Balai Islam KUAZ

zwani.com myspace graphic comments
Myspace Islam Graphics
Salam Alaik to all visitors of this blog. May the contents of this blog benefit you. Insya Allah. Any enquiries or suggestions please send it to: balaiislamkuaz@ymail.com


Hari ini adalah milikku

Waktu Solat


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Al-waqt

Digital Clocks & MySpace Layouts



Keluarga Balai Islam KUAZ

Dalam proses pengemaskinian


zwani.com myspace graphic comments
Islam Graphic Comments



Mutiara Ilmuan

Take time to THINK. It is the source of power

Take time to READ. It is the foundation of wisdom

Take time to QUIET. It is the apportunity to seek God

Take time to DREAM. It is the future made of

Take time to PRAY. It is the greatest power on earth
Pimp My Profile


~Munaqasyah~




zwani.com myspace graphic comments
Myspace Islam Graphics



~Allah in my heart~






~Tetamu~

free counter


~Munajatku~




archives

September 2008
October 2008
November 2008
December 2008
January 2009
February 2009
March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
August 2009
September 2009
December 2009
January 2010
February 2010
March 2010
July 2010



~Layar~

iluvislam
Grapesnasyid
IslamOnline
MuslimDiary
SaifulIslam



~Balai Islam UM~

Balai Islam KK1
Balai Islam KK3
Balai Islam KK4
Balai Islam KK7
Balai Islam KK12








Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



credits

. . .
skin by: Jane
Wednesday, May 27, 2009 @ 12:04 PM



Dari Ibnu Abbas R.A:


Pada suatu ketika ditanya tentang siapakah orang-orang yang takut (kepada Allah). Beliau menjawab: "Mereka ialah orang-orang yang gembira hatinya dengan rasa takut. Mata mereka sentiasa basah berlinangan. Mereka berkata: "Bagaimana kita boleh bersukaria sedangkan maut di belakang kita dan kubur di hadapan kita. Qiamat hari perjanjian kita bertemu. Jalan kita menghala ke neraka. Tidak berapa lama lagi kita akan diadili di hadapan Tuhan kita! "Pilihan yang baik bagi seorang hamba adalah apa yang Allah pilihkan baginya sebab Allah lebih mengetahui tentang pilihan itu daripada dia sendiri terhadap dirinya...dan Allah lebih mengasihi hambaNya daripada ibu yang melahirkannya. Kerana itu, seseorang hamba harus menerima ketentuan Tuhannya...menyerahkan semua kepadaNya dan mencukupkan diri dengana kecukupan yang diberikan.


Labels:




Saturday, May 23, 2009 @ 1:47 PM


Bismillahir rahmanir rahim

Sebagai umat Islam, kita telah diberi taklif untuk menyebarkan syariah Islam kepada seluruh umat manusia. Berdakwah kepada yang tidak tahu, dan mengislah golongan yang sudah mengetahui. Pendekatan dakwah dan islah pastinya berbeza.

Mari kita ambil pengajaran dari kisah berikut:

Seorang pemuda yang bernama Syaikh Nuruddin sedang pergi memancing bersama rakan-rakannya serta gurunya, Syaikh Idris. Rakan-rakan pemuda itu meluahkan rasa kurang senang dengan perbuatan Syaikh Nuruddin yang dilihat selalu bersama-sama pemuda-pemuda kampung yang tidak solat kepada guru mereka.

Jika aku hanya bergaul dengan rakan seperguruanku sahaja, apa manfaatnya aku bagi masyarakat. Umpama pohon yang membusukkan buahnya kerana tidak dipetik oleh orang yang memerlukannya, kata Syaikh Nuruddin.

Bukankah kita telah memberi manfaat kepada masyarakat luas dengan memberikan ceramah? Rakannya bertanya. Syaikh Nuruddin bersetuju namun tidak semua tanaman yang disiram akan tumbuh subur. Kerana kesuburan tanaman juga bergantung pada kualiti tanah.

Rakan-rakannya tersinggung. Mereka pasti mendapat manfaat dari ceramah kita, wahai Syaikh Nuruddin, rakan-rakannya berkata.

Tiba-tiba Syaikh Nuruddin menarik pancingnya. Ia berasa kurang bertuah kerana umpannya masih belum terkena. Lantaran itu ia terus meletakkan pisang sebagai umpan.

Rakan-rakan yang melihat perbuatan Syaikh Nuruddin itu pun tertawa akan kebodohannya. Masakan ikan memakan pisang, rakan-rakannya berkata. Bukan salahku. Pisang yang lazat pun tidak mahu dimakan, kata Syaikh Nuruddin. Kalau mahu memancing monyet, barulah betul umpannya, jawab rakan-rakannya. Tidak semua binatang menyukai pisang.

