialah untuk meluaskan jaringan serta memastikan kewujudan pelapis, insyaAllah. Kepada sekalian keluarga Balai Islam yang dihormat dan dikasihi Kullukum ra’in, wa kulluku masull ‘an ra’iyatihi Sabda Rasulullah saw yang sangat mulia, setiap kamu adalah penggembala, dan setiap penggembala akan ditanya akan penggembalaanya. Usahlah ingat segalanya sia-sia. Tiada yang sia-sia di sisi Allah jikalau segalanya dijadikan ibadah. Sama-sama kita bergerak dengan niyat keranaNya. Jagalah kesucian jemaah ini dengan baik. Mintalah pertolongan Allah. Semoga Allah dan RasulNya saw sentiasa bersama kita. Allahumma Amin. Ya Allah, Ya Rabb kami, ampunkanlah kami. Satukanlah hati-hati kami. Jadikanlah seluruh niat kami untukMu dan keranaMu. Sesungguhnya kami menzalimi diri kami sendiri. Labels: Program Balai |