Oh, jadi tidak semua binatang menyukai pisang, Syaikh Nuruddin bertanya. Iyalah, jawab rakan-rakannya.

Lalu Syaikh Nuruddin bertanya, adakah semua manusia sukakan ceramah?

******

Syaikh Nuruddin telah memberikan analogi mudah untuk kita kaitkan dalam masalah dakwah dan islah. Kadang-kala, kita terlalu mengikut pendirian kita, dan melihat pada kebolehan kita sehingga kita lupa siapa mad'u kita sebenarnya.

Kemampuan kita menyampaikan ilmu tidak semestinya bertepatan dengan kemampuan mad'u kita untuk menerimanya. Sebahagian golongan yang mahu, tahu dan mampu pasti gemar mendengar ceramah, melakukan usrah dan sebagainya.

Namun, di kalangan masyarakat, pasti ada golongan yang masih ragu-ragu ataupun segan untuk berjamaah dalam kelompok yang sudah tahu, ataupun ada golongan yang masih jahil tentang ajaran Islam. Oleh itu, ceramah dan usrah bukanlah suatu pendekatan yang efektif yang dapat membuahkan hasil yang diinginkan.

Metod dan pendekatan dakwah itu luas. Sebagai da'i, kita tidak boleh menyempitkan pemikiran kita bahawa dakwah itu hanyalah dengan memberikan ceramah sebanyak mungkin.

Kaitkan Islam sebagai cara hidup dalam pendekatan kita. Mulakan dengan yang mudah yang boleh diterapkan dalam kehidupan seharian mereka. Contohnya kebersihan. Moga-moga dengan menggunakan metod ini, makin ramai yang akan tertarik untuk mengenali Islam dengan lebih mendalam. Ketika itu, apabila hati sudah mahu, akal sudah tahu dan mampu, maka mudah bagi da'i menyampaikan nasihat dalam bentuk ceramah.

Seperti kata-kata seorang ulama masa kini, "Seek first to understand than to be understood". Semoga Allah s.w.t memberi setiap yang bergelar da'i kekuatan dalam menempuh cabaran dalam berdakwah. Semoga kita mendapat hikmah atas segala kejadian di dunia ini. InsyaAllah... Amiin.

Wallahu 'alam

Labels: ,




Wednesday, May 20, 2009 @ 1:13 AM



Ikhlas dalam beribadah kepada Allah
Berikut ialah Syarah Ustaz Abu Fathi Yazid bin Abdul Qadir Jawas kepada kitab Ar-Rasail dan ditokok tambah sedikit mutiara kata dari kitab Al-hikam Imam ibn ‘Athaillah As-Sakandari serta sedikit untaian kata-kata penulis. Untuk mendapatkan penjelasan yang lebih perinci mengenai ikhlas ini taipkan ‘ikhlas dalam beribadah kepada Allah’ di YOUTUBE.

Ikhlas


“Amal itu beragam, lantaran beragamnya keadaan yang menyelinap ke dalamhati (jiwa). Amal itu merupakan kerangka yan tetap (mati, tidak bergerak), dan ruhnya ialah keikhlasan yang ada (melekat) padanya.”- Ibn ’Atahillah

Yang dimaksudkan oleh syaikh Ibn ’Athaillah di sini, keikhlasan seseorang dalam beramal adalah semata-mata ditujukan kepada Allah sebagai zat yang memliki sang hamba. Dan meman dalam hal ini dikenal dengan berbagai tingkatan, sesuai dengan taufiq yang diberikan oleh Allah Ta’ala kepada sang hamba.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ada manusia yang sikit amalannya tapi kerana ikhlasnya, amal itu menjadi besar di sisi Allah...

Ada manusia yang banyak amalnya tapi kerana tiada keikhlasannya, amal itu menjadi kecil disisi Allah...

Amal ibadah dan perbuatan haruslah dilakukan kerana Allah semata-mata...

Apabila dilebihkan tujuan lain, maka itu hanya mengurangkan keilkhlasan...

Allah harus dijadikan tumpuan utama ditujukan ibadah...

Amallah bukan kerana menginginkan kepentingan dunia...

Berhati-hatilah dengan niat...

Kerana amal berserta niat riya’ dan berkepentingan duniawi ibarat debu bertebangan..

Sia-sia sahaja amalmu malam dan pagi ..

Tanpa disertai keikhlasan di hati

Menuju Ilahi Rabbi...

Mungkin puji dan sanjung kau dapati di dunia ini..

Namun di sisi Ilahi engkau dipandang keji...

Apa erti hidup begini..

Amal bersalut riya’ sepanjang hari...

Sia-sia hidupmu, tiada erti..

Dunia sementara, yang kau kejari...

Malulah dengan diri sendiri...

Mohon taubatlah kepada Ilahi...



Agar ikhlas dalam setiap amal

1.doa... Ya Allah berikanlah karunia agar kami tetap ikhlas untuk beribadah kepadaMu

2.menyembunyikan amal yang telah dilakukan dari pengetahuan manusia lain.

3.memerhatikan amal mereka yang lebih baik.nabi, ulama,sahabat ... Al-An’am: 10

4.memandang remeh apa yang telah diamalkan, jangan merasa besar apa yang telah dilakukan

5.merasa khuatir kalau amalan tidak diterima. Al-mukminun: 59-61
Jangan berasa puas setelah melakukan amal dan merasa sangat yakin bahawa amalan tersebut diterima. Mohonlah pada Allah agar menerima amalan kita

6. tidak terpengaruh dengan ucapan orang baik yang memuji atau mencela tetap terus melakukan amal

7.percaya bahawa balasan syurga dan neraka hanya akan ditentukan oleh Allah. Jangan mengharapkan sesuatu dari manusia. Beramal semata-mata kerana Allah. Dan doalah diberikan syurga


8.Akan berada dalam kubur sendirian. Bersungguh-sungguh dalam persiapan bertemu Allah. Kerana orang yang siap untuk bertemu Allah akan terputus hatinya dari dunia dan seluruh isinya

9. menuntut ilmu-ilmu syari, ilmu yang bermanfaat

10.berteman dengan orang-orang yang saleh

11-mempelajari perjalanan hidup orang-orang yang ikhlas

12- bersungguh-sungguh melawan hawa nafsu

13-berdoa:” Ya Allah sesungguhnya kamiberlindung kepadaMu agar kami tidak menyekutukanMu dengan sesuatu yang kami ketahui dan kami mohon ampundari sesuatu yang kami tidak mengetahuinya.


Sukarnya untuk ikhlas
Harus ada mujahadah
Antara takut dan harap

Setiap pagi Nabi Muhammad s.a.w akan berdoa dikurniakan ilmu yang bermanfaat, rezeki yang halal, dan amalan yang diterima.


Riya’

Sebab-sebab riya’:

1.senang menikmati pujian dan sanjungan
2.takut dicela manusia
3.tamak, sangat menginginkan apa yang ada pada orang lain.

Ciri-ciri dan tanda riya’:

1.menjadi pemalas apabila sendirian
2. menjadi rajin apabila di khalayak ramai, merasa senang apabila orang melihatnya. Berusaha untuk menampakkan amalannya.
3.bertambah rajin apabila dipuji dan berkurang apabila dihina

Sekiranya seseorang manusia itu meninggalkan sesuatu amalan yang sering dilakukannya sewaktu sendirian kerana khuatir apabila amalan yang sama tersebut dilakukan di tengah ramai atau diketahui orang lain, maka itu juga adalah riya’

Seseorang itu solat dan memperindahkan solatnya kerana dipandang manusia. Ini juga riya’

Riya merbahaya:

1.Amal seseorang yang riya’ akan terhapus

2.Akan mendapat kehinaan dan kecelaan oleh Allah. Kerana barangsiapa yang memperdengarkan kebaikan kepada orang maka nanti di akhirat Allah akan memperdengarkan keaibannya .

3.Dalam mengamalkan sunnah nabi maka ikhlaslah dan jauhi riya’

4.Menambah kesesatan seseorang

5.Umat akan mundur dan kalah. Kerana manusia melakukan sesuatu dengan tujuan peribadi. Bukan untuk membela islam.





Tidak termasuk riya’:


seseorang melakukan amal kemudian dipuji manusia. Dengan syarat dirinya tidak ujub.
giatnya seseorang hamba dalam berbuat kebaikan ketika ada orang yang melihatnya, dan ketika menemani orang-orang yang ikhlas dan orang salih.
menyembunyikan dosa
mengenakan pakaian yang indah dan bagus
menampakkan syiar agama islam. Eg. Bersolatlt jemaah, memelihara janggut,

ubat penyakit riya’:

1. mengetahui macam-macam tauhid, rububiyah, uluhiyah, asma’ wal sifat
2.mengetahui apa yang disediakan Allah di akhirat iaitu nikmat dan azab.
3.sentiasa takut untuk riya’
4.menjauhkan diri dari celaan dan murka Allah.
5.memahami kedudukan kita sebagai hamba Allah. Beramal semata-mata kerana Allah
6. mengetahui hal-hal yang dapat menjauhkan syaitan yakni dengan berzikir, membaca surah al-falaq, an-nas, al-ikhlas
7. menyembunyikan amal
8. tidak peduli dengan celaan atau pujian manusia.
9. berdoa. Ya Allah sesungguhnya kamiberlindung kepadaMu agar kami tidak menyekutukanMu dengan sesuatu yang kami ketahui dan kami mohon ampun dari sesuatu yang kami tidak mengetahuinya
Berikut ini dipetik daripada sebuah forum dari lelaman:
1. Apakah tawasul dengan amalan baik kita dapat mengurangi atau bahkanmenghilangkan pahala amalan tersebut?
2. Saya sering atau mungkin sangat sering bertawasul dengan amalan ibadah,contoh, bila ingin kesembuhan baik itu diri ataupun keluarga yang sedangsakit, kadang saya berniat melakukan ibadah sunah dengan harapan diberikankesembuhan, apakah hal ini boleh ?
terimakasih atas jawabannya ..
wassalammualaikum
========
Wa'alaykumussalaam warahmatullah,Pertanyaan antum yang pertama ini juga pernah ditanyakan kepada ustadz Yaziddalam bedah buku Ar-Rasail jilid 2 bab Ikhlas di JIC ahad kemarin. Jawabanbeliau adalah tawasul dengan amalan-amalan baik yang pernah dilakukan tidakmengurangi amalan itu sendiri. Dalam tawasul tersebut kita mengadukanseluruh keadaan amalan kita kepada Allahu sami'ul'alim, dan Allah lah yangmaha mengetahui dengan pasti timbangan amalan kita itu seperti apa.Melakukan ibadah dengan niat salain karena Allah adalah Riya, dan riya initermasuk dalam syirik kecil dimana konsukuensinya adalah gugurnya amalanibadah tersebut (--adapun syirik besar maka konsukuensinya adalah gugurnyaseluruh amalan yang pernah dilakukan). Hendaknya kita ikhlaskan seluruhamalan kita hanya untuk mencari ridha Allah subhanawata'ala. Amalan yangikhlas ini bisa menjadi penyebab seorang hamba ditolong oleh Allah azzawajalla. Kalau diperhatikan kisah 3 orang yang terkurung dalam goa kemudianmereka terbebas dengan bertawasul kepada Allah melalui perbuatan baikmereka, tentunya amalan yang pernah mereka perbuat tersebut dilakukan atasdasar ikhlas, dan tentunya sewaktu mereka melakukan amalan tersebut tidakdisertai dengan embel-embel tertentu (supaya ini dan itu).Dalam kesempatan bedah buku tersebut, ustad Yazid mengatakan (kuranglebihnya) "Ada diantara ikhwan kita, ada yang tadinya tidak pernah melakukanamalan-amalan ibadah seperti sholat malam, puasa sunnah atau lainnya, tapikarena mau ujian dia melakukan amalan tersebut agar ujiannya lulus. Niatseperti ini tidak boleh."Untuk lebih jelasnya antum bisa baca buku beliau Ar-Rasail jilid 2, tentangIkhlas.
Wallahu'alam bishawab.Barakallahufik.

Labels: ,




Monday, May 18, 2009 @ 11:44 AM
Berkata-katalah dengan Tuhanmu. Talk with Allah.

Bismillah.

Sayyidi wa sanadi Hadhrat Mawlana Mohammad Taqi Usmani (may Allah preserve him) said,

“Develop this habit of talking to Allah.

My shaykh Arif-billah Hadhrat Dr Abdul-Hayy ‘Arifi (may Allah have mercy on him) told this to us repeatedly.

Sit in solitude and contemplate that I am infront of Allah. Tell Him everything that is on your mind and bothering you. Your past mistakes, the present difficulties and future apprehensions . Tell Him in detail and ask for guidance and help.

InshaAllah, in addition, to relieving your anxiety it will lead to the creation of a bond between you and your Lord, Allah (ta’luq ma Allah).”


Labels:




Sunday, May 3, 2009 @ 9:50 AM

Khas buat teman-teman yang disayangi...


Bersama kita lalui jerih perih perjuangan
Berjalan di atas kerikil dan duri
Luka di kaki tiada kita peduli
Teruskan langkah menuju Ilahi

Dan kini,
Perpisahan ini
Lebih menyakitkan daripada luka pijakan kerikil dan duri

Ukhwah yang tercipta kerana Ilahi
Ikatannya takkan terlerai pasti
Andai ketemu lagi di suatu hari
Tiada perlu diperkenalkan diri

Buat yang pergi
Gapailah pelangi, awan, dan bintang
Andai dugaan dan badai mendatang
Ingatlah bumi Allah luas terbentang
RahmatNya luas tiada terbilang

Peliharakanlah amanahmu buat ummah
Meski di mana kamu berada
Islah dan dakwah janganlah lupa
Semoga Allah meredhai segala usaha kita
Semoga tiada kita tersasar dari jalanNya...


Teman,
Terima kasih atas ukhwah yang indah
Terima kasih atas kenangan yang tak mampu terlupakan
~Ya Allah tabahkanlah hati hambamu di atas perpisahan ini...